Lama gak aku tak menulis something kat sini..Bukan sebab lupa atau tak ada mood tapi urusan peribadi banyak yang perlu diselesaikan. Hari ini during lunch aku and few friends ade bercerita pasal PRU13 yang akan diadakan pada 5 Mei 2013.
Kepada yang layak sudahkah anda membuat pilihan??Takpe, anda tak perlukan nyatakan pilihan anda kerana itu hak peribadi..Kalau nak nyatakan pun aku tak melarang kerana negara ini mempunyai sistem demokrasi dan aku tak akan bermusuh hanya sebab berbeza pendapat tentang politik.
So berbalik kepada soal PRU 13 tadi, perlukah kita rasa terancam dengan mana-mana pihak yang akan menang? Tadi kawan aku cerita dia ade menerima sms dari persatuan penduduk di tempatnya yang mahu sistem keselamatan diperketat untuk seminggu selepas pilihanraya kerana risau berlaku kekecohan akibat daripada keputusan PRU13 nanti.
Aku bersetuju dengan pendapatnya yang merasakan kita tak perlu takut tentang sebarang ancaman mengenai kekecohan selepas pilihanraya kerana itu semua belum pasti.Ia mungkin satu taktik atau gimik sesebuah parti.
Sebenarnya tiada apa yang perlu dirisaukan tentang keputusan pilihanraya ini kerana kuasa ade ditangan kita. Sebenarnya ini semuanya adalah ugutan politik sahaja. Tak perlu kita ambil serius kerana aku yakin rakyat Malaysia tidak menyokong tindakan sedemikian.
So, itu jer aku yang aku nak cerita kat korang pasal PRU..hehehe..Kalau korang ade terima broadcast bbm/whatsapp/ twitter/facebook etc tentang ancaman-ancaman sebegini, baiklah korang delete dan tak perlu sebarkan ke orang lain kerana itu hanya akan menceruskan panik...
Sekian Terima kasih,
Regards,
-Strider-