Wednesday, February 12, 2014

#1356 - Menteri Mahu Kejadian Di Larkin Di Siasat

Hye Readers,



Menteri Belia dan Sukan Khairy dalam satu laporan akhbar berkata, Isu kejadian di Larkin baru-baru ini sebenarnya sedang menguji kredibiliti Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang di dapati bersalah.

Memetik kenyatan Khairy di akhbar Utusan "walaupun benda ini memang dah serius, tetapi bila angkat sumpah sahaja dia jadi satu benda yang kita tak boleh ketepikan. Saya ada hubungi Datuk Hamidin Mohd. Amin (Setiausaha Agung FAM) pagi tadi (semalam). Saya maklumkan kepadanya kita tak boleh ketepikan isu ini," katanya

Aku sebenarnya bersependapat dengan Khairy nie. bagi aku ini merupakan satu isu serius. Apabila pemain T-Team, penolong jurulatih pasukan, Azlan Johar, Irfan Ghani semua angkat sumpah, ia menjadi  lebih serius walaupun aku kurang bersetuju dengan tindakan menangkat sumpah itu.

Pada pendapat aku jika terdapat sesuatu isu yang kecoh macam nie seseorang harus dipersalahkan. Aku tidak mahu menunding jari kepada mana-mana pihak. Tapi aku percaya salah kekecohan ini pasti ada puncanya. Itu yang harus disiasat oleh pihak FAM bagi mengelakkan kejadian yang sama tidak berulang lagi.

Menurut Khairy lagi, sekiranya benar terdapat insiden yang tidak diingini berlaku di Larkin, FAM perlu mengemukakan pertuduhan kerana mana-mana individu yang terlibat mesti dihukum.Kalau ada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku di Larkin kita kena buat pertuduhan dan mesti dilihat adil dan tidak ada sesiapa yang kebal dalam perkara ini. 

Manakala dalam berita lain Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah memberi kepercayaan penuh kepada FAM untuk melaksanakan siasatan dan mengambil tindakan terhadap insiden itu dan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata siasatan terhadap insiden itu hampir selesai.

Regards,
-Strider-

18 comments :

  1. Assalamualaikum azlan. apa kes dekat Lakin tu? maaf kita tak tengok berita. ahahhaha

    ReplyDelete
  2. haaa siasat jagan tak siasat... nak siasat biar telus..jangan kena longgok duit depan mata.. siasat entah hilang kemana... great job KJ..hiii

    ReplyDelete
  3. Mmg isu ni serius.. aku pun setuju.. tak angkat sumpah pun mmg isu ni mmg serius.. klu dah mcm ni, bola punya hal boleh jadi dendam.. timbul isu kenegerian & boleh merosakkan persaudaraan seagama, bangsa & merugikan negara.. mmg serius Strider... thanks sharing.. :)

    ReplyDelete
  4. Siasatan menyeluruh perlu dilakukan.. tidak cukup sekadar mengangkat sumpah.. sumpah2 zaman sekarang ni dan macam sesumpah, ikut keadaan semasa.. huhu

    ReplyDelete
  5. setuju dengan khairy jamaludin.. eloklah kes ini disiasat..

    ReplyDelete
  6. Serius dia orang nikan .hopefully bila dah siasat nanti..jangan ada yang tak telus pulak..yalah kadang-kadang bila melibatkan pihak tertentu, isu jadi senyap macam tu aje..dah banyak contoh kat Malaysia ni...

    ReplyDelete
  7. aah kan strider..siasat dgn terperinci apa puncanya
    kecoh juga bila pemain bola tu angkat sumpah..walaupun di pihak benar..semuanya mesti ada fakta dan bukti

    ReplyDelete
  8. macam yang aku cakap, fan sama fan bergaduh, tak untung apa2 pun. apa kata kita semua gabung, lawan fam. suruh presiden letak jawatan...

    ReplyDelete
  9. Dh mkin panas dh isu ni ea...tp ye la kan...kalau dh smpai angkat2 sumpan tu..hemm..harAp kebenaran terbongkar....

    ReplyDelete
  10. moga dpt diselesaikan dgn cara baik... dan isu ni tak berpanjangan...

    ReplyDelete
  11. ok juga KJ ambil tindakan.. pasal bola pun dh smpai ke tahap serius

    ReplyDelete
  12. macam mna la dengan perkembangan kes ni sekarang..

    ReplyDelete