Tuesday, February 26, 2013

#1080 - Ahmad Fakri Kembali Pulang

Hye Readers,

Fakhri akan beraksi bersama Kelantan

Aku bukan seorang pemain bola sepak professional jadi aku tak sure sangat apa hala tuju, misi dan visi seorang pemain bola sepak...Tapi apabila pemain kita diberi peluang bermain di liga eropah, ia suatu yang patut dibanggakan kerana bukan semua pemain dapat peluang itu..

Namun laporan yang aku baca tadi kat Berita Harian agak mengecewakan..Ia berita mengenai kepulangan Ahmad Fakhri Sharani ke Malaysia selepas tidak sampai dua bulan beraksi bersama kelab divisyen tiga Portugal, Atletico SC.

Fakhri mengikut jejak Mohd Nazmi Faiz Mansor dari kelab Portugal, SC Biera Mar yang pulang selepas hanya enam bulan bersama kelab divisyen satu itu.Aku pasti masing-masing punyai masalah sendiri sama ada homesick atau masalah bahasa yang digunakan aku tak tahu laa...

Kedua-dua pemain ini dibawa oleh ejen mereka iaitu Marco Guimaraes...Sama ada Guimaraes yang tersilap menilai prestasi mereka atau mereka yang mempunyai masalah dengan ejen, itu masih belum diketahui..Tapi yang penting nak mencapai kejayaan itu bukan satu perkara yang mudah.

Aku tak tahu apa tindakan FAM lepas nie..Maksud tindakan tu bukanlah berbentuk denda tapi apa yang FAM perlu buat supaya pemain Malaysia tidak pulang awal..Mungkin FAM akan mengetahui masalah sebenar mereka jika FAM tidak sibuk mendenda sana sini..hehehe

Regards,
-Strider-

6 comments :

  1. OO. ada jugak yang berjaya p eropah. Ada lagi tak player lain yang dapat main utk negara lain?

    P/s : taktau langsung ni pasai bola. hmpp :(

    ReplyDelete
  2. hmm..harapnya bkn balik sini sebab masalah peribadi.

    ReplyDelete
  3. entah la..tak tau apa masalahyg sbenarnya..mungkin ejen kot..

    ReplyDelete
  4. tapi akak dengar2 dia nak kekal di portuagl kalau boleh kan??tu matlamat dia..katanya...

    ReplyDelete
  5. Ayat last tu aku tak tahan gelak nak membacanya...hahahahha

    ReplyDelete