Friday, May 30, 2014

1423 - Segmen Geng Blogwalkers

Hye Readers,

Hari ini aku nak join satu segmen International iaitu segmen yang dianjurkan oleh Nurfaezah Abdullah memandangkan saya pun dah berjanji pada beliau 2 minggu yang lepas. Untuk makluman kenapa aku panggil ini international segmen sebab Fae merupakan seorang blogger dari negara Brunei.



okay, syaratnya mudah saja:

1. buat entri and tajuk "segmen geng blogwalkers"
* Done
2. most of my loyal readers (ada eh?) know that Fae urang Brunei so Fae mau buli y'all. oops haha. your task is to translate bahasa Melayu Brunei ne to proper malay "inda ku mengarti kurapak Brunei."
tidak aku mengetahui bercakap (bahasa) brunei (rujuk sini untuk translation) 
3. when you're done, send the entry link dalam comment box below. thank you!
*Done

Senang jer kan syarat untuk segmen ini?? Segmen ini akan terus dibuka sehingga penhujung bulan Mei atau lebih tepat pada 31.5.2014 jam 11.59 mlm. So kalau korang teringin nak join, jangan lupa klik pada banner and submit your entry...

Regards,
-Strider-

Thursday, May 29, 2014

#1422 - Hiruscar® Post Acne Step Up Dance Competition 2014

Hye Readers,

Kepada mereka yang berada di sekitar KL minggu depan, jangan lupa untuk berada diperkarangan Berjaya Times Square pada 7 Jun 2014 kerana di situ akan berlangsung final stage of Hiruscar® Post Acne Step Up Dance Competition 2014. Sebenarnya pertandingan ini telah pun bermula sebelum ini dengan proses penyingkiran melalui persembahan berkonsepkan flash mob.


Sebanyak 10 kumpulan telah dipilih dalam proses penyingkiran dan mereka terdiri daripada 150 pelajar-pelajar sekolah, kolej dan juga universiti yang membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada 8 hingga 12 orang. Kalau korang nak tengok persembahan-persembahan flash mob mereka korang boleh  tengok kat sini

Proses pengundian pula dijalankan secara online dan ia sebenarnya telah berakhir pada 25 May yang lepas. Jadi kalau korang nak tau kumpulan mana yang akan membuat persembahan di Berjaya Times Square nanti, jangan lupa turn dan saksikan sendiri atau korang boleh tau mengenai keputusanya melalui facebook Hiruscar Gel.



Jadi sebelum aku menutup entry aku ini aku tinggalkan korang pengenalan sedikit mengenai Hiruscar Post Acne ini seperti screenshot diatas. Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut mengenainya korang bleh dapat more information dalam official facebook mereka yang aku bagi tadi.

Regards,
-Strider-

Wednesday, May 28, 2014

#1421 - Anak Kucing Ketakutan

Hye Readers,

Hari ini aku nak share ngan korang satu video yang aku jumpa. Ia mengenai seekor anak kucing yang dalam ketakutan. Comel giler rupa dia..hehehe...enjoice!!!!!



Angkat tangan, Jangan Bergerak...hahaha..Apa-apa pun kesian gak aku tengok anak kucing ini. Mungkin dah tiba masanya di meminta pertolongan mereka Ini. Thats, all for now, jumpa korang malam nanti for next entry.

Regards,
-Strider-

Tuesday, May 27, 2014

#1420 - Muhammad Izz Rizzqi

Hye Readers,

Semalam aku dapat berita mengenai seorang baby yang kini dalam kesusahan melalui Nurie, Sesungguhnya aku tidak mengenal adik Muhammad Izz Rizzqi seperti mana Nurie kenal ini tapi as a blogger aku rasa ia merupakan salah satu tanggungjawab untuk membantu apa yang termampu.

Oleh yang demikian kini aku kongsikan kisah mereka yang aku copy dari blog Nurie sendiri (dengan izin) Kalau ade seiapa yang ingin membantu, detailnya ada disertakan sekali.


Petikan dibawah ini diambil di status facebook Ika sendiri.

Salam Jumaat..

Ahad, 18 Mei 2014, 12.30am. 
Kami bawa izz ke hospital lagi. Batuk izz makin teruk sejak hari jumaat. Nafas kencang. Kahak pun banyak. Tidur pun sekejap2. Kesian abang.. Doc kata abang kena jangkitan paru paru. Kesian abang kena xray ambil darah lagi. Yang entah ke berapa kali nya ambil darah. Oksigen abang turun naik tak stabil. Masa tidur saja ok bila abang bangun batuk2 bacaan tak menentu. Kesian ibu tengok abang batuk2. Ibu tau perit kan sayang. Menyusu pun dah semakin kurang. 5-10 minit saja tiap 3 jam sekali. Abang lemah sebab abang batuk banyak kahak. Abang menangis je bila nurse datang kat abang nak bagi ubat. Ibu tau abang marahkan asyik kene kacau je tidur. 

Isnin, 19 Mei 2014
Batuk abang makin teruk. Abang kena pakai pum mcm orang asma tu. Kena pakai satu benda tu tekap kat muka abang untuk bagi gas tu. Kuat abang menangis. Nurse suruh ibu yang buat tapi ibu tak sanggup. Abang kena sedut kahak pun ibu tak sanggup nak tengok tube masuk dalam mulut abang. Ibu tau sakit kan..

Selasa,20 Mei 2014, 12.00pm
Abang kena pindah masuk ke wad PiCU. Jantung abang lemah. Bacaan semua turun naik. Menyusu pun dah semakin kurang. Abang kena menyusu melalui tube. ALLAH luluh hati ibu bila wayar berselirat satu badan abang. Ibu dah tak dapat nak dukung2 abang lagi lepas tu. Doc bagi oksigen yang lagi kuat untuk bantu abang.

Rabu, 21 Mei 2014
Abang terbaring je atas katil. Ibu tak boleh nak dukung2. Cuma boleh usap2 tepuk saja. Abang genggam jari ibu ayah. Kami rindu sangat nak dukung peluk abang.

