Showing posts with label Etika. Show all posts
Showing posts with label Etika. Show all posts

Wednesday, June 8, 2016

#1488 - Etika Di Bazar Ramadhan

Hye Readers,

Gambar Hiasan
Bazar Ramadhan atau Pasar Ramadhan merupakan salah satu tempat yang popular sepanjang bulan ramadhan di Malaysia ini. Hampir setiap negeri dan daerah mempunyai bazar yang mampu menarik jumlah pengunjung yang ramai.

Namun disebalik kemeriahan bazar ramadhan, aku perasan masih ada orang yang kurang mempunyai etika ketika di bazar ramadhan dan yang paling tak boleh diterima, ia datang dari umat islam sendiri. Sebenarnya terdapat beberapa etika di bazar ramadhan yang perlu dipatuhi. Ia bukannya undang-undang tetapi lebih kepada kesedaran sivik. Antara etika yang aku nak share ngan korang ialah:- 

1) Pakai pakaian yang sesuai.
- Ini biasaya terjadi pada golongan wanita. Kalau nak berkunjung ke bazar ramadhan, silalah pakai pakaian yang sesuai. Seluar pendek dan legging tu amatlah tak sesuai dipakai dibazar ramadhan. Aku bukan nak jadi ustaz blogger tapi at least hormatlah pada mereka yang sedang berpuasa mata, telinga dan lapar dahaga..

2) Parking di tempat yang betul.
- Bukan anda seorang sahaja yang lapar dan perlu sampai ke rumah tepat pada masanya. jadi kalau anda ingin singgah ke bazar ramadhan pastikan anda parking di tempat yang tidak menggangu lalu lintas walaupun untuk sekejap sahaja.

3) Beratur dengan sopan.
- Salah satu benda yang aku perasan kalau pergi kat gerai-gerai yang famous, kadang kala ada orang yang jenis tak reti nak beratur, adakah memang perangai semulajadi dia begitu atau dia tak tahu nak mula dari mana. Kalau ada rezeki anda pada hari itu, insyallah dapat laa juadah yang anda nak beli. Kalau takde rezeki, anggaplah ia sebagai satu ujian anda dibulan puasa.

4) Jangan ambil makanan guna tangan
- Baik pembeli atau peniaga, elakkan mengendalikan makanan dengan tangan. Bayangkan apa perasaan orang kat belakang kalau ko dah pegang-pegang makanan tu tetiba tak jadi beli? Bagi peniaga pulak jagalah sensiviti pembeli. Bukan semua orang jenis tak ambil kisah dengan pengendalian makanan guna tangan. 

Itulah antara beberapa etika yang perlu diambil kira ketika kita mengunjungi bazar ramadhan. Etika ini sebenarnya hanyalah sebagai panduan untuk kebaikkan bersama. Selamat beramal dan selamat berpuasa.

Regards,
-Strider-


Thursday, April 28, 2016

#1474 - Cara Memohon Jawatan Kosong Dengan Betul

Hye Readers,



Baru-baru ini, aku ditugaskan untuk mencari calon-calon bagi mengisi kekosongan jawatan di syarikat tmpat aku bekerja. Namun ketika menerima permohonan dari calon-calon yang ingin memohon, aku dapati ramai mereka tidak mempunyai etika yang sepatutnya ketika ingin memohon jawatan.

Untuk entry ini aku akan cerita cara-cara yang betul untuk memohon jawatan kosong. Zaman sekarang agak sedikit berbeza ngan zaman dahulu. Mungkin dulu ketika kita mempunyai Ijazah, itu dah merupakan satu kelebihan namun ia berbeza dengan zaman skarang dimana ramai lagi calon-calon yang mempunyai kelayakkan yang sama oleh itu "first impression" sangat penting ketika ingin memohon sesuatu jawatan.

Etika atau cara mohon jawatan kosong terbahagi kepada beberapa perkara yang antaranya seperti berikut:-

1) Penulisan Resume
Pastikan setiap resume yang dihantar tidak mempunyai spelling error terutamanya jika resume anda dalam bahasa  inggeris kerana itu telah menujukkan kelemahan anda dalam penulisan bahasa inggeris.

2) Cover Email.
Banyak jawatan kosong sekarang boleh dipohon melalui atas talian(online) oleh itu cover email merupakan sama penting dengan cover letter. Jangan amalkan menghantar dengan menulis email, attach resume dan terus email. Amalkan untuk menyatakan niat anda untuk memohon jawatan di syarikat mereka.

3) Format Resume
Format yang bukan bermaksud cara korang menulis resume. Cara korang menulis mungkin berbeza mengikut keselesaan masing-masing tapi ia lebih kepada format application yang korang save, Cuba amalkan untuk menghantar resume korang dalam bentuk pdf. Setiap orang mempunyai aplikasi microsoft yang berbeza jadi mungkin kat PC korang benda tu nampak elok tapi bila sampai kepada orang yang menerima, formatting ia akan menjadi lain.

