Semalam aku ada terbaca satu luahan hati mengenai Felixia Yeap yang merupakan seorang hijabster yang non muslim. Kalau gambar tu tak clear korang boleh baca di sini. Dulu aku pernah membawa cerita mengenai Felixia Yeap, seorang playboy bunny yang kini selesa bertudung. (klik sini)
Selepas itu aku semakin jarang mengikuti perkembanganya sehinggalah semalam apabila ada kawan forward printscreen luahan hatinya. Daripada apa yang aku baca dia agak tertekan dengan segelintir orang yang menjadi pendakwah bebas secara online yang tidak sabar untuk mendengar dia mengucapkan kalimah syahadah.
Tanpa mengetahui latar belakang Felixia yang merupakan seorang gadis yang degil, pendakwah -pendakwah bebas ini terus memberi tekanan yang tidak sepatutnya diberikan kepada gadis ini. Antara tekanan yang diceritakan ialah bagaimana dia didesak untuk mengucap kalimah syahadah kerana kematian tidak akan menunggu sesiapa.
Selain itu ada juga pihak yang mendesaknya untuk memadamkan gambar-gambar seksinya walaupun Felixia mempunyai pandanganya sendiri terhadap gambar-gambar tersebut. Dan yang paling famous ialah mereka yang copy paste terjemahan ayat-ayat quran untuk dibaca oleh Felixia.
Sebenarnya pada pendapat aku berdakwah itu adalah sesuatu benda yang amat baik tapi harus kena pada masa, tempat dan situasi. Aku yakin yang Felixia mempunyai kawan muslim yang sedang mendidiknya dalam mendalami agama islam secara perlahan-lahan.
Aku harap golongan ini akan stop spamming facebook/blog Felixia dengan tekanan yang tidak sepatutnya. Aku pernah belajar dulu kat sekolah yang tiada paksaan dalam memeluk agama islam. Islam tak pernah mengajar kita untuk mendesak dan memaksa untuk orang memeluk islam.
p/s: Sementara itu, korang dah tengok top video untuk Chinese New Year tahun ini? Klik Sini
p/s: Sementara itu, korang dah tengok top video untuk Chinese New Year tahun ini? Klik Sini
Regards,
-Strider-
felixia yeap ... biar dia sendiri tentukan ...
ReplyDeletehurmm..betol..setuju sgt2
ReplyDeletestuju dgn pendapat awk..non-muslim tahu@belajar mengenai islam mostly dari pelakuan penganutnya..but i believe she will find her way to Allah...insyaallah..
ReplyDeleteKesian dia... biarlah dia buat dengan rela hati dia, jangan dipaksa. Kalau dipaksa nanti dia akan menganggap islam ni keras...dah hati dia terbuka tetiba nanti tertutup pula.
ReplyDeleterasanya SA dah komen panjang lebar pasal ni....for me...bg je peluang kat dia..biar dia yang tentukan x payah nak paksa2...
ReplyDeletesy lagi tak tahu menahu langsung pasal felixia yeap nih.. baca entri ni at least tahu serba sikit... hihi..
ReplyDeletePayah jugak nak deal dengan ustaz/ustazah segera ni. Perkara baik dan buruk dalam dunia ini bukan hanya dinilai pada 'hitam' dan 'putih'nya sahaja.
ReplyDeletejangan terus menghentam..fikirkan positif
ReplyDeletesalam. biarkan dia mengambil masa untuk semua ni :)
ReplyDeletemana boleh paksa org convert agama... dah xdapat petunjuk dan hidayah untuk beragama islam lagi nak buat macam mana,.. biarlah dia ikhlas jika suatu hari nanti islam yang dipilih.
ReplyDeletekasihannya
ReplyDeletekesiannya dia ... biarlah dia tentukan, kita doakan semoga dia di beri hidayah
ReplyDeleteLuangkan sedikit masa untuk vote blog acik yang tercalon bagi favorite lifestyle blog Cara vote di sini
sshkan jadi org femes.. hehe
ReplyDeletekita tiada hak nak memaksa dia . Islam itu mudah ...
ReplyDeleteBetul, jangan lah push.
ReplyDeleteKang dia masuk islam laju laju tak guna jugak kalau still lagi tak ikhlas ye dak hehehe.
Relax lah duhhh typical malaysian kan kuat melatah hikhik
kita pun terbaca luahan hati dia semalam..pelik dengan dia orang ni. berdakwah bukan dengan cara macam tukan..kena tone down kalau tak nanti dia orang rebellious..
ReplyDeletepelan pelan...jgn mendesak
ReplyDeleteBerdakwah biar cara halus dalam menangani isu seperti Felexia yeap. Apa pun semoga dia terbuka hati menerima Islam.
ReplyDeleteInsyallah tak lama dah nie.. apa puun harap org lain tak hentam dia sebab hnya dia pakai pakaian tutup aurat..
ReplyDeleteNak berdakwah biarlah secara bijak & jngnlah nampak mcm rakus je.. semoga Allah membukakan pintu hatinya & jalan ke arah keimanan & Islam.. aamiin..
ReplyDeleteSemoga di pertemukan jalan keluar yang terbaik.
ReplyDeleteSalam
dia orang ipohkan heee,sabarlah ada hikmah perlu kuat. jalan kalau di beri hanya Allah sahaja yang tahu.jangan paksa biarlah datang sendiri kesian dia sb baru kenal2 dengan islam.
ReplyDeleteorang suka buat dia tertekan kesian kat dia bagi dia pilihan jangan desak
ReplyDeletedaripada dok bg dia tekanan kan lagi bagus kalau kita doakan dia supaya dia dpt hidayah utk peluk islam..kita sebagai umat islam bg la contoh terbaik kat dia..ni x..adoi...
ReplyDeleteurusan dia dengan Allah swt..sapelah kita nak tentukan hukum hakam untuk seseorang itu..Sebagai umat islam..ucap alhamdulillah untuk kebaikkan..Moga wahyu yg dia dapat terus kekal dalam dirinya...bertambahkan umat Nabi Muhammad saw..
ReplyDelete..
Doakan moga dia betul2 cintakan Islam... Betul lah tu, mgkin ada yg sokong dan bimbing dia..kita pun x tahu kn..
ReplyDeleteAssalamualaikum azlan. kesian dia. takpelah kita doakan semoga dia dikurniakan hidayah.. jangan paksa2, nanti dia takut nak mendalami Islam T_________T
ReplyDeleteKita doakan yang terbaik untuk beliau.. in shaa Allah akan sampai waktunya.
ReplyDeleteorang Islam yg macam nilah yg selalu buat orang non-Islam disrespect kat kita.
ReplyDeletebiar jelah dia yg tentukan sendiri.. kalau nk peluk islam pun biar dgn kerelaan. hurm
ReplyDeletedia dah mula belajar tentang Islam kira dah bagus..InsyaAllah mana nak tau memang dia berniat nk masuk Islam..beri dia masa..bg tekanan kt dia pun apa yg kita dpt..
ReplyDeletesemoga dpermudahkan urusan felixia.. menabung nuffnang bro :)
ReplyDeletememang tak patut terlalu mendesak begitu.. kita doakan sahaja semoga dibukakan pintu hatinya, bukan dengan cara memaksa..
ReplyDeletebeliau skrg ni saya fikir dah berada dilandasan yg betul dah.. cuma x sampai ke destinasi lagi untuk menjadi seorang muslimah.. seelok-eloknya jgn diberi tekanan. hidayah milik Allah.
ReplyDelete