Khamis, 22 Mei 2014, 4.00pm
Doc bagitahu ibu satu lagi berita buruk. Ada salur darah abang ke badan yang sempit. ALLAH.. ibu rasa nak ambil je abang peluk abang kuat2. Doc bagitahu lagi ada risiko untuk alami kegagalan jantung. Ibu rasa nak pitam waktu tu. Terkedu sorang2. Macam2 ubat doc bagi untuk bantu kawal jantung abang yang lemah. Jangan risau ye sayang. Ibu ayah pun akan bantu abang dengan doa kami. Ibu terpaksa bagi abang susu campur sekarang. Susu ibu semakin kurang. Mungkin ibu kurang rehat dan penat. Tapi ibu akan cuba juga bagi susu ibu supaya antibodi abang kuat untuk lawan sakit.

Jumaat, 23 Mei 2014, 10.00am
Pagi tadi ibu dapat dukung abang  ada nurse baik hati tengok abang nangis2 dia pun bagi ibu nak dukung abang. Rindunya ibu pada abang. Dah 2 hari ibu tak dapat dukung abang. Dah 3 malam juga kita tak dapat tidur sama. Ibu ayah rindu sangat. Tengahari tadi ibu tengok oksigen abang nurse buka sekejap untuk tengok sama ada dah stabil atau tak. Lega sikit ibu rasa bila oksigen buka sekejap. Batuk abang pun dah kurang. Isnin nanti kita akan jumpa doktor pakar jantung di ijn. Doctor akan cek abang dgn lagi teliti. Harapan ibu ayah kalau boleh tak nak abang dibedah. Tapi kalau dah itu yang terbaik untuk abang kami redha. Tentang kos perubatan dan pembedahan ibu ayah akan usaha minta bantuan mana yang mampu. Kita di uji bersebab sayang.. InsyaAllah ibu yakin Allah dah rancangkan sesuatu untuk kita. Kita minta orang doa kan abang ya. Bertahan ya..

Maaf tak bagitahu saudara2 yg sekarang izz ada di ward PICU. Kami cuma tak nak merisaukan kalian.. doakan izz ya semua.. 
_________________________________________________________________________________

Semalam , aku terbaca update mengenai Izz dekat facebook Ika. Difahamkan doktor berjaya mengesan lagi 3 masalah pada Izz dan ini menyebabkan Izz memerlukan pembedahan dengan kadar yang segera.


"I'm on my way back to Hospital Seremban with ambulans. Izz dikesan ada 3 masalah dan mmg perlu dibedah dgn segera. Masih tak dpt tarikh yg confirm lg utk operation tapi maybe by next week. Nanti eka akan share tentang penyakit Izz.Tentang kos pembedahan pun belum pasti lg berapa. Ayah Izz tgh berbincang lg dgn diorg..i'm speechless..........xtau nak kata apa. doa kan je la anak eka selamat, sihat.."
_________________________________________________________________________________

Latest news yang aku dengar adalah Izz memerlukan RM 50000 sebagai kos pembedahan pada minggu hadapan. Jumlah yang sangat sangat besar untuk sesiapa sahaja. Oleh itu , aku mohon jasa baik kalian yang terbaca akan entry ini sama sama dapat membantu meringankan beban keluarga adik Izz. Dan dibawah ini adalah status yang dipetik daripada Facebook Rina Ellisa. 

"Assalammualaikum wbt,


Sebulan selepas Izz di lahirkan, Doctor dapat kesan ada jantung berlubang pada Izz. Ya Allah.. Tuhan menduga anak kecil ini. Tuhan menduga keluarga kami. Kehadiran Izz dalam keluarga menjadi penguat kasih sayang antara kami. Izz terlalu kecik untuk tanggung sakit ni. Kalau ada kuasa, biarlah sakit Izz pindah kat maklong. Tak sanggup maklong tengok gambar-gambar Izz, video Izz yang ibu share dengan maklong. 

Izz menangis la selagi boleh nak. Bukan kuasa Izz nak bercakap mengadu pada Ibu Ayah yang Izz tengah sakit sekarang ni. Kuatkan semangat Izz.. Maklong tahu Izz kuat sekuat maksud nama Izz, KEKUATAN.

Beberapa hari yang lalu, Doctor kesan saluran darah Izz sempit dan perlukan pembedahan dengan segera. Hari ni Izz dan Ibu naik ambulans dari Hospital Tunku Jaafar ke IJN untuk temujanji dengan Doctor pakar. Doctor telah pon memberitahu kemungkinan minggu hadapan pembedahan akan di lakukan. Cuma tarikh je belum dapat lagi. 

Sy dan keluarga memohon jasa baik kawan kawan memberi sokongan moral kepada adik sy Nur Atika semoga dia kuat dan sabar dengan ujian ini serta bantuan kewangan untuk meringankan kos pembedahan anak buah sy minggu hadapan. Kos pembedahan di anggarkan RM50k.. 

NUR ATIKA RUSDAN - 562375401747 (MAYBANK)

Tiada apa harapan kami sekeluarga selain mempercepatkan pembedahan dan melihat Izz Rizzqi sihat seperti anak-anak kecil yang lain.

Semoga dengan sokongan dan bantuan semua dapat meringankan dan memberi semangat untuk adik sy dan suami dia terus kuat di samping Izz Rizzqi..

Semoga tuhan membalas jasa baik semua mendoakan anak kecil yang tidak mengerti apa itu erti sakit dan dia hanya tahu senyum dan terus tersenyum menggembirakan hati ibu ayah dan keluarga kami..

Mohon sebarkan status ni.. Terima kasih semua..#prayforIzzRizqi"



Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian semua. Sama samalah kita doakan supaya adik Izz kembali sihat dan doakan semoga mereka berjaya mengumpul dana sebanyak RM 50000 itu untuk melakukan pembedahan tersebut. Amiinn. Untuk maklumat lanjut boleh PM Ika & Rina sendiri. Facebook Nur Atika , Facebook Rina Ellisa.

