Wednesday, May 30, 2012

Artis Dan Politik

Hye Readers,


Perghh...Agak lama gak aku rasa tak tulis something kat sini..But today since cuaca pun hujan dan email kat opis nie mengalami problem so amik skit kesempatan untuk update entry..hehe..Sebab sekarang nie musim politik so semua berita pasal politik..

Tak keterlaluan kalau aku kata buat masa sekarang nie politik didahulukan rakyat diketepikan..Berita Utama pun semua pasal politik jer..Kalau ade cerita rakyat eksiden, rakyat kena rompak, rakyat jatuh gaung itu semua dah jadi 2nd best...

Bercerita tentang politik nie tadi aku ade terbaca yang beberapa artis telah sah menjadi ahli sebuah parti politik..Takde benda yang pelik pun..Dia bukan artis pertama yang join parti politik..Dah macam trend plak artis join politik..

Tapi bagi aku artis tak seharusnya secara terbuka mengumumkan parti mana yang disertai aku percaya yang bukan semua peminatnya mempunyai pandangan dari sudut politik yang sama dengan mereka..aku nak share skit pandangan seorang rakan email aku yang aku rasa amat bagus..

Artists should not used their position to influence their fans dalam apa2 segi sekali pun. Mereka should be impartial. Kalu nak masuk PAS ker UMNO ker atau parti berok ker - masuk ler....kenapa nak kena expose diri mereka kepada awam?

Aku sependapat dengan dia..Tindakan sebegini hanya akan membuatkan peminat mereka pecah kepada dua..kena plak yang jenis fanatik..Kalau ikut aku lantak laa, aku minat seseorang artis tu kerana bakat tu dan bukan political view dia..

Korang plak cammana??patut tak korang rasa artis involved dalam politik??Kalau korang jadi artist korang nak reveal tak pihak mana yang korang sokong??

Regards,
-Strider-

Thursday, May 24, 2012

Bahasa Alien

Hye Readers,


Bahasa Alien(gambar diatas) sudah semakin popular di kalangan remaja kita..Aku tak tau dari mana menular gejala nie..Sebenarnya ia bukan satu isu yang besar pu..Dulu time aku sekolah bahasa F sungguh terkenal..Kalau nak tau camamana gi tanya budak2 yang lahir lewat 70an dan awal 80an..

Tapi compare ngan bahasa budak-budak sekarang memang jauh beza..Sorry ye adik2..Bukan abg nak kata korang alien tapi bahasa tu susah sangat nak baca..Anyway ade sape sape yang paham bahasa-bahasa macam nie..Ade gak kawan yang kata bahasa nie dah menular sampai karangan sekolah pun tulis macam nie..isk..isk.

Aku pulak xde isu sebenarnya ngan orang yang tulis macam nie..cuma kalau pening, memang aku tak baca laa..hehehe..By the way benda nie aku dapat dari Facebook semalam dan ade laa satu hamba Allah yang rajin nak translate..dia kata...

aku amek masa 10 minit untuk translate -.- : Ngokngek betul la hang ni ! hashoo sekolah panglima , sekolah dulu la , segan la aku tahun depan mai mai nak nak masuk balek sekolah panglima tu , dah kuar daripada sekolah tu masuk balek . weh ! gila kan hang ? malas laa . aku tahun depan kena sekolah kat kl . werk :P aku tak mau sekolah kat panglima ,hang pi pi sorang ek .

So itu laa translationya..hehehe..

Regards,
-Strider-

Monday, May 21, 2012

Parody Anak Kampung

Hye Readers,

Pernah dengar lagu Jimmy Palikat yang bertajuk Anak Kampung...Sebenarnya Lagu nie mula-mula aku dengar dulu kat saluran TVi (180 kat astro)..Tapi makin lama lagu nie makin top plak sampai one nation emcee pun berminat nak nanyikan...

Tapi bila satu satu lagu dah top banyak laa versi yang ko leh dengar..Lagu anak kampung nie pun ade macam-macam versi gak kat youtube..Parody dia pun ade banyak gak tapi ade satu yang menarik minat aku..Lupakan suara penyanyinya sebab aku rasa penyanyi dia tu bukan seorang penyanyi yang professional..


