Simbah cat berwarna merah sinonim dengan amaran yang selalu dikeluarkan oleh Along jika ada peminjamnya yang tidak membayar kembali duit yang dipinjam. Tapi apa kes pulak jika Bank disimbah cat merah? Adakah bank juga meminjam duit dari Along?
Kejadian yang berlaku di ipoh ni sebenarnya berlaku apabila Along gagal mengenal pasti sasaranya. Mula-mula aku baca agak kelakar gak laa. Ini mesti kerja-kerja Along yang tak berpengalaman. Menurut berita yang aku baca, Dua lelaki dipercayai Along mahu menyimbah cat merah ke premis sebuah syarikat di kawasan perniagaan di sini tetapi cat itu sebaliknya disimbah ke pintu masuk sebuah bank bersebelahan.
Menurut seorang pengawal keselamatan, dia melihat sebuah Proton Wira warna putih yang dinaiki tiga lelaki berada berhampiran bank sebelum dua lelaki keluar lalu melempar dua tin cat ke arah pintu masuk bank walaupun sasaranya adalah syarikat yang bersebelahan dengan bank tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan berkata kereta itu menggunakan nombor pendaftaran palsu. Aku rasa Along tu mesti kena marah ngan bos dia lepas mereka baca berita ini.
Regards,
-Strider-
boleh pulak si along ni silap target ... ;) ... mesti kena pancung ngan bigboss dia pasni ...
ReplyDeletesalam. kenapa tetiba pulak?? along tu dah kenapa la agaknya~~
ReplyDeleteAssalamualaikum azlan. wakakaaa salah baling cat rupanya. hahahha apa daaaa ;p
ReplyDeletemasih dlm mood raya cina kot..tu yg silap tu..hahaha..aptb
ReplyDeletekah..kah..kah... Along mana lah buat kija nih..
ReplyDeleteaduhh macam-macam mereka ini.. hehehehe tersilap pulak
ReplyDeleteLuangkan sedikit masa untuk vote blog acik yang tercalon bagi favorite lifestyle blog Cara vote di sini
Hehe macam cerita P.Ramlie la pulak... Penyamun yang tersilap pangkah jamban hehe
ReplyDeletedahsyatnya...
ReplyDeleteoooo..salah premis ya..tak sempat baca berita ni tadi..tengok tajuk aje..ingatkan bank pinjam pada along..macam-macamlah dia orang ni..keran training lebih sikit...
ReplyDeleteHaha... padan muka kau Along.. suka sangat mempedajal orang kan.
ReplyDeleteRasain lu kena maki sama lu punya bos sendiri..
Aduii macam2 hahaa.. rasanya bank tu yg pinjam kat along tp tak dpt bayar kot .. :D :D
ReplyDeletealong tu 1 st time buat durjana...takde pengalaman..huhu
ReplyDeletealong tu mesti rabun neh..haha...bole pulak slh premis... kena belajar ilmu nk jd along dr senior neh..kehkeh..
ReplyDeleteoh my this is kinda funny... lol
ReplyDeleteHa..a katanya salah simbah...mcmklkar je kn..
ReplyDeleteingat tak cerita ali baba bujang lapok? aku rasa ni mesti kes informer yang tak synchronize dengan si `tukang cat' tu. hehehee, aku rasa la...
ReplyDeletehappy weekend strider!click nivea lelaju sblm nuffnang nyorok lg.. XD
ReplyDeletehehehhehe.. kononnya gangster tapi gangster bodoh
ReplyDeletehaha.. kesian bank pun jd mangsa.. hadoii
ReplyDeletep/s: selesa pakai dan menyelamatkan kaki. hehe. pakai dr umah boots tu.. tengs lan
kerja sia-sia jer...haha.nampak sangat takut nak buat kerja tu,sampai boleh salah tempat.
ReplyDeleteEeee takutnya :OOO
ReplyDeletemcm vengong je along tu..ahha..blh pulak terbabas sasaran..hai..sian pd pihak bank..penat nak ngadap cat merah
ReplyDeletehehe.. kantoi sudaa.. :D
ReplyDeleteblogwalking..
ReplyDeletehaha aduiii nk simbah cat pun tgk2 la dulu betul ke tak..hahaha
ReplyDeleteaku menabung nervea bro :)
ReplyDeleteada juga macam tu ya.. macam mana la boleh salah sasaran pula..
ReplyDeletehahahahaha... padan muka along tu kena hentam ngan bos dia... kelakar bank pulak mangsa.. dah org pelik plak bank pinjam ngan along..kihkih...
ReplyDeletehaha..style gile!
ReplyDeleteKhamsi Abdullah