Itu antara 3 elemen yang penting dalam memohon jawatan kosong. Secara ringkasya, anda perlu nampak professional bagi membolehkan anda dipanggil untuk interview. Anda perlu ingat bahawa persaingan untuk mendapatkan sesuatu jawatan kosong makin lama makin sengit dan first impression juga memainkan peranan penting supaya anda boleh dipanggil untuk temuduga.

Itulah beberapa tips yang aku boleh kongsikan bagi korang yang mungkin sedang mencari pekerjaan. Mungkin lepas ini kalau ada masa aku cerita puak tatacara yang sopan ketika masa temuduga. Buat mereka yang sedang mencari pekerjaan aku wish all the best dan semoga perkongsian in bermanfaat kepada anda.

Regards,
-Strider-

Tuesday, January 15, 2013

#1028 - Siapakah Sharifah Zohra Jabeen

Hye Readers,


Petang tadi trending jap nama Sharifah Zohra Jabeen (SZJ), dekat twitter..Mula-mula aku pelik jugak kenapa nama nie tertiba trending..rupanya akibat satu video yang dimuat naik kedalam youtube dan menjadi viral hari ini..Klik Sini

Ia sebuah video dimana SZJ diminta untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang student..Secara jujurnya aku pun tak paham apa yang budak tu nak tanya siap berfakta bagai..Yang kebanyakkan orang marah adalah sebab cara SZJ itu menjawab soklan...for ur info aku pun tak bersetuju dengan beberapa statement SZJ tu...

1) Animal pun ade problem - Itu langsung tak releven kalau nak dibandingkan dengan masalah manusia sebab masalah haiwan dan manusia sama..kalau haiwan boleh selesaikan masalah dah tentu mereka berevolusi macam citer planet of the ape..

2) Jangan samakan negara kita dengan negara luar..kalau tak suka pergi tempat lain - Aku tak tahu laa kalau dia pikir negara nie milik individu atau corporation..bagi aku tiada sesiapa pun yang layak dihalau keluar negara melainkan dia secara terang-terangan cuba menjatuhkan negara...

3) Different between you and me is O level and Degree - Oh my...bongkaknya dia dengan tahap pendidikan yang dia terima..walaupun seseorang tu tak berpendidikan tinggi, kita tak berhak untuk menghina..Bagi aku itu satu penghinaan.

itu laa beberapa statement yang aku tak suka pasal SZJ nie..No wonder laa dia menjadi bahan jenaka untuk pengguna internet hari ini...Trademark listen..listen..listen dia terus menjadi perbualan orang di alam maya nie..sampai ade yang buat video lagi..stylo beb, u should check it out..


Hahahaha..sesungguhnya i should thank her for made my day happier..hehehe..btw ini bukan entry berkenaan politik..Aku tak sentuh point-point yang cuba disampaikan oleh kedua-dua mereka tapi lebih kepada attitude yang mengecewakan dari seorang speaker yang aku rasa berpengalaman..

listen..listen..listen..*jegoget...hahahaha

Regards,
-Strider-

Monday, September 10, 2012

Etika Seorang Lelaki Budiman (Gentlemen)

Hye Readers,

Gambar Hiasan
Menjadi seorang "Gentlemen" atau Lelaki Budiman memang amat disenangi oleh ramai pihak..Tak kisah lah sama lelaki atau perempuan..Staff anda mahu pun boss anda, Tapi bagaimana seseorang tu boleh dipanggil sebagai seorang Gentleman???

Baru-baru nie aku ade terbaca kat satu website mengenai General Etiquette mengenai seorang gentlemen..Jom kita tengok apa yang ada dalam seorang yang dipanggil Gentlemen.

Sentiasa Bersopan Santun
- Walaupun kita jumpa seseorang yang kita tak suka kita tak seharusnya menjatuhkan martabat kita dengan cuba untuk cari pasal ngan mereka, Tunjukkan sikap sopan santun kita dan jadilah lelaki yang lebih baik dari mereka.

Jangan Menyumpah
- Menyumpah adalah benda yang harus dielakkan jika anda ingin menjadi seorang gentlemen..Korang tak patut tunjukkan sikap yang tak elok itu di khalayak ramai walaupun berdepan dengan situasi yang membuatkan korang nak menyumpah..chill beb.. :D

Bercakap Dengan Nada Yang Rendah
- Ade beza antara bercakap menggunakan nada yang rendah dan bercakap dengan perlahan..susah aku nak terangkan melalui tulisan tapi cuba laa elakkan bercakap menggunakan nada yang tinggi sebab ia boleh menambahkan stress terhadap orang yang berada disekeliling.