Aku suka versi nie sebab lirik dia agak catchy..Kena plak yang nanyi tu orang sabah(aku rasa) so dia punya bunyi tu macam sedap..hehehe..Apa-apa pun credit to Jimmy Palikat sebab dah bawak lagu sabah terkenal di seluruh negara..hehehe

Regards,
-Strider-



Kementerian Lelaki Dan Masyarakat

Hye Readers,

Inline image 1


Sudah tiba masanya untuk kerajaan menubuhkan "Kementerian Lelaki dan Masyarakat" bagi melindungi lelaki dan suami yang di dera oleh isteri..hehehe...For info ini kes kat Sarawak dimana seorang suami telah dihempuk munggunakan botol kerana isu wang perbelanjaan harian...

Tak dinyatakan pulak jenis botol yang digunakan tetapi aku rada wanita itu mesti dipengaruhi oleh cerita Young and Dangerous..hahaha..untuk berita penuh Klik Sini 

Regards,
-Strider-

Friday, May 18, 2012

Jangan Menilai Ekin Tanpa Mengetahui Kisah Sebenar

Hye Readers,

EKIN (kiri) memakai inai ketika  ditemui di rumah neneknya di Bachok, semalam.
Gambar Dari Berita Harian
Pagi tadi Berita Harian ade melaporkan yang seorang gadis berusia 16 tahun telah berkhawin dengan pasangannya yang baru berusia 18 tahun...gadis tersebut yang dinamakan sebagai Ekin(Bukan nama sebenar) berkata yang perkhawinan itu terjadi kerana ia sebagai langkah untuk mengurangkan beban keluarga..

Pelbagai feedback yang aku baca mengenai topik nie..Ade yang mendoakan mereka dan ade juga yang kurang bersetuju kerana ia dianggap bukan jalan penyelesaian untuk masalah itu..Mukin ade cara lain untuk meringankan bebenan yang ditanggung oleh keluarga Ekin..

Bagi aku plak aku tak menganggap dia satu benda yang salah walaupun aku kurang setuju disebabkan usianya yang bagi aku agak muda..Dia dan pasangan seharusnya menumpukan perhatian kepada pelajaran disamping aku bimbang yang ini semua hanya satu cinta monyet..

Namun tak elok untuk aku menghukum mereka tanpa mengetahui cerita yang sebenar..Aku pun bukan ade kat sana pun..So aku doakan je laa agar jodoh mereka berpanjangan..Jangan laa kita bersikap kejam menghukum mereka tanpa mengetahui cerita yang sebenar..Kalau nak baca dengan lebih lanjut korang leh (Klik Sini)

Regards,
-Strider-

Thursday, May 17, 2012

Cerai

Hye Readers,


Hari ini aku nak cerita pasal cerai..Sape yang bercerai??Kalau jiran sebelah rumah aku bukan korang nak amik tau pun..Ini cerita pasal celebriti bercerai...Selebriti ni kalau bercerai memang patut diumumkan kepada public supaya tak timbul fitnah satu hari nanti...

Tapi cara dia tu kena laa betul..Aku nak ambik contoh penceraian artis kelahiran Ady Putra yang mengumumkan penceraian dia dengan bekas bini kerana kurang persefahaman...Aku style dia menghadapi isu penceraiannya..

Selain dari dari dia ade beberapa lagi artis yang menguruskan penceraiannya dengan cara yang baik seperti Hattan, Sharifah Aleya dan beberapa lagi nama yang aku tak berapa nak ingat..Cara mereka jauh berbeza dengan Jimmy yang habis exposed semua cerita time honeymoon..hehehe..

Lagi satu kes Rita dengan Aidil..pasal nak duk kat mana pun nak kecoh kat press..Subang ngan Damansara tu bukan jauh mana pun..Takkan nak suh peminat decide kat mana dorang sekeluarga nak duduk..Untuk info Aidil dah tarik balik tuntutan untuk menceraikan Rita..

So hopefully takde antara kita yang akan lalui proses yang tak best nie...till my next entry.. :)

Regards,
-Strider-


Tuesday, May 15, 2012

Safe Dark Shadows

Hye Readers,

Baru baru ini ade ade tonton 2 movie kat panggung wayang..itu antara sebab kenapa aku kurang online 2-3 hari ini..so antara movie yang aku tengok tu adalah cerita The Dark Shadow dan Safe..So kat sini aku cerita skit about this two movie..

The Dark Shadows


Well, this movie is basically is not my type of movie..Dia berkisahkan tentang Vampire dan latar belakang tahun 1972 camtu laa...Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah disumpah menjadi vampire oleh seorang ahli sihir dan dia dah dikurung selama lebih kurang 200 tahun dari tahun 1770 sebelum dilepaskan pada tahun 1970..