Regards,
-Strider-

Saturday, May 24, 2014

#1419 - Kenapa Tak Kawan?

Hye Readers,



Gambar budak kecik ini merupakan salah seorang daripada anak buah aku. Nama dia Adam, baru berumur 6 tahun dan merupakan anak buah yang paling kecil. Jangan terpengaruh dengan badan dia yang kecil tu sebab dia nie kadang-kadang cakap dah serupa macam orang besar dah.

Ceritanya bermula macam ini, smalam aku singgah kerumah kakak aku, memandangkan aku penat, jadi aku baring kejap sambil bermain belek-belek telefon aku. Tak lama kemudian adam datang dekat aku dan request nak baring sebelah aku..Rindu katanya dan aku pun bagi laa dia baring sebelah aku. Ketika aku sedang like aktiviti kawan-kawan aku kat foursquare tiba-tiba adam membuka mulut dan berkata:-

Adam: ohhh...paksu ada gf ehh..
Aku: Mana ade gf laa adam
Adam: tu paksu i love u..i love u..(merujuk kepada simbol like yg berbentuk love kat foursquare)
Aku : hishhh..mengarut laa, mana ada i love u...i love u...
Adam: Girlfriend paksu mana??
Aku: Mana paksu ade girlfriend adam..
Adam: Adam tau girlfriend paksu sape..
Aku: siapa girlfriend paksu?
Adam: ada..Aunty Annne kan??(sambil tersengih-sengih manja)
* Anne tu merupakan nama Ex-Girlfriend aku.
Aku: Hishhh...mana ada laa..paksu dah tak kawan ngan dia...
Adam: kenapa paksu tak kawan ngan dia??
Aku:  &*^%$

Haiyyoo...Pandai pulak budak kecik nie nak buat kaji selidik pasal love life aku. Hang sekejap aku nak explain macam mana ngan dia..End up aku tukar topic dan tinggalkan dia tanpa memberi sebarang jawapan. Adam oh Adam...

Regards,
-Strider-

Friday, May 23, 2014

#1418 - Bahayanya Kucing

Hye Readers,

Salam Jumaat semua...Tadi ketika sedang aku browse email-email lama, aku terperasan satu email yang orang forward dekat aku tentang kucing dan senjata. Cute-cute pulak bila binatang yang comel ini bergambar dengan senjata.

Kucing memang satu binatang yang comel, tapi kalau bagi dorang pegang senjata ini, dorang mampu bertukar menjadi seekor binatang yang merbahaya jugak..hahahah..Memandangkan gambar dia ada banyak jadi aku share dengan korang 5 gambar yang aku rasa paling comel..hehehe...enjoice!!!






Antara 5 ekor kucing ini, gambar yang mana korang rasa paling cute and agaknya apa nama yang sesuai nak bagi kat dia??hehehe...

Regards,
-Strider-

Thursday, May 22, 2014

1417 - Filem Tempatan Tidak Berkualiti

Hye Readers,


Lama gak aku tak buat cerita based on Nuffang punya keywords so, tadi aku pergi laa check today punya keyword kat nuffnang. Dalam banyak banyak keywords, ada satu yang menarik perhatian aku disitu. Adakah filem tempatan tidak berkualiti?

Sku pernah membuat entry mengenai drama/filem tempatan yang tidak mempunyai kekuatan (Klik Sini). Korang boleh untuk tidak bersetuju dengan aku dalam hal ini tapi sebenarnya, inilah pendapat peribadi aku. Filem/Drama tempatan bagi aku memang kurang berkualiti dan aku tak sentuh bab-bab teknikal. Ini hanyalah gambaran umum dari luaran sahaja.

Kenapa aku kata ia kurang berkualiti? Kerana filem melayu sangat streotype sebenarnya. Filem yang paling senang untuk dijual ialah filem Cinta dan juga Lawak jenaka. Aku rasa ampir 80% filem dan drama zaman moden ini menggunakan elemen cinta ataupun lawak yang berlebihan dalam filem mereka.

Sebenarnya banyak lagi filem tempatan yang berkualiti cuma kurang diketengahkan dan kurang mendapat sambutan. Aku pun tak tahu kenapa, mungkin kerasa penonton filem tempatan begitu selesa dengan jalan-jalan cerita Cinta dan Lawak ini sehingga mereka susah untuk menerima idea dan konsep baru.

So, itu jer laa pendapat aku mengenai industri perfileman kita sekarang. Please be advice yang pendapat ini merupakan pendapat peribadi aku yang tak semestinya betul. In a meantime, korang ada terpikir tak citer tempatan yang best tapi tanpa ada elemen cinta & lawak yang keterlaluan?

Regards,
-Strider-

#1416 - Selfie Dan Kehidupan

Hye Readers,

Seperti yang dijanjikan dalam entry yang lepas, untuk kali ini aku akan membawa satu topik mengenai lifetyle zaman sekarang iaitu selfie. Sebenarnya selfie ini bukan laa satu isu yang baru tapi kadang-kadang aku rasa ia menarik perhatian aku.

Self potrait photograph atau lebih kenali sebagai selfie ini adalah satu perbuatan mengambil gambar diri sendiri menggunakan sama ada camera atau smartphone. Sebenarnya kalau ikut sejarah, selfie bermula sejak tahun 1839 lagi (klik sini) tetapi ia mula popular dan menjadi mainstream sejak tahun 2012 sehinggalah pada tahun lepas selfie direkodkan sebagai word of the year (klik sini)

South Korean President Lee Myung-Bak and footballer Ji So Yun
Namun semenjak selfie menjadi popular, aku perasan society seperti berpecah kepada 2 pandangan mereka terhadap selfie. Ada sesetengah orang menganggap selfie itu adalah satu perbuatan yang menyeronokkan dan mereka mempunyai alasan mereka sendiri.

