Thursday, May 8, 2014

#1406 - Cerita Kakitangan Vendor MAS Mendakwa Penumpang Sial Oleh Mazidul

Hye Readers,

Banyak benda aku nak update sebenarnya hari ini, tapi aku rasa elok aku update cerita pasal story yang aku baca kat blog Bro Mazidul Akmal Sidek semalam. Sebelum itu biar aku perjelaskan yang aku tiada isu apa-apa dengan Bro Mazidul ini. Sebenarnya aku respect kepada gaya penulisan dia sebab, kebiasaanya penulisan dia penuh dengan info dan tak pernah lari daripada etika-etika penulisan.




Namun apa bila aku baca mengenai Seorang Kakitangan Vendor MAS Mendakwa Penumpang Sial aku merasakan apa yang ditulis oleh Bro Mazidul ini sedikit keterlaluan. Aku jemput korang baca entry itu untuk memudahkan korang pahami apa yang aku cuba sampaikan kat sini. Aku merasakan apa yang Bro Mazidul sampaikan itu lebih kepada teguran.

Untuk makluman korang, aku ke pergi ke Sabah menggunakan penerbangan MAS dan aku melalui situasi yang digambarkan oleh Bro Mazidul ini cuma nasib aku baik kerana aku dibantu oleh seorang kakitangan vendor MAS yang sangat friendly dan banyak membantu aku.

Mengikut Bro Mazidul tepat jam 10.45 pagi, dia terbang menggunakan pesawat MH2710. dia  menganggap isu itu selesai sehingga kakitangan vendor MAS yang terlibat didapati memaparkan status di bawah di laman sosial


Pada pendapat aku sebagai pembaca blog Bro Mazidul, perempuan itu bukan mengeluarkan statement sebagai seorang kakitangan vendor MAS tapi lebih kepada bersifat peribadi. Mungkin statement itu dimuatnaik olehnya selepas dimarahi oleh superiornya akibat kesilapan yang dilakukan.

Bagi aku agak tidak adil untuk melebel kakitangan vendor MAS yang mendakwa penumpang sial kerana bukan semua kakitangan vendor MAS yang macam itu. Mungkin hanya segelintir sahaja yang bersifat demikian. Jika berada ditempatnya, aku juga tidak bersetuju jika apa yang aku muatnaik dalam account peribadi media social aku dijadikan sebagai sebahagian daripada statement yang mewakili company tempat aku berkerja.

Apa pun biar aku jelaskan yang penulisan aku ini bukan untuk menjatuhkan Bro Mazidul jauh sekali nak membencinya. Banyak juga sebenarnya yang aku belajar apabila menjadi silent reader untuk blog Bro Mazidul. Aku juga banyak belajar serba sedikit mengenai etika penulisan ini daripada blog miliknya, aku masih ingat kes pertama yang aku baca mengenai etika penulisan ini melalui blog mazidul bertajuk Video Lucah Melia

Apa apa pun aku harap agar perempuan tersebut menjadikan kes ini sebagai satu pengajaran. Bekerja sebagai front liner nie kena tabah sikit menghadapi situasi dan ragam dari customer. Walaupun aku bukan seorang front liner tapi bekerja dalam public transport industry aku rasa tak sesuai kalau kita amik statement peribadi seseorang dan menjadikanya ia sebagai sesuatu yang official.

Regards,
-Strider-

23 comments :

  1. mazidul ni mmg suka cari salah orang.

    ReplyDelete
  2. Mmg bukan semua org boleh bekerja di front liner ni.. mcm2 perangai org kita kena atasi.. kena sentiasa senyum walaupun ada yg tak kena.. itu dah tugas. Tp mmg betullah, sebaiknya bro Mazidul pun kena tegur dgn cara yg lebih lembut tp tajam.. pasti akan lebih ramai yg respek dgn cara mcm tu. Contoh juga buat budak2 sbb anak aku yg berumur 14 tahun pun selalu baca juga blog dia... klu perkataan tak baik, kenalah aku halang dari dia baca selalu hmmm...

    ReplyDelete
  3. Akakvsetuju ngan pendapat ko Lan...ini lebih dari sifat peribadi...as a normal human kita x leh lari dr rasa x puas hati..same case like that lady..pd dia maybe itu cara dia melepaskan rasa x sedap hati maybe lepas kena mrh superior..my instinct kuat mengatakan bhw..dia tidak berniat memaki penumpang but lebih kepada melepaskan perasaan. ..itu pendapat peribadi iolls..

