Thursday, May 26, 2016

#1482 - Cara Untuk Menikmati Hidup Tanpa Memerlukan Banyak Duit

Hye Readers,

Mewah, Bergaya, Kereta,


Kaya sebenarnya adalah sesuatu yang sangat subjective dalam hidup ini. Ada orang yang mempunyai harta berjuta-juta tapi masih belum merasakan diri mereka kaya dan sentiasa berusaha untuk menambahkan pendapatan mereka.

Tapi adakah cara untuk kita merasai kekayaan tanpa mempunyai banyak harta? Sebenarnya ia boleh dilakukan dengan beberapa cara. Anda tidak semestinya kena kumpulkan harta berjuta untuk menikmati hidup yang indah ini.

Tapi sebelum anda boleh menikmati keindahan hidup ada beberapa benda yang ada perlu lakukan seperti berikut:-

1) Belajar Menerima Diri Sendiri
- Sebenarnya susah bagi sesetengah orang untuk menerima bahawa duit itu bukan segalanya walaupun hakikatnya semua memerlukan duit. Ini merupakan salah satu elemen penting jika anda ingin menikmati hidup anda. Jika korang dapat sejuta ringgit pada hari ini dan ianya hilang keesokkan harinya tidakkah itu akan memberi tekanan hidup kepada korang?

2) Jadilah Seorang Yang Kreatif
- Anda kena jadi kreatif terutamanya dengan pengurusan kewangan sendiri. Contohnya jika anda tidak mempunyai kewanganyang banyak carilah sesuatu aktiviti atau benda-benda kecil yang mampu membuatkan anda gembira. Seperti contoh, ada sesetengah orang berasa gembira dengan hanya melukis.

3) Menerima Hakikat
- Kadang kala kita harus menerima hakikat bahawa kita tidak mampu memiliki segalanya di dalam dunia ini. Even orang paling kaya pun belum tentu mereka mempunyai segalanya. Jika kita belajar untuk menerima hakikat, kita akan mendapat ketenangan jiwa sekaligus dapat menikmati hidup yang sedang dilalui.

4) Jaga Perhubungan Anda
Jaga dan hargailah perhubungan anda dengan mereka yang ada disekeliling anda. Bila anda menghargai perhubungan anda dengan orang sekeliling, Bila anda menghargai perhubungan anda dengan orang sekeliling anda mungkin satu hari nanti mereka membantu anda untuk menikmati sesuatu yang mungkin anda tidak miliki dengan sendiri.

5)  Jadi Pemurah
- Banyak cara untuk anda jadi pemurah walaupun anda tidak memili wang yang banyak. Bagi aku konsep pemurah itu sangat luas dan tidak terhad kepada memberi duit sahaja. Ia merangkumi banyak aspeki seperti memberi bantuan dari segi tenaga, idea-idea yang bernas, dorongan motivasi dan lain lain lagi. Anda tidak perlu menjadi kaya raya untuk menjadi seorang yang pemurah kerana pemurah dan penderma adalah dua benda yang berbeza. Jika anda seorang yang pemurah, anda akan dikelilingi dengan aura positif di sekeliling anda sekaligus anda boleh menikmati hidup yang lebih baik.

Itu antara 5 point yang boleh aku berikan. Walaupun apa yang aku tulis boleh ditafsirkan berbeza namun aku tidak menyuruh anda supaya hanya berserah dan menerima saja hidup yang anda nikmati sekarang tanpa perlu berusaha untuk mendapat lebih.

Kita harus berusaha untuk mendapatkan hidup yang lebih baik tetapi usaha itu tidak serahusnya membuatkan kita tidak menikmati hidup yang sedang dilalui. Kita hanya diberi peluang untuk menikmati hidup kata hanya sekali, oleh itu gunakan masa yang ada itu sebaiknya disamping mereka yang tersayang.

Regards,
-Strider-


4 comments :

  1. Betul tu... setuju dgn semua di atas. Klu kita bersyukur dan menjaga hubungan sesama insan disamping terus berusaha atas jln yg baik, in shaa Allah, nikmat hidup pasti lebih terasa dan diberkati seluruhnya, aamiin.

    ReplyDelete
  2. setuju tips tu.. bykkan sedekah murah rezeki. heehe

    ReplyDelete
  3. Betul usaha bagaimana pun kena lakukan untuk merubah apa yg diidamkan..

    ReplyDelete
  4. paling penting kita kena bersyukur dan pastikan rezeki kita dapat tu berkat..

    ReplyDelete