Tetapi wujud juga segolongan orang yang berpendapat selfie ini sebagai satu perkara satu perbuatan yang poyo atau tergedik-gedik dan tak kurang juga ada yang menganggap dia sebagai satu penyakit berdasarkan kajian-kajian bebas yang tidak diketahui sejauh mana tepatnya.

Brader ini pun nak merakam kenangan manis
bersama kami yang melawat Sabah Baru baru ini
Tapi pendapat aku bila bab selfie ini adalah apa tujuan anda sebenarnya, Adakah kita selfie untuk merekod kenanagan manis bersama semua yang ada pada ketika itu. Adakah kita selfie hanya kerana ingin menunjukkan sesuatu di sekeliling kita? ataupun adakah kita selfie kerana kita teruja dengan perbuatan kita menangkap gambar?

Aku ingin quote seorang kata-kata seorang blogger yang juga merupakan photographer iaitu Eshamz Halim yang berbunyi lebih kurang begini "Photographer pun ada nak bergambar sekali gak". lebih kurang gitu laa ayat dia yang aku paham..hehe

Apa yang aku cuba sampaikan ini adalah bukan mengenai siapa betul atau siapa salah tapi lebih kepada pendapat umum aku mengenai selfie ini. Secara jujurnya aku selalu jugak selfie tapi Alhamdulillah aku masih tahu batas dimana tempat yang sesuai dan tidak untuk selfie ini.

Fyi, Tengkorak ini bukan real, Ini dekat giftshop
Bagi mereka yang minat atau #kakiselfie ini teruskan jer apa yang korang lakukan asalkan ia masih berlandaskan etika-etika bergambar kerana  setiap benda yang kita lakukan pasti akan ade mereka yang tidak menyukainya. You can't pleased everybody.

Ada juga yang menganggap selfie ini is a girl's things. Sebenarnya selfie bukan sahaja untuk perempuan tapi lelaki pun okay what kalau selfie.Tapi ingin aku tekankan kat sini yang selfie dan duckface adalah 2 benda berbeza. Kalau duck face itu memang nampak gedik sikit okay..hahaha

Jadi itulah cerita aku mengenai Selfie kali ini. Sebenarnya impact dia dalam kehidupan kita tak besar pun. Tajuk tu saje nak bagi nampak sedap..haha..Jadi apa anda tunggu lagi? Lets take a selfie and jangan lupa hashtag #Selfie #kakiselfie di dalam account media social anda..hehehe

p/s: disebabkan aku busy few weeks ini, jadi aktiviti BW hanya dapat dilakukan pada waktu malam..see you tonight..

Regards,
-Strider-

Wednesday, May 21, 2014

#1415 - Liebster Award Suria Amanda

Hye Readers,


Lama dah rasanya aku tak buat entry-entry mengenai lifestyle, current news, relationship and etc. Jadi for next entry nanti aku akan bawak satu topic yang dah lama gak aku peram nih. Tapi sebelum itu, aku nak langsaikan hutang Liebster Award by Suria Amanda dulu.

Tanpa membuang masa, jom kita baca soalan-soalan Suria Amanda (SA) nie kepada aku...

(1) Apakah pendapat you all tentang blog Suria Amanda?
Sebenarnya blog SA nie antara blog yang selalu update gak laa. Sebenarnya aku suka baca blog SA sebab blog dia mempunyai variety dari segi entry..hehehe

(2) Apakah soalan pertama yang hendak ditanya jika bertemu SA?
Bila nak belanja makan nih???

(3) Antara SA dan anak-anak, siapakah yang kalian nak jumpa kalau diberi peluang?
Memandangkan anak SA nie anak dara, elok laa kalau diberi peluang jumpa ibunya dulu..kang nanti tak manis jumpa anak orang tanpa ibunya mengenali kita..hehehe

(4) Sila jelaskan tentang diri kalian dalam 5 perkataan yang paling mudah.
Seorang yang baik tapi nakal

(5) Apakah detik yang paling cemas dalam kehidupan kalian?
Bila keluar  1st date dengan perempuan...serius ini, lagi cemas daripada pergi bergaduh..hahaha

(6) Apakah situasi yang paling memalukan yang pernah dihadapi?
Pernah sekali saya ingat ada perempuan lambai kat saya, tapi rupanya dia lambai kat orang lain..hehehe

(7) Apakah yang menyebabkan kalian sanggup membaca entri panjang berjela SA ni?
Panjang ker entry SA ini??so far rasanya jarang jumpa entry SA yang panjang berjela..semuanya saya rasa ngam-ngam soi...

(8) Di antara ibu bekerja dan sepenuh masa, yang mana paling mudah dan mengapa?
Ini kena tunggu saya jadi ibu baru saya boleh jawab. Nak bagi jawapan teori ia terlalu subjective..hehe

(9) Kalau diberi tiket kapal terbang dan penginapan percuma, ke manakah destinasi pilihan hati?
Amsterdam

(10) Apa perkataan yang selalu diucapkan lepas tu terasa menyesal?
Jom hisap rokok dulu..

(11) Melalui pengalaman berborak di alam maya bersama SA, sila jelaskan apa pendapat kalian tentang SA di alam nyata (silalah gunakan kuasa imaginasi yang tinggi tu untuk memikirkan bagaimanakan orangnya si SA ni..) 
Saya rasa SA nie seorang yang friendly dan mudah untuk mersa kalau mula2 jumpa orang tu tak poyo ngan dia..berdasarkan pengamatan sy sekali pandang daripada belahan rambutnya, SA mungkin seorang yang open minded dan tak terlalu skeptikal ..hehehe

So itu jer laa Liebster dari Suria Amanda. Setelah menjawab 4 Liebster Award ini aku rasa ini merupakan entry Liebster award aku yang terakhir untuk kali ini sebab aku nak bagi ruang untuk entry lain plak. Tambahan pulak waktu aku ada depan PC agak limited 

Terima kasih kepada mereka yang tag aku sebelum ini dan  dan tak lupa kepada mereka yang sudi menjawab Liebster aku juga. Owh yaa, Next entry aku ialah mengenai Selfie dan hopefully korang akan enjoy dengan apa yang aku bakal tulis.