Background citer nie banyak berlatarkan tentang Mansion dan British accent..tapi jalan cerita nie agak menarik gak laa walaupun ending dia aku tak berapa berkenanan sebab orang jahat dia mati simple sangat..Tapi bila Johnny Deep berlakon pasti ade 1-2 adegan yang mampu buat korang tersenyum.. :)

Safe

Safe Movie

Citer lakonan Jason Statham nie merupakan cerita action thriller yang bagi aku agak best gak..Cerita dia tak terlalu straight foward sangat..Cerita dia mengisahkan seorang budak yang mempunyai daya ingatan yang sangat kuat dan dia telah dipergunakan oleh Mafia dari China untuk menjalankan operasi kira-kira kegiatan haram mereka dan Jason Statham telah terpanggil untuk menyelamatkan budak kecil nie dari terus dipergunakan oleh orang jahat..

Tapi ending cerita ni aku suka walaupun ade orang yang tak berapa suka sebab ending dia macam tak abis..Cerita dia berakhir bila budak perempuan tu selamat dan bukan ketika kumpulan Mafia tu tewas..Bagi aku orang yang suka citer action thriller aku rasa korang mesti suka cerita ini..hehehe

So sepanjang minggu itu laa movie yang aku tengok selain daripada beberapa lagi aktiviti yang aku buat..hehehe...Tapi dua-dua cerita nie berlaloi kalau korang tengok kat pawagam..hehehe :)

Regards,
-Strider-





Friday, May 11, 2012

Kontroversi Gambar Julie Woon

Hye Readers,

Bukan Ini Gambar Kontroversi tu.
Kontroversi Gambar Julie Woon..First of all aku tak tahu dari mana datang perkataan kontroversi tu...well recap skit story dia macam nie..Ade seorang model yang berbangsa cina tampil dalam Dalam majalah Men's Health keluaran Februari 2012, wanita berusia 27 tahun ini mempamerkan gaya separuh bogel dengan hanya memakai pakaian dalam dan beraksi ghairah di samping seorang model lelaki.

The picture is professional dan aku tak nampak kat mana kontroversinya..Kalau dia seseorang berbangsa melayu atau lebih penting Islam mungkin kita leh kata ia melanggar batas agama..Tapi mana datangnya kontroversi wanita ini..

Kalau pandang dari sudut lain kita sepatutnya berbangga kerana mempunyai model yang bertaraf antarabangsa..Pasal pakaian yang seksi tu jangan laa beli kalau dah tau yang majalah2 macam itu ade adult content...

But itu hanya pendapat 2sen aku..korang maybe ade pendapat yang mungkin berbeza dengan aku..hehehe..peace ya`ll

Regards,
-Strider-

A Soft Reminder

Hye Readers,


Minggu nie minggu Mother's Day ek..Semua orang pun citer pasal Mother`s Day ek..Ade yang kata It`s okay to celebrate and ade yang kata tak elok celebrate..Aku plak???Actually aku tak pernah amik tahu pun pasal Mother's Day before this..

Kalau aku ingat aku wish laa my mum but kalau tak ingat aku buat tak tahu je laa..But last night secara kebetulan aku terdengar lagu A Song For Mama (Boys 2 Men) dan aku mengalami satu perasaan yang kalau boleh aku tak nak alami lagi..

Tetiba aku rasa rindu kat my mum..I don't know sama ada lagu tu atau sebab Mother`s day or memang dah ditakdirkan yang aku teringat kat my mum..Mula laa macam-macam yang aku pikir..tapi semuanya start dengan "Kalau"...

So kepada yang still ade parent tu appreciate laa mereka sementara mereka ada..Sometimes benda-benda kecik yang aku lengah-lengahkan laa yang membuatkan aku nyesal dikemudian hari..Kalau agak-agak terpikir nak buat something with your parent just teruskan jer..Tak perlu tunggu special occasion sebab kita tak tahu kita sempat nak tunggu that date..

Dan kepada orang yang macam aku nie tak banyak benda yang aku leh buat untuk show how much i love my parent..Yang tinggal hanyalah Doa dan sedekah bagi pihaknya...Dan that's all for now..nanti ade masa aku write again..

p/s: Happy Mother's Day to my all of my sister..I sure u all gonna be a great mum for your kids.. :)

Regards,
-Strider-

I was always at peace because of the way my mom treated me.