    ReplyDelete
  4. aku baru je lpas baca,,agak deap mening juga apa yg masidur tu tlis... mugkin apa yg staff tu tulis..atas sbab yg ko ckapkan kat atas..itulah skrg kat media sosial bkn bleh main hentam kromo je.. tmbh pasai kerja kita..takut timbulkan masalah kmudian hari...beb bilanak updte enry..sabah :P

    ReplyDelete
  5. macam2 jenis manusia ada kan...manusia takkan lari daripada perasaan marah sebagainya tu...cuma yang membezakan sama ada kita mampu mengawalnya atau tidak :)

    ika klik3 tabung INTI

    ReplyDelete
  6. Oh ini lah gossip kat group tadi yg sy tertinggal tu heh? haha!

    kerja melayan karenah customer ni geleng kepala je lah. lagi2 kalau ragam mengarut sgt tu.. rasa mcm nak hantuk kepala kt pc je. haha!

    ReplyDelete
  7. Hmmm..perlu ke updates status tu..dan kita percaya, isu ni melibatkan personal. So tak perlu buat kesimpulan macam tu kot..Apa-apa pun kena hati-hati apabila menuliskan...Jangan jadikan Blog tempat mengaibkan orang...nanti pembaca pun share sama saham tu.. Muhasabah diri kerana kita pun kadang-kadang tak perasan..

    ReplyDelete
  8. Hmm, to me, that staff should be more careful and matured about what she posts on her FB/Twitter atau apa2 media social yg boleh diekses oleh sesiapa saja... tu kes buat naya diri sendiri, supposedly benda tu tak jadi public knowledge pun kan, just between him, her and other staff yg ada kat situ, patutnya dah habis di situ... but because of her immaturity to stir more conflict by posting such status yg boleh diekses oleh public, well... berani buat berani tanggung ^^

    ReplyDelete
  9. Apa sekalipun biar kita jaga kesopanan walaupunmarah sekali pun.

    ReplyDelete
  10. Actually, teman setuju dengan pendapat Bro Mazidul tu... and teman tak setuju denga ko... Dalam entry bro Mazidul, dia mention seorang... bukan dia melabelkan semua kakitangan vendor MAS tu... and bila perempuan tu update status, ketika itu dia masih lagi bertugas sebab masih lagi berada di departure terminal. Nie andaian teman la... Bila perempuan tu update status macam tu, semua orang boleh baca tau... So, adalah lebih baik jangan update benda2 macam nie...

    Kalau teman jadi boss dia pun, teman tak nak ada staff macam nie.... Kalau boleh semasa interview lagi teman dah reject... :d

    ReplyDelete
  11. Ituuuu diaaaa tindakan balas encik azlan kita. Eh tetibaaa ! Hahaha

    ReplyDelete
  12. Perlu lebih bertanggungjawab atas setiqp kata kata yang kita zahirkan. Bimbang makan diri..

    ReplyDelete
  13. hmm.. dia tu mmg ramai musuh.. maybe cara pembawakan diri dia kot..

    ReplyDelete
  14. like the way u write..aku pun silent reader Bro Mazidul and ade gak certain2 things aku x suka tentang penulisan dia..but nak uat cmne kan..hahahahahha

    ReplyDelete
  15. bila satu pihak memulakannya di media sosial , maka sebelah pihak lagi akan membalas . kira mcm mempertahankan maruah lah ... inilah keburukan media sosial .

    ReplyDelete
  16. That thing happened during her work hour, with her uniform, in her counter/station. then she posted something related to her working situation... it's not like "bro majidul, u xhensem....".... walaupun bukan semua orang kondem Mas (ada yang kondem the girl, atau dengan mas sekali). but she represents her company.

    i believe, you should be genuine in work, be patience, dont let emotional get in the way (especially during ur work hour).... if you dont respect people...fineeee but respect your job.

    i bet she kena marah..or kena tiaww kaw kaw. but if she think thousands times before posting something on social network, the situation will be cooler.

    ReplyDelete
  17. berita hangat. entah apa punca kes ni jd berlarutan.hope nanti mereka selesaikn dgn cara profesional

    ReplyDelete
  18. Matlamat dia nk betulkan tapi cara dia tu ramai org tak suka.. Kontrovesi aje...

    ReplyDelete
  19. salah faham mungkin.. biasalaa kadang jiwa tengah gusar, main nak sembur je tanpa toleh kiri kanan..

    ReplyDelete
  20. kalau keje berdepan dgn orang ramai ni mmg kena jaga bahasa, kalau tak nasib la ;)

    ReplyDelete
  21. aku rasa bro mazidul pun tak bermaksud ditujukan kpd sumer vendor MAS.

    ReplyDelete
  22. mungkin berselisih faham saja tp ikutkan marah smpai update status mcm tu dan rasanya mazidul kena tukar tajuk tu. kurang nice bila org baca. kerana nila setitik rosak santan seperiuk.. hehehehe

    ReplyDelete