Regards,
-Strider-

Tuesday, May 20, 2014

#1414 - Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1

Hye Readers,


http://www.bubblynotes.com/2014/05/segmen-bloglist-bubblynotescom-48-jam-1.html

Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1 bermula dari 20/5/2014 SEHINGGA 22/5/2014, jam 9.45 a.m... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tidak, retis atau tidak dijemput untuk memeriahkan segmen ini... Tujuan? Pertama, haruslah nak pilih 10 orang blogger yang bertuah untuk masuk bloglist Bubblynotes.Com dan nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow untuk semua blogger2 yang menyertai segmen ini. Pemenang segmen akan dipilih oleh pakcik Random.Org...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com 
2. Buat entri bertajuk: Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian pastekan coding seperti tutorial di bawah ini...

 
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen di bawah. 

Simple dan mudah kannn??? Segmen copy+paste paling awesome kot bagi iolss... 

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org) 
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/5/2014.

P/S: Memandangkan hari ini akan menjadi busy bagi aku, jadi aku tinggal korang dengan segmen dari Kak Farah ini..Cepat..Cepat Join...anda ada kurang dari 48 jam dari sekarang...hahaha..

Regards.
-Strider-

Monday, May 19, 2014

#1413 - Liebster Award Cik Itah

Hye Readers,

Salam Isnin kepada semua. Few days ago aku ada baca satu artikel mengenai 7 perkara yang boleh menjadikan Isnin anda bertambah awesome. Tapi nanti aku share isi kandungan artikel tersebut sebab aku nak kena translate dia into BM dulu. tapi aku mulakan minggu ini dengan menjawab salah satu Liebster Award yang aku ada dan aku mulakan dari Cik Ita dulu.


Berikut merupakan 11 Soalan yang aku kena jawab untuk LA ini..

1) Gambarkan diri anda dalam tiga perkataan.
Seorang Berfikiran Terbuka

2) Usia blog anda?
Lebih kurang 3 tahun 4 bulan.

3) Berapa kali kah anda pernah jatuh cinta?
Sekali

4) Pernah rasa rindu dengan seseorang dan bagaimana anda menghadapinya?
Pernah dan tak perasan plak cara saya deal with it. Mungkin try call or text kot. and kalau dia unreachable mungkin tengok balik theard text yg lama2 kot.

5) Apakah perkara yang paling anda suka buat?
Soalan ini paling apa saya tak sure tapi kalau paling suka is Liverpool and tak suka ialah when so much thing to do and so little time..hehehe
 
6) Siapakah yang menjadi inspirasi anda dalam sesuatu perkara?
Depends on perkara itu sendiri tapi kalau dlm dunia blogging bnyak gak blogger2 yang menjadi sumber inspirasi. Tapi blogger yang mencetuskan rasa dini nk blogging is HeartBoxx

7) Bagaimanakah anda menghadapi sesuatu yang mengecewakan anda?
Look it at positive side..

9) Apakah perkara yang pernah terjadi yang anda tidak dapat lupakan sehingga kini?
Banyak sebenarnya, tapi saya amik satu contoh yang manis iaitu pengalaman melihat sendiri pemain Liverpool menentang Harimau Malaya di Bukit Jalil.

10) Jika diberi peluang, anda nak jadi apa?
Kalau jadi selebriti boleh??hahahaha

11) Jujur..blog Cik Itah lambat loading kah?
Dengan kelajuan internet saya sekarang, blog Cik Itah loading seems just fine.

12) Anda mengenali sy dengan nama itah. agak-agak anda boleh teka tidak nama sebenar sy, Tekaan anda? p/s nama ayah tidak perlu.
Ini soalan yang susah kerana pelbagai kemungkinan ini..tapi kalau disuruh teka, mungkin saya teka nama Rozita kot.hehehe

Sehubungan dengan itu, saya juga ingin mengutarakan beberapa soalan yang bakal dijawab oleh blogger-blogger yang akan ditag. Soalan-soalan tersebut merupakan seperti berikut:-

1) Describe diri anda secara ringkas.
2) Anda merupakan seorang pelakon, secara umumnya watak apa yang anda rasa anda boleh bawakan dengan baik?
3) Selain daripada blog, media social apa lagi yang korang suka guna?
4) Anda diberi RM 1 Juta. Pilih antara 2, nak abiskan untuk shooping atau nak abiskan untuk vacation beberapa tempat tapi without shopping
5) Jenis orang yang memang korang tak akan berkawan langsung.
6) Selain negeri kelahiran anda, berikan satu negeri yang anda suka kat Malaysia ini.
7) Create satu soalan dan jawab sendiri.
8) Berikan satu soalan untuk next Liebster Award yg aku nk kena buat.
9) Gambaran korang mengenai diri aku.
10) Pendapat ikhlas korang mengenai blog aku.

Itu laa merupakan soalan yang akan dijawab oleh mereka yang akan ditag oleh aku pada kali ini. Mereka yang bertuah ialah,

3) Suri
Jadi itulah kisah untuk Liebster Award aku kali ini. Ada lagi yang aku belum jawab lagi dan pelan-pelan nanti aku akan jawabnya, In a meantime have a good monday and a great week ahead..hehe.

Regards,
-Strider-

Saturday, May 17, 2014

#1412 - Monsopiad Cultural Village

Hye Readers,

Aku sambung balik cerita pasal trip aku ke sabah aritu. Memandangkan kebanyakkan yang pergi atas faktor Borneo Marathon jadi pada pagi ahad tersebut, aku dibuai mimpi indah sementara tunggu dorang abis marathon yang bermula pada pukul seawal 4.00 pagi.

