Wednesday, May 18, 2011

Lelaki jatuh bangunan elak dicekup Jawi

Hye Readers,

Ni ade batu berita yang kesian, pelik, sedih aku pun tatau nak describe..tentang seorang bekas anggota polis mati setelah terjatuh dari tingat 16 sebuah hotel ketika dicekup oleh JAWI..

Bukan main tinggi hotel dia suka2 jer panjat..yang dating tu JAWI jer kot..bukannya dia ade kesalahan besar macam mengedar dadah ke smpai nak menggadai nyawa..paling teruk hukuman pun bayar denda or suh khawin..jom baca berita nie..

17/05/2011 4:23pm

KUALA LUMPUR – Seorang bekas anggota polis maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah hotel di ibu negara ketika cuba mengelak daripada dicekup sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) yang melakukan operasi cegah maksiat di hotel berkenaan awal pagi ini.

Ketika cuba melarikan diri melalui tingkap biliknya yang terletak di tingkat 16 hotel itu di mana dia menginap dengan pasangannya, mangsa yang berumur 49 tahun itu terjatuh di beranda tingkat lima bangunan dalam insiden kira-kira 2 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman yang dihubungi hari ini mengklasifikasikan kematian itu sebagai mati mengejut.

Beliau berkata, mangsa mati serta-merta di tempat kejadian dipercayai akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Zulkarnain berkata, pihak Jawi telah mengambil keterangan daripada pasangan mangsa yang dipercayai janda berumur lingkungan 40-an untuk membantu siasatan dan beliau enggan mendedahkan identiti pasangan terbabit. - Bernama

Hmmm..lain kali kalo da kena tangkap serah diri jer laa..x berbaloi gadai nyawa semata2 nk elak kena tangkap khalwat..paling elok jangan buat langsung..kalo da suka kawin jer..hehe..moga roh allahyarham dicucuri rahmat..amin!!! till my next story….


Regards,
-Strider-


9 comments :

  1. tak tau lah nak kesian ke tak dgn org mcm ni..tp kesian sgt sbb mati dlm keadaan mcm tu kan..klu da kantoi tu serah diri je xyah lah nak lari2..haishhh

    ReplyDelete
  2. takut kerana salah kan.. kita doakan yg terbaik utk arwah..

    ReplyDelete
  3. org dah buat salah.. mana nak berani..

    ReplyDelete
  4. erm...
    nak bertaubat pun tak sempat..
    camno tu??

    ReplyDelete
  5. huhuhu..ni rasa nk huhu panjang2 ni.

    ReplyDelete
  6. beb! dah banyak kes2 mcm nie. Sebab nak elak kena tgkap terjun banggunan. Otak letak mane pun xtawu. dah kena hasut gan setan tue..hehehe...

    ReplyDelete
  7. qellissa: tu laa..aku pun dok pkir benda yang sama..hehehe

    Kak Hanis : btul tu kak.. :)

    Sofya: hehe..yang dia berani panjat bangunan 16 tingkat

    Kak Diana: tu laa..cammana nak tobat tu??

    jat: bleh jer..huhuhuhuhuhuhu

    ain: tu laa setan tu da laa sesat..time kantoi pun nk sesatkan lg..memang setan btul laa setan nie..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  8. MasyaAllah ~
    huhuhu..
    panik la tue..
    apapun smoga arwah dirahmatiNya..

    ReplyDelete
  9. echa: tu laa jadi klu terlampau panik..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete