Tuesday, June 10, 2014

#1429 - DS Najib Razak Pilih La Roja

Hye Readers,


Memandangkan World Cup just around the corner, maka ramai laa orang sudah mula memlilih pasukan kegemaran mereka untuk world cup nanti. Tidak ketinggalan Perdana Menteri kita iaitu DS Najib Tun Razak yang memilih pasukan Spain atau dikenali sebagi nama gelaran "La Roja" sebagai juara Piala Dunia 2014 ini.

Menurut sebuah portal online, DS Najib Razak menyatakan yang pasukan England menjadi pasukan sentimental pilihanya tapi dia tak yakin England mampu untuk menjuarai Piala Dunia kali ini. Walaupun dia gemar dengan corak permainan Brazil namun Spain tetap menjadi pilihan DS Najib Razak sebagai juara Piala Dunia edisi kali ini.

Aku pun sebenarnya merupakan penyokong setia Spain sejak dari zaman Raul Gonzalez lagi. Walaupun aku tidak mempunyai keyakinan seperti DS Najib Razak terhadap pasukan Spain namun aku harap agar Spain akan menjulang kejuaraan lagi sekali selepas berjaya merangkul kejuaraan pada edisi terdahulu pada tahun 2010.

Korang pulak macam mana? Ada pasukan pilihan atau layan jer mana-mana pasukan yang bermain nanti??

Regards,
-Strider-

21 comments :

  1. Alaaa baca title pun da salah ! Nurie nampak macam ROJAK. T_T.

    ReplyDelete
  2. Go England Go England..hahaha..dlu dan selamanya.. England tetap jadi pilihan...

    ReplyDelete
  3. Macam ada harapan tak dapat World Cup je Spain tahun ni. Haha. Lagipun, dalam Sejarah World Cup, jarang juara bertahan dapat kekalkan title, melainkan Itali dan Brazil je dulu.

    ReplyDelete
  4. belum menetapkan lagi pasukan yang menjadi pilihan

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum... strider,

    macam mselim3 pasukan kegemaran .. biasalah Brazil. Brazil malaupun adalah pasukan pilihan.. tp mselim3 tak terlalu yakin.. pape kita "wait and see" yer tak?.. Biasalah bola bulat macam2 boleh jadi kan...

    mselim3

    pls: apa pandangan strider pulak... share2..

    ReplyDelete
  6. Soalan yagn sukar di jawab kerana tak berapa minat BOLA sbb minat KDRAMA je hewww

    ReplyDelete
  7. layan jer mana-mana pasukan yang bermain nanti, aku kaki pancing bukan kaki bola..tapi duk melangut jgk depan skrin besar kedai mamak... ikut rentak mcm tu lah !

    http://www.nazlee.com , http://gelagatorang.blogspot.com ~ PCL

    ReplyDelete
  8. Hahahaha... tak layann... :D biar la orang nak kata ketinggalan zaman pun... hik3x,,

    ReplyDelete
  9. urmm.. tak tau nak pilih yang mana Strider, tapi mana2 kedai mamak pasti akan penuh lagi la nampaknye dgn demam bola ni :D

    ReplyDelete
  10. Aku seperti setiap 4 tahun mesti akan menyokong Germany.... dan cheq eem menyokong tegar Spain...banyak jersi spain ngan liverpool dalam almari ...ekekekekeke..... tapi tahun ni aku terpaksa sokong Spain jugak.... sayang bini katanya...ahahahahaha.... :D

    ReplyDelete
  11. Aku dari dulu minat germany dgn argentina.. tp kebelakangan ni mcm dah kurang power je dua2 tu... :D

    ReplyDelete
  12. Tak tahu nak pilih mana utk world cup kali ni...tp harap sgt pasukan dari Asia dapat top 3...

    ReplyDelete
  13. Aku memilih pasukan Selangor utk world cup kali ni.. Eh..? Hahaha

    ReplyDelete
  14. Akak mcm yg ko tau pilih Spain jugak...

    ReplyDelete