Setelah berehat, pada waktu tengah hari kami melawat sebuah tempat yang diberi nama Monsopiad Cultural Village. Ini merupakan salah satu tempat yang korang kena datang kalau korang berada di Kota Kinabalu sebab apa yang ada di sini memang tiada di semenanjung.


Sebab aku cakap tempat ini perlu dilawati ialah kerana ia merupakan  tempat perkampung asal dimana terletaknya seorang pahlawan pemburu kepala (head hunter) yang diberi nama Monsopiad. Tempat ini terdiri daripada pelbagai jenis pakej yang disediakan. Sama ada korang nak tengok performance, nak tour guide dan lain lain ada disediakan.



Kami mengambil full pakej yang terdiri daripada persembahan tarian, tour guide dan juga sedikit refreshment yang disediakan. Harga untuk full pakej ini ialah  RM55 seorang. Memandangkan kami agak ramai dan selepas buat muka sedih dan sedikit kenyit-kenyit mata kat awek kaunter tu, kami diberi diskaun sebanyak RM 40 seorang.

Kami mulakan sesi tour dengan sedikit refreshment sementara menanti persembahan tarian yang dimulakan pada pukul 2.00 ptg.  Sebanyak 3 tarian dipersembahkan pada hari tersebut dan kami dibenarkan untuk mencuba 2 daripada 3 tarian tersebut. Tapi yang paling best adalah Tarian Magunatip  walaupun kami hanya diajar basic. Kalau nak tengok macam mana rupa aku menari sila tengok video dibawah

Dah macam petani Vietnam pun ada aku ini.

1 daripada 3 persembahan tarian untuk hari itu.

Selfie Jangan dilupakan dan ia idea staff MCV sendiri



Ini kira tarian Level 1 jer. Kalau korang tengok dorang punya level 5, kalah bebudak shuffle zaman sekarang. Its was entertaining dan bukan senang nak cuba. Selepas menari, tour guide kami membawa kami menyusuri sejarah suku kaum head hunter ini dan especially Monsopiad dan apa jasanya kepada perkampungan tersebut.



Batu ini sebenarnya mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Aku pun tak berani nak cerita sebab takut menyimpang nanti jalan ceritanya. Tapi basically, batu ini merupakan tempat kediaman semangat yang dahulu pernah menjaga kesihatan para penduduk kampung yang dilanda penyakit misteri.

Batu yang seberat 7 tan ini merupakan batu yang asal dan kedudukannya tidak pernah dialihkan. Menurut tour guide kitaorang, semangat yang ada di dalam batu ini masih wujud sehingga sekarang, dan batu ini pernah sekali tumbang pada tahun 2010. Mereka percaya yang batu itu tumbang kerana masyarakat di sana tidak lagi melakukan ritual yang diamalkan sejak dari turun temurun.

Seterusnya kami dibawa ke rumah di seberang Cultural Village tersebut. Rumah yang diberi nama "House of Skulls"  itu juga merupakan rumah asal dimana kaum head hunters ini menyimpan tengkorak dan juga barang-barang lain. Untuk masuk kedalam kami diminta untuk membuka selipar dan kasut kerana dia dianggap sebagai satu tempat yang suci. Di dalam ini juga kami diberi pendekatan mengenai Bobohizan.



Bobohizan merupakan gelaran bagi bomoh wanita utama dalam tradisi kebudayaan Kadazan-Dusun. Kebanyakan bobohizan ini terdiri daripada kaum perempuan tapi ada sebilangan kaum lelaki di pilih bagi menguatkan lagi persembahan atau upacara yang diadakan. 

Menurut tour guide kat sini, Bobohizan ini merupakan lebih kepada minat dan tak silap aku dia ada mention bobohizan yang paling muda mereka ada ialah berusia 21 tahun . Aku ade sempat amik a few gambar kat dalam ini setelah meminta izin daripada tour guide kami.





Setelah melawat "House Of Skull" kami dibawa berjalan jalan sikit di kawasan sekitar sambil tour guide menerangkan cara hidup suku kaum Kadazan Dusun ini.  Untuk kali ini aku rasa baik korang layan jer gambar-gambar yang ada sebab kalau aku cerita nanti takut jadi lain pulak.

Rumah dimana tempat mereka menyimpan bekalan beras

Ini merupakan salah satu daripada banyak alat yang digunakan untuk menghasilkan beras

Rumah ini aku dah lupa untuk apa..Maaf yaa..hahaha
Pada penhujung tour, seperti biasa kami dibawa kedalam kedai cenderahati. Pelbagai jenis cenderahati yang korang boleh beli kat sini daripada Baju T-Shirt sampai laa ke aksesori.


Kedai cenderahati tersebut merupakan penghujung kepada tour kami. Secara keseluruhanya tour ini mengambil masa lebih kurang sejam setengah kalau tak silap aku. At the end of the day, pengalaman kami berada di sini memang beharga kerana ia tak boleh diperolehi di tempat lain, apatah lagi orang KL macam aku ini.

Kepada mereka yang bercadang untuk ke sabah, korang boleh masukkan tempat ini dalam jadual lawatan korang dan aku sertakan sedikit panduan umum mengenai Monsopiad Cultural Village ini
Dibuka setiap hari :  8:30am to 5:00pm.
Persembahan kebudayaan: 10am, 11am, 2pm & 4pm.
Guided tour: Sebelum persembahan atau mengikut keadaan semasa
Bayaran dikenakan: RM50 (dewasa) & RM10 (kanak-kanak 6 – 12 yrs) termasuk guided tour, welcome drink & persembahan kebudayaan.
Facebook : Monsopiad Cultural Village

Sebelum balik kita Selfie dulu
Jadi itulah kisah aku mengenai lawatan ke Monsopiad Cultural Village ini. Sebenarnya kalau aku nak cerita satu-satu apa yang aku buat kat sana memang rosak mouse korang scroll down. Ini merupakan salah satu tempat dimana korang kena pergi untuk mengalami dan mendengar sendiri cerita mengenai kaum Kadazan Dusun ini. 

