Hye Readers,
Entry nie lebih besifat news story..sebab aku pun kat opis lagi nie..xtau ape nak tulis..so just sharing the new..but in the let me give uou some tips macam mana nak handle if this thing happen..
BANDAR PUTERI JAYA – Seorang suri rumah terpaksa bergelut dengan dua penjenayah apabila mereka menyamar sebagai pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membuat pemeriksaan dan penukaran meter yang dikatakan akan diselaraskan ke semua rumah dalam kejadian kira-kira 10 pagi Selasa lalu.
Mangsa, Siti Aishah Murad, 41, dibelasah dengan teruk selain dipijak di bahagian dada dan dicekik oleh dua lelaki sebelum melarikan dua rantai dan gelang emas yang membawa kerugian hampir RM10,000.
Menurutnya, ketika itu dia bersama anak lelaki, Mohamad Nazim Mohd Zubir, 9, baru sahaja masuk ke dalam rumah sebaik selesai kerja menyapu halaman.
“Sebaik keluar dari tandas, saya ternampak seorang lelaki memberi salam dengan memakai pakaian seragam TNB meminta kebenaran masuk ke rumah untuk memeriksa meter.
“Setelah memberi kebenaran untuk masuk ke dalam, lelaki berkenaan meninggalkan motosikalnya di luar rumah dan menyuruh saya membawa bil elektrik serta kad pengenalan untuk diperiksa,” katanya.
Siti Aishah berkata, sebaik sahaja keluar semula dengan membawa dokumen yang diminta, datang pula seorang lagi lelaki dengan memakai baju T berwarna kelabu.
“Pekerja TNB ini kemudian menjelaskan bahawa rakannya akan membuat penukaran meter pada sebelah petang sebaik sahaja selesai pemeriksaan,” katanya.
Menurutnya, secara tiba-tiba, kedua-dua lelaki berkenaan mengheretnya ke dalam rumah dan memijak dada, mencekik leher dengan kuat dan menyepak bahu kiri dan kanan.
Katanya, pergelutan itu bagaimanapun disedari Nazim yang berada di bahagian dapur.
“Saya meminta Nazim melarikan diri dan menyuruhnya meminta bantuan jiran.
“Mungkin disebabkan takut, kedua-duanya melarikan diri apabila melihat saya tidak bermaya. Namun, ketika itu saya boleh mengejar mereka sehingga ke jalan raya,” katanya.
Siti Aishah berkata, jiran hanya menyedari kejadian sebaik sahaja diberitahu anaknya namun, tidak sempat membantu kerana kedua-dua lelaki itu sudah melarikan diri menggunakan motosikal.
Menurutnya, dia mengalami trauma akibat kejadian itu dan sudah membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
“Saya menasihatkan kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan individu tidak dikenali,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian itu.
AWAS ADA PENCURI MENYAMAR PEGAWAI TNB BERKELIARAN DI KWSN ANDA
Bird Cake - Just to share.
Kejadian 2, 3 hari lepas. Kegiatan samun di sekitar SP. Lelaki 20an (2 org) menyamar sebagai staff TNB dgn berjeket TNB, membawa file dan dokumen TNB. Lelaki berkenaan cukup pandai berbahasa dan cuba mencari jalan utk memasuki halaman rumah mangsa dgn beralasan seperti utk memeriksa meter letrik dan sebagainya. Setelah berada di halaman rumah mangsa, lelaki berkenaan akan mencari jln utk memasuki kedlm rumah mangsa seperti menyuruh mangsa mengambil bil TNB, IC dan sebagainya (supaya mangsa masuk ke dlm rumah).
Setelah mangsa berada di dalam rumah, itu adalah kesempatan mereka bertindak ganas. Mangsa target mereka adalah wanita surirumah sepenuh masa. Aktiviti mereka adalah di siang hari sewaktu kebanyakan orang keluar kerja. Sama sama lah berwaspada dan spread this news.
Okay..here the tip in case benda nie jadi kat kita..
1. Pagar adalah had mereka. Kalu you bersendirian - jgn benarkan mereka masuk. Tawar utk tolong bacakan meter utk mereka or kalu tak tahu nak baca - suruh jer mereka estimate.
2. Kalu mereka insist - minta mereka tunggu bila husband you ada.
3. Minta kad pengenalan diri mereka. Kalu sangsi - call office mereka.
4. Suruh husband you upah orang ubah meter dari tepi rumah ke gate pillar kat sebelah gate.
5. Bukan shj TNB - apply kepada mana2 pun. Contohnya, kadang2 ada org nak datang periksa tong gas you samada bocor ke tidak. Mungkin mereka ingat you tak ada hidung(hahahaha)
So pada suma suri rumah sila lah berjaga2..sebab sometimes kita x perasan this thing happen..hehehe :)
Regards,
-Strider-
ish2..
ReplyDeletesemakin bahaya org2 skrg ni..
Echa: tu laa..kalo tinggal sorang2 kat umah make sure xtra careful ek..hehe :)
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Betul ke berita ni? tapi ape pun langkah berjaga-jaga penting. Skang ni mcm2 tektik orang buat untuk merompak. minta di jauhkan la hal2 mcm ni pada kita kan? sob2..
ReplyDelete(^___^)
arramak aihh. strider..tenkiu sb share mende nih..
ReplyDeleteakak selama ni mmg hati2..xkira sapa..makcik ke..pok cik ke..remaja ke..kalu beri salam kat rumah akak..berjanggut la dok kat gate tu..akak xakan kuar rumah tunjuk muka..last2 dorang panas..dorang blah gtu aje..
kdg2 akak anta mek sarah je bgtau..hehe..bygkn mek sarah yg pelat 2 thun tu ckp..ekekek..padan muka dorang..
Kak Sarah: hehe..btul tu biar polis sekali pun tp limit dia still kat luar pagar..hehe..kadang2 orang ramai xtau..hehe :)
ReplyDeleteCrow: xtau laa aku..aku rasa btul kot sbb dari gaya penulisan nya macam siaran akhbar tapi dalam mail aku xbgtau plak dari akhbar mana..hehehe
Regards,
-Strider-
orang jahat skarang,akal diorg panjang.
ReplyDeletetu laa..tapi orang yang akal panjang x semestinya jahat..hahahaha
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
eishh mcm2 org zmn skg nyh.. bhye btol.. huhu..
ReplyDeleteaiza: tu laa..lain kali extra careful ek..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
kak Diana: xkejam eh..hahaha..itu namanya berhati2...walaupun dia kata dia polis pun akak masih berhak utk tidak membuka pintu..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
eii...org jahat ni mcm2 taktik...mencemarkan imej TNB je...huhuh...
ReplyDeleteShee: tu la..kesian kat orang yang betul2 keje TNB..hehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
bagus2 langkah2 berjaga2 tu.. kena follow la untuk kebaikan bersama..
ReplyDeleteskrg ni kita takleh nak duga orang tu baik ka jahat..
tak kenal takyah layan la.. buat2 pekak dah la..
sofya: btul2..skunk kalo urg nak wat jahat macam2 idea nyer..hehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-