Saturday, May 28, 2011

Permainan Yang Menghina Islam (Part 2)

Hye Readers,

Sebelum nie aku ade buat entry pasal topic nie tapi itu just part 1 dari banyak lagi akan dating..kepada sesiapa yang nak baca part 1 boleh laa cari link kat akhir entry nie or klik sini..

Untuk part 2 nie ade satu lagi game aku nak dedahkan kat korang semua..tidak seperti part 1 aku tak tahu laa game ni ade kat kat Malaysia..jom kita check..

Clive Barker Undying

Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya menggambarkan, di dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapat nama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan. 

Permainan Undying dirampas kerana hina Islam

Perisian permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan.

Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.

Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh mempengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.


Kalau nak tau kenapa tindakan itu diambil jom kita tengok screenshot dia plak..



Itu laa dulu setakat nie..nanti aku akan sambung lagi dengan game yang lain..till my next sharing session...



Regards,
-Strider-

7 comments :

  1. bnda mcm ni pon boleh dibuat main..
    menggong btol..
    diorg yg buat game tak bljar cm ne nak hormat agama lain ke?
    kalau org lain hina agama diorag macm mna...???
    @#$%^&*()_+

    ReplyDelete
  2. oo..ada gak permainan gini
    ni bg yg minat game2 nih..

    jauhilah game gini..seb baik akak xminat game2 gini..

    ReplyDelete
  3. sue: tu laa pasal..xde pkir sensitivity agama lain jer..

    Kak Sarah: bagus laa kak..kalo hero2 akak nak main game nie jgn bagi..hehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. haiiiii...macam2 je cara nak buat akidah terpesong.apa nak jadilah dgn masyrakat zaman skrg ni..

    ReplyDelete
  5. machiko: tu laa..isk..isk..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  6. eh2.. sblm2 ny pon sy ad wt 2 entry psal bnde nyh jgak.. tjuk dye 'btter leave this game'.. huhu.. btol2.. pndy btol dyorg mainkn islam kn..

    ReplyDelete
  7. aiza: yer ker??hehe..btul tu..xtau laa kalau ade org nak main game ni lg pas dia bc entry kita..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete