Thursday, January 16, 2014

#1339 - FAM Bakal Berbelanja Besar Untuk 2014

Hye Readers,

Adakah dia mampu mengubah scenario bolasepak negara?

Tahun 2014 nampaknya akan dimulakan dengan perbelanjaan besar oleh FAM untuk mendapatkan Philippe Troussier sebagai jurulatih Harimau Malaya setelah kontrak Rajagopal tidak disambung pada penghujung Disember lalu.

Menurut laporan Metro setelah mengadakan beberapa sesi pertemuan Semuanya kini bergantung kepada kesediaan Philippe Troussier sama ada mahu menerima tawaran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana khabarnya Tunisia juga mempunyai minat untuk mendapatkan khidmat jurulatih berkenaan.

Pada 6 Disember yang lalu Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin menafikan yang bekas jurulatih skuad Piala Dunia Jepun 2002 merupakan calon utama untuk menggantikan Rajagopal dan sebulan selepas itu benda lain pula yang jadi. (klik sini)

Menurut laporan Star pada November yang lepas Troussier hanya akan mempertimbangkan jika mendapat tawaran bernilai US$1.52mil (RM5 Juta) setahun atau US$126,805 (RM407,000) sebulan. Gaji itu memang setimpal kalau mengikut pencapaian Troussier selama ini.

Tapi adakah FAM pelaburan itu akan mendatangkan hasil memandangkan FAM ini merupakan salah satu persatuan yang "untouchable". Adakah Troussier akan berjaya mengubah hala tuju FAM serta memantapkan lagi mutu bola sepak negara?

Tapi itu semua hanya akan terjawab setelah Troussier membimbing skuad negara. Buat masa sekarang belum apa-apa keputusan rasmi tapi khabarnya Troussier lebih berminat untuk melatih Malaysia walaupun menerima beberapa tawaran yang lain.

Regards,
-Strider-


17 comments :

  1. kalau ianya betul, besar belanjanya tu.. apa-apa pun harap berbaloila.. :)

    ReplyDelete
  2. Harap2 product yang dihasilkan berjaya

    ReplyDelete
  3. nak masuk piala dunia 2015 kenalah berbelanja besar..hehe

    ReplyDelete
  4. wahh belanja besar yer... sedangkan rakyat diseru utk berjimat..haha.. apa2pun sy x minat bola pun... :p

    ReplyDelete
  5. For now, we just have to wait n see if they are really goin to take this guy into our national Harimau Malaya team. Looking forward too, eventho I am not really into Msian soccer stuff :P
    #2014. FIFA is about to be here jyeeeahhh :D haha

    ReplyDelete
  6. wooowww!ada duit plak kerajaan nk lantik jurulatih luar.. belanja utk rakyat xde plak? ~_~

    ReplyDelete
  7. banyak pula duit kerajaan.. mungkin satu pelaburan yang baik.. aiza menabung ikea.. :D

    ReplyDelete
  8. Belanja besar harap2 pulangannya pun besar.. jngn smpi belanja besar tp perlaksanaannya menghampakan sudahlah.. sama2 kita doakan utk kejayaan.. in shaa Allah..

    ReplyDelete
  9. 5 juta setahun?! Biaq betui....
    Tetapi kalau mutu naik 2x ganda memang berbaloi...

    ReplyDelete
  10. pendapat aku, mgkn ini cuba boleh ubat sikit je. nak peningkatan yg tinggi, FAM kena ubah dlu.

    ReplyDelete
  11. semua benda nak pakai khidmat orang luar.
    pekerja semua nak orang luar.
    pening arrr..

    ReplyDelete
  12. harap-harap berbaloi la belanja tu.

    ReplyDelete
  13. erkkk.. lg sekali negara berhabis utk bola.. APTB kalau pemain semput.

    ReplyDelete
  14. wowwww, betul besar belanja tu...harapnya berbaloi laa...bukan sikit2 tu...

    ReplyDelete