Wednesday, February 5, 2014

#1351 - Big Mac Malaysia Antara Yang Termurah

Hye Readers,



Sebenarnya draft entry ini aku dah siapkan minggu lepas tapi disebabkan entry ni tak berapa penting, jadi aku simpan jer dulu. bila nak publish tak payah nak edit banyak-banyak. Walaupun sekarang banyak benda yang mahal tapi tanpa kita sedari benda yang masih murah.

Tahukah korang semua yang Big Mac di Malaysia merupakan antara Big Mac yang termurah di dunia. India merupakan negara yang menjual  Big Mac paling murah dengan harga US$1.54, untuk sebuah burger yang dibuat melalui daging ayam atau kambing bagi menggantikan lembu.

Indek harga ini dibuat oleh The Economist yang telah mengeluarkan indeks Big Mac setiap tahun sejak dari 1986, Ia mengesan harga  burger McDonald di seluruh dunia. Ia menggunakan kadar pertukaran untuk menukar harga tempatan dengan dolar Amerika Syarikat.

Antara negara yang menawarkan harga Big Mac pada kadar yang rendah ialah  South Africa (US$2.16), Malaysia (US$2.23), Ukraine (US$2.27) and Indonesia (US$2.23). 

Big Mac di Norway dijual pada harga  US$7.80, diikuti oleh Venezuela (US$7.15), Switzerland (US$7.14) and Brazil (US$5.25) dan ia lebih mahal daripada tempat asal burger tersebut iaitu United States (US$4.62).

Dengan kadar barangan yang sering meningkat sekarang nie, adakah korang harga yang dikenakan oleh Mcdonals utk Big Mac di negara ini berpatutan dengan keadaan ekonomi sekarang?So far aku tak ada laa rasa harga Mcd nie mahal sangat. Mungkin sebab aku jarang makan Mcdonalds kot. Pendapat korang pulak cammana?

p/s: ada sesiapa yang tak makan Mcdonald sebab ianya dikatakan menyokong yahudi?

Regards,
-Strider-

Sumber: The Star 


33 comments :

  1. murah rupanya..hihihihi....nanti pergi serbu lah..hahahah :D

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum azlan. wahh paling murah. untunglah. sheila suka makan double cheese burger. tapi dulu lah. skrg dah tak masuk mcd. heee

    ReplyDelete
  3. Idah seorang dari yang boikot McD...
    byk faktor sebenarnya... 1 darinya... cuba u all selidik... di msia nie kat mana ada kilang yang memproses daging burger untuk McD nie... :D

    ReplyDelete
  4. dah lama x mkn big mac di kb mall. kena gi ni....

    ReplyDelete
  5. Kita suka burger prosperity...yummy sangat-sangat..

    ReplyDelete
  6. SA x makan Mcd sebab x suka ngan fast food..x tau la kenapa...kalau anak dara nak makan pun layankan dia aje...dari muda2 dulu mmg cenggitu la....tp bukan x makan sebab menyokong yahudi ke apa tau...

    ReplyDelete
  7. Hahaha dalam org merugut kata harga mahal masih ada yang murah erkkk....Klu En Lan bandingkan dgn harga minyak seluruh dunia pasti ramai org marah huhu

    ReplyDelete
  8. Big Mac mmg dari dulu lg saya rasa yg harganya berbaloi.. makan pun puas.. cuma skrng mmg lama juga tak mkn, tambahan bila timbul bnyk isu2 ttg yahudi ni. Teringin juga nk rasa big mac kambing mcm kt india tu.. sure sedap gak tu.. :D

    ReplyDelete
  9. SEDAPNYEEEE..kan sheilaaa..terliur pulakkk

    ReplyDelete
  10. Big Mac malaysia murah sekali..... jadi ingat makan ini di KL..Salam kenal.

    Salam

    ReplyDelete
  11. makan burger ramli jelah kalau xnak dikatakan sokong yahudi..hehe

    ReplyDelete
  12. Hihihihi qila mmg sukaaaaaaaaaaaaa bigmac hahahahah
    kantoi kegemukan qila muahahahaah <333

    ReplyDelete
  13. oh dah lama betul gua tak jejak ke mekdi, last time jejak sana utk pekena samurai burger ngan apple pie... heheh, oh murah rupanya mekdi kat m'sia ni yer...

    ReplyDelete
  14. kalau musim prosperity keluar, mmg tak pernah miss beli :-)

    ReplyDelete
  15. dikatakan menyokong yahudi?
    kalau nak makan, makan je.
    tapi kalau betul2 menyokong macam mana?
    kita ada pilihan, tak makan pun tak rugi kan?

    tapi tak nak dah makan mcD.
    trauma masa form 5 dulu.
    masa tengah tunggu order, dan-dan je ada tikus berlari2 atas kaunter tu.
    giler ar. sampai sekarang tak boleh lupa.
    yucks.

    ReplyDelete
  16. ok la harga dia
    mebi dia maintain harga tu sbb takut kastemer boikot
    kan ade org still boikot lg mekdi sbb palestin. (include me hihih)
    tp tak elok makan selalu :p

    ReplyDelete
  17. Compare dengan fast food yg lain cth Burger King, KFC, Mcd jauh lebih murah. Tapi jarang2 makan sebab fast food kan...hehe

    ReplyDelete
  18. Teman lebih gemar burger king... Anyway, McD dikatakan menyokong yahudi... yang merokok tu lagi lah menyumbang kepada yahudi tu... tak ada pulak depa nak boikot syarikat rokok tu...

    ReplyDelete
  19. murah lah kot kalau time lunch ngan dinner.... tapi dah lama tak makan mekdi.. hehe...

    ReplyDelete
  20. salam. sy tak berapa suka makan dekat Mc D..haha tak suka burger! hukhuk

    ReplyDelete
  21. big Mac mmg sedap..mkn seketul pun mmg dah kenyang, xley nk sumbat apa lagi dah..tp malang nya jarang p McD nie..setahun rase nye boleh di bilang dgn sebelah tangan je kot..itu pun sebab kes terpakse.. :-)

    ReplyDelete
  22. kalau ada orang yang sudi belanja sedap gak heee..

    ReplyDelete
  23. dah lama x pekena mekdi... tp sy jrg kot amek big mac nih..slalu x habis.. cpt muak kot bg sy..huhu

    ReplyDelete
  24. lbh suka mkn kat umah la bro ... byr hutang @ topup nivea

    ReplyDelete
  25. niesa suka mkn spicy McChicken je..hehe..jarang g mcd sbb lbh suka kfc...rasanya nanti yg buat harga2 mahal GST kot..kuikuikui..

    ReplyDelete
  26. mkn mcd juga tp xselalu sbb mcd xhalal. huwaaa.. kwn opis bru bg tahu

    ReplyDelete
  27. mekdi harga ok la jugak..sedang2 harga depa..mampu makan...hehe

    ReplyDelete
  28. ok la.. sedap..tapi jarang juga mkn fst food ni.. mnabung nivea bro :)

    ReplyDelete
  29. big mac ni kegemaran aiza kalau makan burger mcD.. menabung churp2..

    ReplyDelete