Hye Readers,
Korang pernah terpikir x cammana rasa kalao minum air mayat??ini ade satu berita dari singapura yang aku nak share ngan korang..
Kes ni terjadi sebab ade mayat reput dalam tangki air yang membekalkan air pada penduduk flat..dengar citer mayat yang mati adalah seorang perempuan warga Indonesia..aku lepas baca berita ni langsung x dapat nak bayangkan keadaanya.jom kit abaca news nie..
Singapura - Penduduk di beberapa buah flat di Woodlands tidak menyedari bahawa mereka menggunakan air termasuk untuk memasak adalah daripada sebuah tangki air yang mengandungi mayat reput seorang pembantu rumah warga Indonesia yang mati, lapor akhbar Straits Times semalam.
Mereka hanya mengetahui tangki air itu mengandungi mayat wanita tersebut selepas membuat aduan kerana air paip kelihatan berwarna kekuningan dan agak berbuih.
Empat penduduk flat itu di Blok 686B, Woodlands Drive 73, menghubungi Majlis Perbandaran Sembawang untuk membuat aduan tersebut.
Seorang jurucakap polis memberitahu agensi berita Associated French Press, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 27 tahun telah ditangkap berhubung kematian pembantu rumah tersebut yang berusia 30 tahun.
Mayat wanita itu ditemui di dalam salah satu daripada lapan tangki air di atas bumbung flat setinggi 15 tingkat itu kelmarin selepas polis menerima panggilan daripada seorang pemberi maklumat dipercayai rakan lelaki Bangladesh tersebut.
"Kejadian ini amat menjijikkan. Semua keluarga saya memakan habis seperiuk sup kacang hijau yang dimasak pada pagi ini," kata seorang penduduk flat tersebut, Choi Ah Moi.
Seorang suri rumah berusia 33 tahun, Ally Lee pula berkata, pembantu rumahnya memasak mi sup untuk anak perempuannya dengan menggunakan air mayat tersebut. "Saya fikir saya mahu membawa anak perempuan saya berjumpa dengan doktor," katanya.
Pembantu rumah itu bekerja di sebuah flat di tingkat enam dan semasa ditemui mayatnya tersebut didapati mengalami luka di belakang badan selain memakai baju-T dan seluar bermuda.
Pengurus Besar Majlis Perbandaran Sembawang, Soon Min Sin berkata, semua air di lapan tangki itu dibuang dan dibasuh dengan menggunakan bahan pembersih kuman.- Agensi
Untuk pengetahuan korang bekalan air sementara telah dibekalkan kepada penduduk dekat area tu tapi mereka masih rasa loya untuk minum air tangki walaupun telah dibersihkan..penduduk kat situ berharap tempoh bekalan air sementara dilanjutkan sehingga mereka beraya yakin untuk guna air tangi tersebut..
Regards,
-Strider-
erkk ngeri gak kalo jd gitu.. tak sanggup den.. =_=
ReplyDeleteerk...dasatnye...mcm dalam satu cite thailand tu la...jd jgk in real life...uwaa...takot...agak2 kalo ade penapis air kire tertapis x rase dia?hurm...
ReplyDeletekalaulah jat tnggal kat apartment ke apa ke yg tnggi2 mahu cuak gak ni.hihi
ReplyDeletemyra: tu laa..ngeri gak kan??hehehe
ReplyDeleteShee: owh agaknya crime ni tiru cite ru kot..hehehe
jat: sama laa kita..kalo asyik jd kes camni lan pun cuak gak..hehe
Regards,
-Strider-
eeee..werk ~
ReplyDeletenak muntah..hahaha~
baca pun dh geli if i was there pengsan kot..haha
echa: ehhh..jangan pengsan..nnt takut orang x pasan yang u pengsan..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-