Adakah korang semua sudah berjaya? Kalau ya, Alhamdulillah tapi kalau korang rasa korang masih belum berjaya, mungkin korang kena check balik realiti itu. Sometimes tanpa kita sedar, kadang kadang kita sudah pun berjaya tanpa disedari.
Kejayaan seseorang bukan hanya diukur dengan kewangan yang kukuh ataupun kemewahan harta. ada banyak lagi tanda-tanda yang menunjukkan anda sudah berjaya. Kali ini aku nak share ngan korang 9 tanda orang yang telah berjaya tanpa disedari.
1) Hubungan anda tidak menjadi dramatik seperti dahulu
- Dramatik sebenarnya bukan sesuatu yang matang. Semakin kita berjaya/matang konsep dramatik perlu dikurangkan. Jika perhubungan korang semakin kurang dramatik seperti dahulu, ia bermakna korang telah berjaya....
2) Jangan takut untuk meminta bantuan dan memberi bantuan.
- Meminta bantuan sebenarnya tidak sama dengan kelemahan, ia sebenarnya satu kekuatan. Tiada orang yang pernah berjaya tanpa mendapatkan bantuan. Meminta bantuan seseorang bermakna anda telah matang untuk menjadi seorang yang berjaya.
3) Tingkatkan tahap standard anda.
- Korang tidak lagi bertolak ansur terhadap kelakuan buruk, sama ada untuk diri sendiri ataupun orang lain, orang yang berjaya selalunya berpegang kepada prinsip "bertanggungjawab terhadap tindakan sendiri"
4) Anda boleh meraikan kejayaan orang lain.
- Hanya kerana orang lain berjaya, itu tidak menjadikan korang seorang yang gagal. Raikan orang yang telah berjaya kerana ia akan memberikan impak positif kepada korang.
5)Mempunyai perancangan untuk masa hadapan.
- Jika anda tiada lagi benda yang untuk dilakukan untuk masa hadapan, sebenarnya korang is "slowly dying" kerana orang yang berjaya akan sentiasa ada perancangan untuk masa hadapan
6) Tak peduli apa kata orang lain.
- Kita tidak akan mampu untuk memuaskan hati semua pihak jadi jangan cuba. Setiap orang yang berjaya akan dikritik dan apa yang penting ialah korang percaya dengan apa yang korang lakukan.
7) Sentiasa "Look on a bright side"
- Hidup ini akan ada kekecewaan - jika korang nak pandang dari sudut itu. Tapi kalau korang boleh jadikan kekecewaaan itu sebagai pengajaran untuk menjadikan diri korang lebih baik, ini bermakna korang sudah berjaya.
8) Boleh menerima kenyataan.
- Let's face it. Bukan semua benda dalam hidup ini boleh berubah, sesetengahnya memang tak boleh diubah. Jika anda boleh menerima kenyataan dan memandang sesuatu yang negetif menjadi postif, maka korang adalah orang yang berjaya.
9) Perasaan Gembira
- Ini yang paling penting dalam hidup. Tak kira berapa baki dalam akaun anda, tak kira berapa besar rumah korang ada, berapa banyak kereta yang ada. Sekiranya korang merasa gembira dengan apa yang korang ada, ini bermakna korang adalah seorang yang berjaya.
Itu adalah 9 tanda orang yang berjaya tanpa mereka sedari. Aku pasti salah satu daripada yang aku mention kat atas ada dalam diri korang. So kalau korang ada 2 ciri yang seperti yang diatas ini bermakna korang ada 7 lagi lagi benda untuk dibuat bagi menjadikan korang berjaya dengan cara korang sendiri.
Regards,
-Strider-