1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan
sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam
beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi
seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada
seseorang,walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah
sebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin
anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan
sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan
memperolehinya,tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun
anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala makihamun,
caci & cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang
bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk
memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit
diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari
untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.
kamu rakan saya O.o
ReplyDeleteJat: kamu rakan saya juga..hehehe
ReplyDeleteKak Diana: abg lan baru sorang..kedua ibu bapa, adik beradik, sahabat handai rasanya lebih 5 kot..hahaha
Regards,
-Strider-
waaa sronoknye bler ad org ngt kt kte.. keh3..
ReplyDeleteaiza: hehehe :)
ReplyDeletebila baca entry ni terus rasa, kita pun sama penting dengan org lain juga..
ReplyDeleteKak hanis: hehehe :)
ReplyDeleteKak hanis: hehehe :)
ReplyDeleteKak hanis: hehehe :)
ReplyDelete