Friday, November 25, 2011

Sampaikan Berita Yang Tepat.

Hye Readers,

Entry aku bermula selepas berita "BUNUH DIRI, Perodua Viva Masuk Sungai Satok" yang dipetik dari Bernama sebab story nie ade kaitan...hehehe



KUCHING, 24 Nov -- TRAGIS ... Sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan sebuah kereta jenis Perodua Viva dari dalam Sungai Sarawak dalam satu kejadian dipercayai bunuh diri berhampiran Jambatan Satok di sini, awal pagi tadi



Sebuah kereta Perodua Viva berjaya dikeluarkan dari dalam Sungai Sarawak ketika operasi mencari dan menyelamat dalam satu kejadian dipercayai bunuh diri berhampiran Jambatan Satok di sini, awal pagi tadi.



Sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat berjaya mengeluarkan mangsa yang lemas selepas kereta jenis Perodua Viva yang dinaikinya masuk ke dalam Sungai Sarawak dipercayai membunuh diri berhampiran Jambatan Satok di sini, awal pagi tadi.

Menurut saksi yang sedang memancing di jambatan tersebut melihat sebuah kenderaan yang dipandu secara melulu ke arah sungai lalu tenggelam kira-kira 10.30 malam tadi.

Dua mangsa lemas di dalam kenderaan yang tenggelam itu berjaya dikeluarkan oleh sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat kira-kira tiga jam berikutnya.


Korang dah baca berita tu???kesian kan??Dalam berita 3 kali penulis cakap mangsa dipercayai membunuh diri... tapi time tajuk xde plak letak dipercayai...tapi xpe laa..tajuk memang kekadang kena buat suspen baru orang menarik nak baca..

Bile korang baca mesti rasa kenapa laa dia bunuh diri atau apa-apa yang berkaitan dengan bunuh diri tapi mesti jarang yang pikir betul ke pemandu dia bunuh diri???bunuh diri pun bukan sesuatu yang dibanggakan oleh orang lain..

Tak mustahil kalau dia mengalami heart attack ketika memandu atau cramps sehingga membuatkan kereta tu terjun ke dalam sungai..saksi pun cakap dia nampak kete masuk sungai jer..tak disebut plak tanda2 mangsa bunuh diri..lagipun jarang kita dengar bunuh diri secara berkumpulan nie..

Berita sepatutnya melaporkan berita yang berlaku..aku tak salahkan kalau pemberita tu nak percaya yang pemandu tu membunuh diri tapi tak elok laa letak sampai 2-3 kali sehingga ade sesetengah pembaca percaya yang itu kes bunuh diri..cukuplah sekadar letak kat ayat terakhir "pemandu dipercayai membunuh diri"

Tak salah sebenarnya kalau berita nak melaporkan benda yang tak pasti macam nie cuma bile melibatkan pekara penting macam nyawa nie baik laa kita selidik dulu..kalau gosip pasal artis lain laa..hehehe

Tapi pape pun aku nak ucapkan takziah kepada keluarga mangsa atas pemergian orang yang tersayang dan berharap mereka menghadapi dugaan dengan tabah..

Regards,
-Strider-

8 comments :

  1. hmm..setuju sgt.
    kesian kat family mangsa yg pasti kena tempias bila berita sebut bunuh diri.

    ReplyDelete
  2. mcm2 skrng ni...kt unimas dulu pun ade yg btl2 bunuh diri trjun jmbtn

    ReplyDelete
  3. cakap bnda tak betul takut buat fitnah pula kan3??

    tkziah..

    ReplyDelete
  4. Oh kesian nye+ngeri...!

    ReplyDelete
  5. Takziah. Wartawan tu ada deria keenam lah. Dia nak stesen tv peka dan amik dia dalam cerita ala-ala CSI

    ReplyDelete
  6. tragis sungguh kemalangan ni kan...

    ReplyDelete
  7. tu la pasal..
    kalau benda baik tak pe..
    ni tak..benda tak elok..dah jadi fitnah dah tu..

    ReplyDelete