Kawal Kemarahan.
- Bila kita tak dapat kawal kemarahan yang ada dalam diri itu menunjukkan kita tak mampu mengawal emosi dan diri sendiri..Jika korang tak mampu nak kawal diri sendiri cammana korang nak kawal benda lain yang berada disekeliling..Benda nie memang susah skit nak diaplikasikan tapi selepas beberapa ketika orang akan mula notice sikap baik korang tu..

Jangan Menyampuk
- Biarkan orang lain habis bercakap sebelum korang utarakan komen-komen korang yang bernas tu..Menyampuk cakap orang merupakan satu etika yang teruk dan ini menunjukkan kurangnya "social skill" dalam diri korang..

Jangan Meludah
- Sebenarnya ramai lelaki yang tak sedar yang mereka selalu meludah merata-rata..Tapi seseorang lelaki yang gentlemen tak akan meludah merata-rata kerana mereka tau ia merupakan satu perbuatan yang kurang sopan..

Hormati Orang Tua
-Ini juga merupakan satu benda asas yang penting bagi seorang yang ingin bergelar gentlemen..Kalau korang berdepan dengan situasi dimana korang harus bergaul dengan orang yang lebih tua cuba la untuk menghormati mereka..Tak rugi kalau kita hormati orang tua nie sebab satu hari mereka juga akan menghormati kita..


So, itu laa antara beberapa perkara asas yang ada pada Gentlemen nie..Sebenarnya perkara yang aku cakaptadi ada basic yang ada pada Gentlemen terhadap semua orang baik lelaki atau wanita..Tapi kalau nak citer etika gentlemen terhadap wanita lain plak..tapi nanti laa aku citer pulak..

Sebenarnya aku sendiri bukan seorang 100% gentlemen..Ade orang kata susah nak jadi lelaki yang betul-betul gentlemen nie tapi aku sendiri pernah jumpa lelaki yang mempunyai semua ciri di atas..Sebenarnya seronok jika melihat perwatakan seorang gentlemen nie sebab mereka kelihatan sungguh sopan ang tenang jer memanjang..

Regards
-Strider-

Monday, August 6, 2012

Mengecewakan: Kempunan Ganjaran 4 Juta

Hye Readers,

Rasanya semalam majoriti perhatian rakyat Malaysia tertumpu kepada perlawanan antara jaguh badminton kita Dato Lee Chong Wei dan juga pemain no satu dunia Lin Dan bagi merebut pingat emas di sukan Olimpik London 2012.

Umum mengetahui yang Dato Lee Chong Wei (DLCW) ewas kepada Lin Dan dalam satu perlawanan yang sengit dan aku boleh katakan yang DCLW tewas tipis jer..Sejurus lepas kekalahan beliau ramai yang mengucapkan tahniah melaui pelbagai platform yang ada atas pingat perak yang dimenanginya.

Namun apa yang aku baca kat akhbar online kosmo(gambar) pagi tadi amat mengecewakan. Editor lebih memandang ganjaran yang DLCW terlepas daripada aksi yang 100% diberikan olehnya semalam??


Even dekat account twitter dan FB aku pun takde yang sorang pun mention mengenai ganjaran yang chong wei terlepas melainkan rakyat Malaysia yang telepas makan ice cream percuma dari Baskin Robin. Kalau nak letak tajuk yang catchy baik pakai "Rakyat Malaysia Kempunan Ice Cream Percuma"

Apa-apa pun tahniah kepada DLCW kerana telah berusaha dengan sebaik mungkin untuk menewaskan Lin Dan..Sepanjang 10 tahun karier dia aku berharap agar ada atlet yang mampu mengikut jejaknya...

Regards,
-Strider-

Friday, November 25, 2011

Sampaikan Berita Yang Tepat.

Hye Readers,

Entry aku bermula selepas berita "BUNUH DIRI, Perodua Viva Masuk Sungai Satok" yang dipetik dari Bernama sebab story nie ade kaitan...hehehe



KUCHING, 24 Nov -- TRAGIS ... Sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan sebuah kereta jenis Perodua Viva dari dalam Sungai Sarawak dalam satu kejadian dipercayai bunuh diri berhampiran Jambatan Satok di sini, awal pagi tadi



Sebuah kereta Perodua Viva berjaya dikeluarkan dari dalam Sungai Sarawak ketika operasi mencari dan menyelamat dalam satu kejadian dipercayai bunuh diri berhampiran Jambatan Satok di sini, awal pagi tadi.



Sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat berjaya mengeluarkan mangsa yang lemas selepas kereta jenis Perodua Viva yang dinaikinya masuk ke dalam Sungai Sarawak dipercayai membunuh diri berhampiran Jambatan Satok di sini, awal pagi tadi.