Thursday, May 10, 2012

Update Ira dan Komen Hazrey

Hye Readers,

Susulan dari cerita pasal Ira semalam aku updatekan status video seperti rakan-rakan aku komen sebelum nie iaitu dia memang video lama waktu tahun 2011..Dan perempuan tu pun dah dijatuhkan hukuman...Moga dia
bertaubat selepas menerima hukuman tu...

Secara teorinya, si ibu dipenjarakan sejak Mei 2011. Maka, jika hukuman dijalani sepenuhnya, si ibu bakal melangkah keluar dari penjara November nanti..Agaknya ape kita nak buat time tu nanti???

Tapi tadi aku baca something yang agak menarik kat blog Bro Hazrey..Dan memang dia got a point on this issue..Kalau korang nak tau korang kena baca sendiri laa..

Pendek jer entry aku nie.. :)

Regards,
-Strider-



Wednesday, May 9, 2012

Semua Kerana Ira

Hye Readers,



Kepada sesiapa yang ada account social network seperti Facebook atau Twitter mesti tau pasal video nie..Maklum laa video nie merupakan tajuk yang popular untuk hari ini..Video apa nie??Nie video seorang wanita yang dikatakan bernama Ira sedang mendera budak kecik tu...

Kalau korang nak tgk video nie log on jer dekat account social network korang..Pasti ramai orang yang share video nie dengan ghairah memaki hamun samaada Ira ini atau orang yang rakam video nie..Aku malas nak share video nie sebab aku tak tahu statusnya...

Status ape yang aku maksudkan??Status Ira nie sendiri..Ada yang kata ini merpukan video yang lama dan pelakunya telah djatuhi hukuman tapi takde satu pun sumber-sumber yang boleh dipercayai..Baru atau lama takde satu justifikasi pun untuk kegiatan macam nie..

Penderaan tetap salah!!!tapi siapakah kita nak judge dia berdasarkan satu video yang kita sendiri tak tahu ape statusnya..Tapi aku harap agar pelakunya dijatuhi hukuman yang setimpal dengan perbuatanya...Cuma jangan laa kita terlalu ghairah mencaci/mencemuh sesuatu yang kita sendiri tak pasti..

Korang ade info ke pasal kes nie??kalau ade info pasal kes-kes dera nie terus laa laporkan kepada pihak berkuasa,..Kasihani laa budak yang di dera tu..hehehe :)

Regards,
-Strider-

Tuesday, May 8, 2012

Azwan Ali Mengamuk Lagi!!!!!

Hye Readers,

Azwan Ali kembali mengamuk di Twitter?

Lama dah tak update blog nie..hehehe..banyak sangat keje nak kena buat..hehehe..Tadi aku ade terbaca kat
Yahoo Malaysia yang Azwan Ali kembali mengamuk di laman web twitternya...Kalau dulu dia pernah meminta maaf selepas mengancam untuk membunuh adiknya Ummi Hafilda kini dia mengamuknya pula terhadap ibunya..

Azwan ALi menggunakan akaun Twitter miliknya untuk meluahkan rasa marah terhadap ibunya sendiri dengan menggunakan kata-kata kurang elok selepas sebuah portal hiburan menyiarkan luahan hati ibunya terhadap sikap abangnya yang juga seorang ahli politik, Azmin Ali yang dikatakan telah mengabaikannya dan sudah berubah sikap.

Kemarahannya itu turut ditujukan kepada pengguna Twitter lain dengan melabelkan mereka sebagai 'bangkai'.Walaupun ada pihak yang kurang senang dengan tindakannya, pengacara terkenal ini kelihatan tidak mengalah dan menjawab setiap komen yang tidak bersetuju dengan sikapnya itu...

Tapi bila jadi isu2 macam nie yang paling aku suka baca ialah komen2 orang kat situ..hehehe..macam2 komen yang dilemparkan terhadap Azwan Ali..Aku plak??Ntah laa..aku pun tatau ape yang sebenarnya terjadi dengan mereka sekeluarga nie..hehehe :)

Regards,
-Strider-

Friday, May 4, 2012

Chow Kit Tak Ada Climax

Hye Readers,


Semalam aku pergi menonton filem Chow Kit dekat Midvalley..Since cerita melayu apa salahnya support..Chow Kit tu pun sebelah Kg Baru jer..hehehe..Habis jer movie member aku okay laa not bad..citer dia macam ala-ala art gitu..cerita atas cerita..