Bagi aku kalau kenakan bayaran RM50 pun ia masih lagi berbaloi dengan apa yang mereka beri. Untuk makluman semua benda yang ada disini adalah merupakan harta milik peribadi keluarga Monsopiad yang sekarang dah masuk generasi yang ketujuh. 

p/s: ada 2 lagi Liebster yang nak kena jawab nih...hmm...

Regards,
-Strider-

Thursday, May 15, 2014

#1411 - Liebster Award by Nurie Sya Nadia

Hye Readers,



Sebelum aku sambung cerita pasal sabah, Aku nak selit skit entry pasal Liebster Award yang cik Nurie Sya Nadia tag aku haritu. Sebelum aku terlupa baik aku settlekan dulu entry ini. Sebenarnya soalan-soalan yang diberikan oleh cik Nurie kita nie pun soalan soalan killer gak..hehehe

Jom kita tengok apa yang dia nak tanya kat kitaorang...

1) Apa ciri-ciri blogger yang buat korang rajin nak blogwalking?
- Kalau ciri-ciri blogger tu dah tentu laa bergantung kepada sifat mesra alam mereka. Kalau blogger tu sombong atau macam malas nak layan, minat nak membaca entry dia pun boleh berkurangan sikit demi sedikit walaupun entry dia best.

2) Selalu korang blogging waktu bila?
- Depends on avaibility sebenarnya. Kalau betul2 free, boleh bw 2-3 kali sehari, kalau busy sikit normally aku akan spend sekali sehari and kalau betul-betul busy tak dapat laa aku nak bw.

3) Pernah tak stalker ex girldfriend?
- Nak kata stalk tu tidak laa tapi kalau melintas namanya depan timeline tu baca jugak laa..hehehehe

4) Masih berhubung dengan ex girlfriend tak?
- Just say hi jer laa, dia tanya aku okay ke tak and aku tanya dia okay balik..thats all jer tahap perbualan kitaorang.

5) Ada tak soalan yang korang rahsiakan dari girlfriend?
- Memandangkan aku xde gf, jadi tak ada apa yang nak dirahsiakan. tapi kalau ikut practice dulu memang aku tak rahsiakan apa-apa. In fact phone pun aku set with no password,

6) Kalau diberi pilihan jadi binatang korang nak jadi binatang apa?
- Ntah laa, tak pernah terpikir plak tapi mungkin binatang yang lemah lembut sebab nanti baru laa ramai orang yang belai..hehehehe

7) Bercinta dengan artis luar negara, siapakah pilihan??
- Jawapan spontan aku ialah Emma Watson.

8) Masa kecik-kecik dulu suka main apa?
- Bola sepak, Konda Kondi dan Baling Selipar.

9) Benda yang paling nakal pernah buat time sekolah?
- Time sekolah dulu memang nakal susah nak pilih yang paling nakal. Mungkin smoking kat toilet sekolah kot..hehehe

10) 3 benda yang tak boleh hidup kalau takde.
- Makanan, air, dan Internet.

11) 3 Pendapat mengenai Nurie,
- Peramah, Chantek, #KakiSelfie hahahaha

Okay, itu laa antara soalan-soalan yang dikemukakan oleh Nurie, memandang aku tak boleh nak copy soalan dari blog dia makan aku tulis balik soalan tu dengan ayat ringkas tapi maksudnya tetap sama. Kini masa untuk aku pulak bagi soalan untuk dijawab oleh blogger lain.

Soalan-soalan aku adalah: -

1) Berapa umur korang ketika korang menulis entry ini?
2) Kalau diberi peluang menjadi menteri (selain PM) portfolio menteri mana yang korang berminat?
3) Kalau diberi bakat berlakon atau menyanyi, yang mana satu korang akan kejar?
4) Pasangan ajak date, Karaoke atau Movies?
5) Selain daripada blog, media social apa lagi yang korang suka guna?
6) Tempat luar negara yang paling best korang pernah pergi?
7) Pernah tak menyesal buat sesuatu?
8) Inspirasi nama blog korang
9) 3 perkara mengenai korang
10) Siapa yang mula mula menjadi inspirasi untuk korang buat blog?
11) Pendapat ikhlas mengenai blog aku.

So itulah antara soalan-soalan yang aku ingin tanya. dan untuk kali ini mereka yang bertuah ialah seperti berikut: -

1) Ayue Jean
2) Maria Firdz
3) Muhammad Khairuddin Lim
4) RDZ
5) iMARAZAK
6) Aisya
7) Husna Zaidi
8) Farah Waheda
9) Aku Sobri
10) Nurul Hidayah 
11) Bella Luna

Selamat menjawab soalan yer semua, Kepada yang lain, anda juga bebas untuk buat entry Liebster Award aku nie walaupun aku tak tag jika korang rasa rajin atau takde idea apa nak update entry..hehehe

Regards,
-Strider-

Tuesday, May 13, 2014

#1410 - Visit Sabah 2014

Hye Readers,

Kali ini aku nak ceritakan mengenai percutian aku ke negeri sabah baru baru ini. Aku memilih penerbangan yang berlainan untuk pergi dan pulang dari sabah. Untuk ke Kota Kinabalu aku terbang menggunakan penerbangan MAS MH2612 yang bertolak pada pukul 8.25 pagi. 



Untuk harga tambang menggunakan penerbangan MAS, harga yang aku dapat boleh dikatakan agak murah memandangkan tiket dibeli pada November 2013 iaitu pada harga RM 135.00. Hanya aku dan seorang kawan aku sahaja yang terbang menggunakan flight MH2612 manakala yang lain ada yang terbang menggunakan other flight MAS dan Airasia mengikut kesesuaian waktu mereka. 




Seperti  biasa selepas mendapatkan boarding pass dan check in segala barang supaya tak lambat kita #Selfie dulu...hahaha. Time ini muka nampak excited walaupun sebenarnya penat sebab malam sebelum tu kitaorang tidur agak lewat.