Menurut saksi yang sedang memancing di jambatan tersebut melihat sebuah kenderaan yang dipandu secara melulu ke arah sungai lalu tenggelam kira-kira 10.30 malam tadi.

Dua mangsa lemas di dalam kenderaan yang tenggelam itu berjaya dikeluarkan oleh sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat kira-kira tiga jam berikutnya.


Korang dah baca berita tu???kesian kan??Dalam berita 3 kali penulis cakap mangsa dipercayai membunuh diri... tapi time tajuk xde plak letak dipercayai...tapi xpe laa..tajuk memang kekadang kena buat suspen baru orang menarik nak baca..

Bile korang baca mesti rasa kenapa laa dia bunuh diri atau apa-apa yang berkaitan dengan bunuh diri tapi mesti jarang yang pikir betul ke pemandu dia bunuh diri???bunuh diri pun bukan sesuatu yang dibanggakan oleh orang lain..

Tak mustahil kalau dia mengalami heart attack ketika memandu atau cramps sehingga membuatkan kereta tu terjun ke dalam sungai..saksi pun cakap dia nampak kete masuk sungai jer..tak disebut plak tanda2 mangsa bunuh diri..lagipun jarang kita dengar bunuh diri secara berkumpulan nie..

Berita sepatutnya melaporkan berita yang berlaku..aku tak salahkan kalau pemberita tu nak percaya yang pemandu tu membunuh diri tapi tak elok laa letak sampai 2-3 kali sehingga ade sesetengah pembaca percaya yang itu kes bunuh diri..cukuplah sekadar letak kat ayat terakhir "pemandu dipercayai membunuh diri"

Tak salah sebenarnya kalau berita nak melaporkan benda yang tak pasti macam nie cuma bile melibatkan pekara penting macam nyawa nie baik laa kita selidik dulu..kalau gosip pasal artis lain laa..hehehe

Tapi pape pun aku nak ucapkan takziah kepada keluarga mangsa atas pemergian orang yang tersayang dan berharap mereka menghadapi dugaan dengan tabah..

Regards,
-Strider-

Tuesday, June 14, 2011

Etika Ketika Tengok Wayang

Hye Readers,


Salah satu aktiviti aku minggu lepas ialah pergi tengok wayang..smpai ada satu hari 2 kali aku pergi tengok wayang..tapi bukan marathon laa sebab ade gap between tu..Tapi kedua-dua movie aku tengok jadi tak berapa nak enjoy sebab aku duduk dalam golongan orang yang takde sivik..


Okay hari ni aku nak share pendapat aku tentang benda yang jangan buat dalam wayang,,benda nie memang tak official tapi sebab kita ni hidup kena laa ade sivik skit kan??kalo nak hidup tanpa sivic pergi hidup dalam hutan…hahaha


       Jaga kaki anda
Angkat kaki dekat seat depan nie banyak gak orang buat..aku pun kadang2 buat tapi kalo Wayang tu takde orang xpe laa..Walaupun seat sebelah aku kosong jangan laa tak payah laa telak kaki kat seat tu..letak jerk at bawah sebab kadang2 hidung dia memang tersumbat..tapi hidung aku tak..so kaki yang busuk tu boleh menganggu aku nak tengok wayang gak laa..

Datang  Kumpulan
Kalau nak datang tengok wayang sambil bawak satu team bola tak jadi masalah..aku pun penah tengok wayang sampai berbelas orang tapi kalau kalau da tau ramai jangan beli seat satu baris..susah nak komunikasi..Kita panggil “tengok movie” sebab bile movie start kita kena tengok..simpan laa citer yang happening tu untuk lepas movie ek..

Beromen
Ini lagi satu susah aku nak cakap..nak cerita dosa pahala nanti bukan dorang nak dengar pun tapi kalo tak tahan sangat pergi beli cd pirate, check in pastu buat laa pe korang nak buat..walaupun bole jer kalau aku nak buat tak port ngan korang tapi as manusia biasa bile ade aksi camtu depan mata  terganggu gak laa focus aku nak tengok wayang..nak aksi pun cover-cover laa..kalo setakat meraba tu orang tak perasan lagi tapi kalo da lebih2 gelap-gelap wayang pun orang nampak gak..

So itu laa anta etika-etika ketika dalam panggung wayang nie..benda nie pendapat aku jer..takda kenyataan rasmi pun..kalau macam kes silent HP tu kira da official laa sebab sebelum movie start memang ade reminder keluar..benda yang aku merapu nie takde reminder tapi still aku rasa tak patut buat..hehehe..till my next enty, enjoy your movie!!!


Regards,
-Strider-