Tapi bagi aku tak best langsung...Aku tak paham ape motif dan visi yang cuba disampaikan melalui cerita tu...Plot cerita dia tak berkembang langsung..Isu yang cuba dicungkil tak abis-abis pasal kemiskinan, dadah, pelacuran, rogol...

Bagi aku banyak lagi isu boleh diketengahkan dalam cerita Chow Kit nie..Orang kat Chow Kit nie bukan semua jahat-jahat belaka..Ade je budak2 chowkit yang aku kenal dan berjaya dalam hidup...hehe..Mungkin expectation aku terhadap cerita nie tinggi kot...

Tapi yang penting cerita nie takde climax..So bagi korang yang sukakan cerita yang ade climax cerita ini mungkin akan membosankan diri korang..Patut laa dalam wayang semalam orang tak ramai..hehehe :)

Regards,
-Strider-

Thursday, May 3, 2012

Motif Zed Zaidi Cabar Imigresen & Puspal

Hye Readers,

Zed Zaidi Cabar Imigresen, Puspal Siasat Artis Luar

Tadi aku ade terbaca yang Pelakon Zed Zaidi yang juga Pemangku Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mencabar Jabatan Imigresen Malaysia dan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar (Puspal) agar mendedahkan kemasukan artis-artis dari luar negara benar-benar mengikuti peraturan yang sah di negara ini.

Ape yang Zed Zaidi cuba lakukan mendapat banyak feedback dari masyarakat umum..Some says yang ini tindakan yang wajar dilakukan sebagai seorang Timbalan Presiden Persatuan Seniman..Ade jugak yang kata dia nie macam takut ngan bayang-bayang artis luar..

Ramai yang beranggapan yang ini merupakan susulan dari statement yang berbentuk tak puas hati ke arah seorang pelakon kelahiran Singapura yang berjaya memenangi anugerah baru-baru ini..

Tapi eloklah jika bersangka baik dan berharap agar benda yang dilakukan oleh Zed Zaidi adalah untuk kebaikan artis Malaysia..

Regards,
-Strider-

Lari Dari Bersih 3.0 Ke Perhentian

Hye Readers,

Hari sabtu lepas ketika rakyat Malaysia sibuk bercerita tentang BERSIH 3.0 aku amik keputusan untuk keluar dari KL..ceh!!!cam bagus-bagus je intro..hehehe..sebenarnya hari sabtu hari tu ketika BERSIH sedang dijalankan aku keluar dari Kuala Lumpur menuju ke Pulau Perhentian..

Bukan sebab nak lari dari BERSIH tapi dah date dia jatuh pada hari yang sama nak buat cammana??sib baik aku bertolak time malam..Kalau siang leceh gak sebab banyak jalan tutup..hehe :) Balik sini baru baca habis cerita pasal BERSIH..Macam macam version aku dengar..tapi since aku takde kat malas laa aku nak komen lebih2..hehehe

So time kat perhentian aku menginap kat hotel Shari la..Bukan Shang Ri La okay tapi tmpat tinggal tu not bad at all..yang penting ade aircond and electricity running 24 hours a day..Kat sana banyak lagi yang pakai generator so ade sesetengah tmpat tu electricity dia running time malam jer..

aku share ngan korang beberapa keping gambar aku kat sana..hehehe  :)

*Nak pergi sana kena naik bot..aku laa yang bawak..(dalam mimpi la)


*Permandangan tempat tinggal dari jeti..(sib baik tak jauh)



* Ini ade laa teman2 aku sepanjang 3 hari kat sana.. 


*Dah ade kat pantai mesti laa mandi kan???


*Tak dilupakan aktiviti Snorkeling 


*Dapat Jumpa ngan penyu


*Dan beberapa ekor ikan..


*Dan sekeping gambar sunset


So itu je laa gambar yang post untuk tatapan korang..banyak sangat gambar-gambar yang ade..tapi time malam kitaorang di makan kat LOng beach sebab aku rasanya kat situ yang happening..Boleh tengok orang main api..

Sebab aku bukan traveler blogger so aku tak tau sangat nak cerita pasal vacation nie dalam blog..so kalau korang rasa bosan sorry laa ye..dan nature aku yang tak reti nak bercerita..Citer pasal Jakarta pun aku tak buat lagi..still ngah pikir cammana nak tulis..hehehe..till my next entry...

Regards,
-Strider-