Sticky Post Until 14 June 2014
Hye Readers,
Sepatutnya aku nak update pasal entry ATV hari itu, tapi aku bagi laluan dulu untuk satu entry mengenai review teater yang aku pergi semalam kat Istana Budaya. Producer untuk teater nie rupanya merupakan kawan kepada kawan aku dan salah seorang pelakonya pun sebenarnya kawan aku jugak. So last night we all decide untuk datang and beri support kepada mereka.
Projek Kahwin ini merupakan salah satu teater yang sesuai untuk semua jenis golongan. Sama ada korang hendak berkahwin, baru bercinta, malah para ibu bapa juga digalakkan untuk menonton teater bagi memahami apa itu sebenarnya erti sebuah perkahwinan.
Kami yang belum berkahwin (kecuali seorang) |
Latar belakang cerita ini lebih kurang sama dengan mana-mana cerita Hollywood, Bollywood, Korea dan drama lain seluruh dunia dimana ia mengisahkan halangan yang dihadapi oleh 2 pasangan bercinta iaitu Nisa dan Rizal. Apa yang membuatkan menarik ialah jalan ceritanya yang sebenarnya realiti dalam kehidupan masyarakat kini.
Sipnosis cerita ini mengisahkan tentang Rizal yang ingin mengahwini kekasihnya Nisa tetapi mendapat pelbagai halangan apabila pihak keluarga mengambil keputusan untuk turut sama melibatkan diri dalam menjayakan majlis perkahwinan mereka.
Iklan Jap..hahaha :D |
Namun setiap niat yang baik pasti akan mendapat pertolongan dari Allah swt. Semakin dekat tarikh pernikahan, mereka mendapat bantuan sokongan dari sesesorang. Kalau nak tau siapa, korang kena tengok sendiri cerita ini.
Menonton teater ini juga, korang akan dapat mixed feeling, iaitu ada part yang serius, ada part kelakar yang secukup rasa, dan juga tak dilupakan pengajaran yang boleh diambil sama pasangan yang sedang bercinta, yang hendak melangsungkan perkhawinan dan juga ibu bapa yang mempunyai anak untuk di kahwinkan satu hari nanti.
Penampilan Imam Muda Asyaf di dalam teater merupakan salah satu kekuatan dalam filem ini. Dengan cerita-cerita mengenai sirah Rasullullah s.a.w dan para-para sahabat, korang akan tahu betapa mudahnya perkahwinan itu pada sisi islam.
Jadual pementasan untuk teater Projek Kahwin dan juga para-para pelakon yang terlibat pula adalah seperti berikut:-
JADUAL PEMENTASAN TEATER PROJEK KAHWIN
ARTIS YANG TERLIBAT
| TARIKH PEMENTASAN |
IZZUE ISLAM, KILAFAIRY, SHAH ISKANDAR, KAKA AZRAFF, IMAM MUDA ASYRAF, SHERRY ALHADAD, ZULIN AZIZ |
6 JUN 2014 – 8.30PM
7 JUN 2014 – 3.00PM (MATINEE) & 8.30PM 8 JUN 2014 – 8.30PM 9 JUN 2014 – BREAK 10 JUN 2014 – 8.30PM 11 JUN 2014 – 8.30PM |
IZZUE ISLAM, HANEZ SURAYA, SHAH ISKANDAR, KAKA AZRAFF, IMAM MUDA ASYRAF, SHERRY ALHADAD, ZULIN AZIZ |
12 JUN 2014 – 8.30PM
13 JUN 2014 – 8.30PM 14 JUN 2014 – 3.00PM (MATINEE) & 8.30PM |
Tiket untuk Teater Projek Kahwin ini dijual pada harga RM35, RM 55, RM85, RM125, RM155, RM185 & RM225 (PLATINUM) boleh didapati di AirAsiaRedTix dan di kaunter BoxOffice Istana Budaya. Untuk maklumat lanjut korang boleh pergi lawat laman web http://redtix.airasia.com/
So, setakat ini jer review aku untuk teater ini, personally aku rasa kekuatan teater ini terletak pada jalan ceritanya yang merupakan realiti zaman sekarang. I'm sure kalau korang tak pernah pernah melaluinya, at least korang pernah dengar situasi ini berlaku. Semoga teater ini dapat memberi pengajaran kepada mereka yang menontonya.
