Friday, February 14, 2014

#1359 - Kisah Syiling & Batu

Hye Reader,

Gambar Hiasan

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen. Melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengannya . Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.

Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya . Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya .

"Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.

Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.

Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

Sahabat sekalian, Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi , acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu , barulah kita teringat utk mendongak, menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

(Untuk renungan kita bersama)

Regards,
-Strider-

34 comments :

  1. agaknya kalau serpihan batu tu pun gagal, mungkin ketua dia akan baling dengan batu-bata (bala atau bencana dari tuhan) kot...

    ReplyDelete
  2. terima kasih bro diatas peringtan ini..

    ReplyDelete
  3. salam. perkongsian yang sangat bermanfaat..thanks share. salam jumaat :)

    ReplyDelete
  4. Nice sharing....akak mohon copy eh citer ni..nak print dan bagi Dania baca...sesuatu untuk ingatan ni...

    ReplyDelete
  5. sangat mendalam maksud dari kisah ini.. bersamalah kita bermuhasabah dan memperbaiki diri agar menjadi lebih baik, insya-Allah..

    ReplyDelete
  6. Manusia mudah lupa. Kita sememangnya digalakkan sentiasa mengingati Allah.

    ReplyDelete
  7. pernah baca jugak...nice sharing azlan..

    ReplyDelete
  8. nasib baik lepas kutip duit tu dia sambung buat kerja... kalau lepas kutip duit tu bhenti buat kerja n tgu je duit lain jatuh tak ke naya..haha

    ReplyDelete
  9. Betul... semua benda rahmat.. Sekarang kemarau, barulah tahu betapa nikmat kalau hujan...
    chêguzαm

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah , bersyukur tu jadikan kita lebih tenang . merungut tu buat kita rasa lbh terbeban .

    ReplyDelete
  11. sungguh bermakna crita ni bro..ada msj tsendiri :P

    ReplyDelete
  12. Speechless.
    Sangat bagus lah post ni. Best sangat.
    Bila dapat 'syiling' tak hairan dh dari siapa. Kenapa apa siapa bagi bagai.
    Taknak cakap thanks langsung. Cuma cakap 'rezeki aku kot' tu je haih.

    Alhamdulillah :)
    Sentiasa lah bersyukur.
    Thanks bro!

    ReplyDelete
  13. Mmg betul tu Strider.. bagus contoh perumpamaan ni.. mmg makan dalam.. Subhanallah walhamdulillah... Salam Jumaat Strider.. :)

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum azlan, bagus sekali kisah ni.. pengajaran berguna. sheila faham dengan penyampaian kamu.. semoga kita tak lupa bersyukur dengan apa yang kita ada.. in shaa Allah (",)

    ReplyDelete
  15. walaupun cerita ni lawak, tapi ada pengajaran disebaliknya. jangan lupa utk bersyukur walau syiling atau batu sekalipun dilemparkan pd kita. terima kasih en.Azlan.

    ReplyDelete
  16. Betul sangat tu Strider..Syiling tu nampak remehkan..tapi sebenarnya itulah rezeki namanya biarpun sedikit..jarang kita bersyukurkan..

    ReplyDelete
  17. nice sharing.. betul tu manusia selalu menunggu musibah dahulu sblm mendongak ke atas..

    ReplyDelete
  18. Kisah yg penuh pengajaran :)
    Thx for sharing this, bro

    ReplyDelete
  19. cerita utk renungan bersama.. tq sbb share kisah ni

    ReplyDelete
  20. betul tu kadang2 kite lupa bila senang
    bila susah baru ingat dia.
    peringatan bersama :)

    ReplyDelete
  21. kenapa la bos dia x kol jer dia.. x pun buat miskol.. hihihi..

    yup.. kisah yg penuh pengajaran.. moga kita sentiasa bersyukur dgn segala nikmat & ujian yg Allah turunkan.. waktu senang & susah ingat padaNya.. peringatan buat diri sy juga. terima kasih sudi berkongsi. :)

    ReplyDelete
  22. subhanallah.. perkongsian yang sgt bermanfaat dan sgt tepat dgn kehidupan seharian kita.. :(

    ReplyDelete
  23. saya sering rasa takut kalau lalu bawah tempat2 macma atas gamabar tu.kalau lalu mesti lari laju2 heee

    ReplyDelete
  24. bila kita senang mudah lupa.padahal masa senag susah kita tak wajar begitu.Tuhan amat bencikan manusia begitu.wahualam

    ReplyDelete
  25. Pernah gak baca kisah ni..sht setuju kita bila susah, bila duka, bila sedih baru nk mendongak menadah tgn..bila time senang, bila Allah bg nikmat yg melimpah ruah kita mula alpa... Thanks share... :)

    ReplyDelete
  26. mendalam sungguh cerita ni...betul la kan...bila kita senang jrg kita mendongak bersyukur kepadaNYA..bila ada masalah baru cari DIA...renungan...

    ReplyDelete
  27. perkongsian yg baik, walaupun dah pernah baca sebelum ni, tapi boleh digunakan untuk kembali muhasabah diri balik..

    ReplyDelete
  28. Setuju sangat Strider.. seringkali kita berpaling pada Allah bila ujian melanda.. menangis memohon pertolongan..

    ReplyDelete
  29. kisah pengajaran yg penuh bermanfaat... moral of the story jangan lupa mengucapkan syukur pada-Nya...

    ReplyDelete