Sunday, May 29, 2011

Jangan terpengaruh SMS simbah asid

JOHOR BAHRU 28 Mei - Orang ramai diminta bertenang dan tidak terpengaruh dengan penyebaran mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) mengatakan lelaki bermotosikal yang menyimbah asid di Lembah Klang sebelum ini, kini berada di daerah ini.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Asisten Komisioner Wong Chong Sooi berkata, khabar angin itu tidak benar dan meminta orang ramai tidak panik.
"Setakat ini, kita belum terima sebarang laporan (kes simbah asid di Johor) dan diharapkan orang ramai tidak bimbang," katanya di sini semalam.
Suspek Kes Peyimbahan Asid

SMS mengenai kehadiran lelaki bermotosikal yang menyimbah asid terhadap mangsa terutamanya wanita di kawasan Lembah Klang sebelum ini disebarkan kononnya kini berlaku di Johor Bahru.
Sekurang-kurangnya 20 kes melibatkan kejadian lelaki menyimbah asid telah dilaporkan di Lembah Klang sebelum ini.

Selain SMS, mesej turut disebarkan di beberapa laman sosial seperti Facebook dan Twitter itu menyebut seorang wanita Melayu telah menjadi mangsa simbahan asid.

Mangsa dikatakan disimbah asid di hadapan pusat beli belah Jusco Tebrau kira-kira pukul 4 petang diikuti dua lagi wanita di Taman Setia Indah dan Taman Daya di sini antara pukul 8.15 dan 9.30 malam kelmarin.

Source: Unknown

Betul ke kat Johor ada kes simbah asid??aku pernah gak dengar tapi bukan official statement laa..so kalau kita xtau benda betul ke x baik kita xpayah nak sebar-sebarkan..kalau nak sebarkan peringatan atau tips tu xpe laaa..kesian wanita kat johor nak kena kuar umah dlm ketakutan..

Regards,
-Strider-

8 comments :

  1. huh ! getting worst..
    sgt takot..

    ReplyDelete
  2. err... aku pon dh takut2 nk kuar rumah, bole gitu huhuuuu

    ReplyDelete
  3. echa: jgn risau...mintak2 echa slamat dr dia and physo yang lain..hehehe

    naz: tu laa..nak jalan2 pun skunk susah kan??hehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. harap2 lelaki gila ni jangan le sampai ke terengganu..takut ambe..huhu

    ReplyDelete
  5. thx comment... klik klik nffng ...
    hulahoppp....

    ReplyDelete
  6. adeih,buat jiwa berdebar je
    eh lupe lak,hai tuan umah(^_^)
    moh gi belog cik suha sat..jenjalan

    ReplyDelete
  7. yie: hehehe..jgn risau laa..aku rasa dia xsmpai terengganu sbb moto dia xlarat nk jln jauh2..hehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  8. liza: hehe..thank you..

    suha: tq..ok2..im coming!!!

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete