Wednesday, November 30, 2011

Jom Khawin Kat Muzium!!!!

Jangan ade yang silap bawak balik bunga telur laa..tau-tau bawak balik telur dinosur..hahahaha...berita penuh ade kat bawah..hehehe


KANGAR – Majlis perkahwinan dan hari jadi adalah antara kegiatan yang dibenarkan di perkarangan muzium mulai sekarang dan ia merupakan antara langkah memasyarakatkan institusi itu kepada umum.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium Negara, Datuk Ibrahim Ismail berkata, pihaknya akan membenarkan muzium yang mempunyai halaman luas sebagai lokasi penganjuran majlis perkahwinan dan hari jadi.

Bercakap kepada media selepas melancarkan program "Jom Santai di Muzium Kota Kayang" di sini hari ini, beliau berkata dengan kegiatan yang sering diadakan di kawasan muzium akan memberi peluang kepada orang ramai menghayati peranannya.

Selama ini muzium sering menjadi lokasi bagi sesi fotografi pengantin dan sudah sampai masanya ia dibuka sebagai lokasi majlis perkahwinan, katanya sambil menambah bahawa setiap penganjuran akan dikenakan bayaran.

Beliau berharap dengan peningkatan kegiatan di muzium seluruh negara, jumlah pengunjung akan terus meningkat.

Tahun ini Jabatan Muzium mensasarkan kehadiran 3 juta pengunjung dan sehingga kini sebanyak 2.7 juta telah melawat 21 muzium kendalian jabatan itu, katanya.

Sementara itu pelbagai kegiatan diadakan sempena program Jom Santai di Muzium Kota Kayang yang berlangsung selama dua hari termasuk pertunjukan wayang kulit, pertandingan kukur kelapa, gelek roda, anyaman ketupat, memancing dan boling kelapa. - Bernama


p/s: hari nie busy giler!!!haha--
Regards,
-Strider-

When you got it right, no one remembers,
when you got it  wrong, no one forgets

3 comments :

  1. idea yg bagus..zaman skrg org dah menjauhi muzium.

    ReplyDelete
  2. @Ujie
    hehe..nleh laa awak plan2 ngan bf utk kawin kat muzium..hahaha

    Regards,
    -Strider

    ReplyDelete
  3. ngeri la kawen kt muzium, tetibe je jadik ramai plak tetamu xdiundang huhuu

    ReplyDelete