Seperti yang dijangka, penerbangan dengan MAS berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang kelewatan. Hospitaliti yang diberikan oleh crew mereka juga cukup memuaskan and walaupun tiket mereka agak mahal compare to low cost airline tapi memang worth it la..





Sepanjang penerbangan aku tak ada rasa boring sebab MAS ade menyediakan ruang interaktif untuk setiap penumpang mereka. Sambil dengar lagu, makan nasi lemak yang kini tak berapa telanjang (bak kata Chef Wan) sambil menikmati pemandangan awan biru dah 2 jam kemudian, Hello Kota Kinabalu!!!!..




Sampai di Kota Kinabalu seperti biasa kita selfie dulu sementara tunggu beg sampai. Walaupun kami semua naik flight yang berbeza namun sebenarnya kali sampai lebih kurang pada waktu yang sama iaitu pada tengah hari. memandangkan kami seramai 9 orang jadi kami sewa 2 buah kereta untuk memudahkan perjalanan kami.

Harga mungkin berbeza mengikut jenis kereta tapi memandangkan salah seorang daripada kami merupakan orang sabah jadi dia dah adjust kereta ini dengan harga RM 100 sehari. Macam couple pulak aku tengok kereta ini. Kalau korang bijak laksana yang mana jantan dan yang mana betina?


Sampai di sana kami terus check in ke Promenade Service Apartment yang terletak tak jauh dari airport. Sorry,tiada gambar yang dapat aku berikan dalam hotel tu sebab aku terlupa mungkin sebab kepenatan.Basically, tempat tu takde laa luxury sangat tapi berbaloi dengan harga govt rate yang kitaorang dapat iaitu RM 100 semalam untuk satu studio suite dengan 2 katil single.

Tapi apa yang menarik kat sini, kat level GF banyak kedai-kedai runcit, 7E, kedai makan, Mcdonalds,Bar & Restaurant, Kedai urut kaki dan pelbagai jenis kedai lagi. Pendek kata kalau setakat untuk keperluan asas turun bawah jer, semua dah ada dan ia juga walking distance to Kota Kinabalu Centerpoint dan juga Waterfront.


So sampai disini dulu entry aku pasal percutian ke Sabah, segala aktiviti yang aku lain yang aku buat di sabah seperti gambar diatas ini akan aku update dalam entry berasingan nanti. Insyallah aku akan update tak lama lagi atau mungkin aku akan selang seli dengan entry Liebster Award memandangkan masih ada lagi entry yang belum aku buat.

Regards,
-Strider-

Monday, May 12, 2014

1409 - Flora Cafe Ampwalk

Hye Readers,



Hari ini aku nak review satu tempat makan kat Kuala Lumpur yang pernah aku kunjungi baru baru ini. Tempat makan tersebut adalah Flora Cafe yang bertempat di Ampwalk Jalan Ampang. Last time aku makan kat sana adalah pada Mini Gathering yang dijalankan oleh few bloggers, kalau korang nak rasa kemeriahan gathering tersebut korang leh (klik sini)

Sebenarnya, waktu aku pergi sana haritu ada 3 elemen yang menarik perhatian aku sebenarnya dan aku akan cerita pasal 3 elemen yang menarik pasal Flora Cafe ini iaitu dari segi menu, decoration and practically for events.

1) Menu
Menu untuk Flora Cafe ini pula terdiri daripada pelbagai jenis dari masakan Melayu hinggalah kepada Western Food. Aku lupa plak nak snap gambar menu mereka hari itu time aku pergi sebab aku sendiri tak terpikir masa tu nak review pasal Flora Cafe.

Set Lunch Ayam Masak Merah

Nampak macam sikit tapi ayam dia 2 ketul hokay...


Pada masa itu aku order Set Lunch yang terdiri daripada masakan melayu kampung sebab itu memang favorite aku. Harga yang dikenakan adalah berpatutan dengan quality masakan dan juga portion untuk sesebuah menu.

2) Hiasan Dalaman
Memandangkan nama pun Flora Cafe, jadi susah tentu hiasan utama kedai tersebut terdiri daripada bunga-bunga yang cantik. Aku nak cerita pun tak reti jadi mari kita layan a few gambar decoration yang ada kat sana.. (Picture Credit:  AyueJean)






Suasana kat dalam kedai tu pulak memang cozy dan nyaman sekali. Dengan suasana aircond yang suhu dia ngam-ngam jangan tanya kenapa kalau lepas makan korang rasa malas nak bangun.hehehe..

3) Events Practicality 
Pada pendapat aku, bukan semua kedai sesuai untuk dijadikan tempat utk buat event . Ada gak kedai makanan yang sedap tapi suasana dia tak sesuai untuk event. Di Flora Cafe, ia ada kedua-duanya dan menjadi tempat yang sesuai kalau korang nak buat event atau hanya sekadar datang makan sahaja.


Tapi kalau korang nak buat event macam gathering, birthday, dinner anniversary, celebrate special occasion, korang digalakkan untuk membuat RSVP dulu melalui contact detail yang akan aku beri di penghujung entry ini. Ini bagi mengelakkan daripada korang kecewa apabila datang dan mendapati tiada space kerana tempat sudah fully booked.

Kalau tak silap aku, mereka juga boleh bantu korang decorate skit ruang makan tu jika korang ade special request seperti nak gantung belon etc.

Jadi setakat ini laa cerita aku pasal Flora Cafe ini. Kalau korang berminat nak try makan kat sini korang boleh hubungi Flora Cafe seperti alamat yang tertera di bawah.

FLORA CAFE (AMPWALK)
Ground Floor, The Ampwalk 218, Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur
Phone : 03-2161 8010/ 03-2181 0986 (MEL)

p/:s: Cerita pasal trip aku ke sabah, nanti aku akan update yaa...

Regards,
-Strider-