Tuesday, November 5, 2013

#1225 - Review Filem Highland Towers

Hye Readers,



Filem Highland Tower merupakan salah satu dari filem arahan Pierre Andree dan terbitan MIG production. Ada 2 sebab yang menarik aku untuk menonton filem ini. Pertama ialah kerana ia merupakan arahan Pierre Andre dan kedua ialah sebab Highland Tower itu sendiri.

Filem ini aku tak nafikan antara filem seram yang lain dari yang lain. Filem dia lebih kurang macam paranormal activity  dimana ia menampilkan konsep ‘found footage’.Di sebalik beberapa review menarik yang aku baca sebelum menonton jangkaan aku meleset sama sekali.

Filem ini aku aku tidak begitu seram kalau nak dibandingkan dengan filem seram Pierre Andree seperti  "Jangan Pandang Belakang" atau filem "Al-Hijab". Cerita-cerita mengenai actual footage yang secara tak sengaja dirakam juga tidak berjaya menambahkan seram aku dalam wayang. Walaupu bagaimanapun masih terdapat beberapa adegan yang membuatkan anda terkejut.

Kelemahan paling ketara bagi filem ini adalah dari jalan ceritanya. adakah disebabkan konsep found footage itu yang melemahkan jalan ceritanya aku tak tahu laa. Mungkin juga expectation aku terhadap filem ini tinggi sehingga ia membuatkan aku nampak kelemahan filem ini.

Pada pendapat peribadi aku filem ini memang kurang menarik. bagi mereka yang belum pernah masuk ke dalam Highland Tower, filem ini sudah tentu menarik kepada anda untuk memberi gambaran yang jelas bagaimana keadaan sebenar di dalam itu.

p/s: review singkas dari kawan aku " It's a disgrace to highland tower ghost"

Regards,
-Strider-

14 comments :

  1. Ingatkan filem ini tentang masa kejadian runtuhan kondo. Rupanya cerita seram.

    ReplyDelete
  2. Tak tahu pun ada movie ni. Hua hua Tahu pun dari blog ni. Tu pun lepas baca review jadi tak berapa nak pergi pulak.

    ReplyDelete
  3. akak kalau cerita seram tak suka tengok.. malam tak lena tidur pula nanti..

    ReplyDelete
  4. when it comes to famous landmark or something yang well known, memang kita akan ada expectation yang tinggi.

    ReplyDelete
  5. Salam.

    Sekurg2nya dah pergi menonton.. lana ni..tak tau pun kewujudan filem ni,huhu. 31 hb 10 baru ni keluar ya..

    ReplyDelete
  6. tak tgk lg.. hehe. kwn ckp xseram. abang dia siap boleh gelak2 lg

    ReplyDelete
  7. teringin nk tgk hoho .*folo backk heeee.

    ReplyDelete
  8. Ramai jugak yang bagi good review mengenai filem ni. Rasa tertarik pulak nak pergi tengok.

    ReplyDelete
  9. Hmmm..tak seram ya..namapak macam seram...nway the last caption tu..kesian!!!

    ReplyDelete
  10. Nak tengok juga lah cerita ni nanti.. thanks sharing Strider.. :)

    ReplyDelete
  11. rasanya sesapa yg pernah pergi tu ada pengalaman berbeza..so piere n the gang pun ada pengalaman yg berbeza juga....

    ReplyDelete
  12. cite seram melayu byk sgt scene yg buat penonton terkejut.. jadi aefa jarang tgk.. eh. kesimpulannya jarang tgk cite seram :D

    ReplyDelete