Regards,
-Strider-
Regards,
-Strider-
X pernah lagi pi tengok teater... ;D
ReplyDeletedah lama tak tengok teater...last 6 tahun lepas kot..
ReplyDeleteTu hanez ke ? Okbai !
ReplyDeletebila bercakap pasal kawen..kita pasang niat je dah mcm2 halangan yg dtg..mesti best tgk teater ni..lagi2 nama sendiri ada dlm watak..boleh la feel2 konon jd watak utama..hehehe
ReplyDeleterajin layan teater ya ...
ReplyDeleteDah lama tak tonton teater. baca awk review pun dah tahu cerita ni best ke tak :)
ReplyDeleteaku pun x pnah tgok teater yg tmpat grand mcm ni..
ReplyDeletetapi sbab ada hanez suraya mls nak tgok..'klau nak
p masa khilaferi berlakon.. eh btul ke ejaan aku tu nama dia :P
tak pernah pergi teater.. :( hihi.. teringin jgk ni 1 hri nnti mesti nak pergi tengok
ReplyDeleteWah...menarik ni...akak dpt agak penampilan imam muda asyraf tu yg buatkan jln citer jadi menarik...suka citer base on realiti...
ReplyDeleteWahh menarik ni bro Strider.. sokongan kawan2 mmg sgt penting kan... suasana pun bertambah2 meriah.. :) :)
ReplyDeleteramai org ckp teater projek kawin ni best.. zaman skg org dah belajar2 layan teater pulak sbb dah boring dgn wayang agaknya..
ReplyDeleteada dengar kat radio tp busy sgt nak pergi tengok. sobs.
ReplyDeleteargh rindu nak tengok teater, rindu nak berteater. T_T
nak pergi tengok teater sampai sudah tak kesampaian.
I is jelezzz tau u ouls ada kwn retis hikss. Nk jgk pegi tgk tp tak ada org temankan nk g sorang cam x best je
ReplyDeleteMenarik juga plot utama cerita dalam teater ni. Ada kaitan dengan realiti orang muda zaman ini yang ingin berkahwin. Kalau teater ni diangkat ke drama pun, sure boleh meletop.
ReplyDeletejom kita tonton mcm best jer..
ReplyDeletebestnya berpeluang tengok teater..naniey nak pergi jugak tapi belum berkesempatan lagi... skg ni prefer tgk wayang je..akeke
ReplyDeleteCerita pasal kahwin nie.... bila la agaknya teman nak dapat jemputan dari ko nie....
ReplyDeleteHanez suraya pun ada? Hari tu kata digugurkan
ReplyDeleteBestnya....kalau sy stay sana confirm da pegi tgk.
ReplyDelete(kirim salam Izzue Islam ya..hehe)
Dah lama gak aku tak gi tgk teater ni.... cam menarik jer... hari tu krew2 ni ada singgah makan kat kedai bawah rumah aku sbb aku tgk semua pakai baju projek kahwin.... Untung aaaaa bro strider ni sbb dapat kawan ngan artis.... ekekekeke..
ReplyDeletep.s . tak sabar tunggu entri ATV ni...ekekekekeke... :D
wah..best je...belum penah tgk apa2 teater
ReplyDeletesalam. hmm teringin nak tengok teater ...
ReplyDeleteSalam. Lama x tgk teater. Wah ada imam muda sekali.mesti ramai yg nak menonton
ReplyDeleteTak pernah tengok teater.. someday..
ReplyDeletexpernah tgk teater pun.. sedihnya. hehe.. apa pun gudluck buat kwn2 tu
ReplyDeleteMenarik juga... Tpi x pnh lagi tgk teater..
ReplyDelete