Saturday, January 11, 2014

#1336 - Majlis Fatwa Digesa Haramkan Perbualan Antara Lelaki Dan Wanita Bukan Mahram Di Internet

Hye Readers,

Malam tadi aku ada terbaca satu artikel dimana Majlis Fatwa digesa untuk mengharamkan perbualan antara lelaki dan wanita bukan mahram di internet. Ini susulan pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei, yang mengeluarkan fatwa terbaru bahawa perbualan atau bersembang di media sosial antara lelaki dan wanita bukan mahram adalah haram kerana boleh mendorong perbuatan maksiat.

Gambar: Google
Mengikut laporan Malaysian Digest, fatwa itu disokong Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad, yang menurut mereka perbualan bukan muhrim menerusi media sosial tanpa batasan hingga mendorong perlakuan maksiat, adalah haram.

Disebabkan ini merupakan hal berkaitan agama, jadi aku tidak mahu sewenang-wenangya memberi pandangan sebab ilmu didada pun belum cukup tinggi sebenarnya tapi pendapat ringkas aku ialah benda ini kelihatan sedikit ekstrem dengan kehidupan kita yang berbilang kaum.

Aku juga tak nampak cara yang sesuai untuk implement fatwa ini walaupun aku bersetuju dengan pendapat Mufti Fahang yang pergaulan yang menjurus kepada maksiat atau bertentangan Islam tetap dilarang dalam Islam, walaupun di media sosial.

Jadi apa pendapat korang semua mengenai isu nie? Adakah kita harus mengikut jejak langkah Iran dengan mengeluarkan fatwa baru bahawa perbualan atau bersembang di media sosial antara lelaki dan wanita bukan mahram adalah haram???

Regards,
-Strider-

AUTO PUBLISHED ENTRY

19 comments :

  1. xbrani komen sbb mcm strider jugak ilmu didada kurang..tkt org salah erti plak kalau komen yg pelik2..hihi

    niesa click ikea kat sini.. :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. sheila setuju. sheila pun dah mula delete semua gambar di fb. siap pakai gambar suami kat dp. haha kalau boleh memang nak elakkan berbicara dgn lelaki. takut2 tersalah cakap, jadi lain kan. ni sheila komen kat blog azlan, camne pulak nak kira ekk? konfius ni =__='

    ReplyDelete
  3. Tak berani nk bagi pendapat.. sepatutnya diperjelaskan lebih terperinci ttg perbualan yg mcm mana.. mcm tak praktikal je klu bantai semua jenis perbualan.. wallahualam.. salam sabtu Strider.. :)

    ReplyDelete
  4. aduih.
    Mcm susah je T_T
    kalau ikut fatwa ni qilah pun takleh nak comment dkt sini lah kan? T_T
    hmmmm
    qila setuju cuma payoh sikit lah

    ReplyDelete
  5. emmm xtau lah..sbb dlm media sosial..susah nk trace...kan2? semuanya atas kesedaran diri..

    ReplyDelete
  6. Susah nak komen ni..kerana ianya sensitif tapi secara jujurnya kita rasa kalau kita bersembang di Blog dalam bentuk komen macam ni ok kot...as long as tak melalutkan..

    ReplyDelete
  7. entahla bro..aq pun x bleh bg komen..:P
    erm...

    ReplyDelete
  8. apa yg cuba disampaikan oleh mufti pahang ngan penang tu betol, perbualan di internet antara laki dan perempuan ajnabi tanpa keperluan dan melaghakan mmg boleh mmbawa kepada perkara yg x elok.. tapi kalau nk menjatuhkan hukum haram secara total kepada semua jenis perbualan, macam pelik plak.. x semua perbualan kearah maksiat. ada yg sebab atas keperluan kerja dan sebagainya. yg pnting kena pandai bataskan diri..

    yg aku heran, tetiba je nk ikut khomaini tu pasai apa..? banyak lagi contoh yg boleh diikut. yusuf qardhawi ka..

    ReplyDelete
  9. macam mana nak implement kalau nak buat pon? erk?

    ReplyDelete
  10. tak prnh sembag on9 di internet... mmg kna hati2 sbb betul pun blh menjurus ke arah kemaksiatan...

    ReplyDelete
  11. jika dikeluarkan fatwa ini, bagaimana pula cara untuk pihak berwajib untuk memantau jutaan pengguna internet?

    ReplyDelete
  12. Ermm... rasanya ayat tu terlalu general... mungkin perlu lebih spesifik sedikit... contohnya ada sepupu lelaki yang chat dengan kita bertanyakan tentang ibu/bapa saudaranya... adakah dikira haram juga?
    atau orang chat untuk bertanyakan tentang sesuatu peluang bisnes/pekerjaa.. dll..

    Allahualam...

    ReplyDelete
  13. betul juga tu.. mmg boleh mendtgkan kemaksiatan.. antara sedar ngan x jer...komen ringkas jer la.. sbb sy sendiri pun bkn x penah berbual melaui internet dgn hubby seblm kawen dulu.. hmm..

    ReplyDelete
  14. kalau skype pun dikira maksiat la.. fuhh.. dh lama xbuat. insaf2. hehe

    ReplyDelete
  15. Kadang2 tindakan dari negara Syiah ni ada betulnya. Suara perempuan juga dikira aurat.

    ReplyDelete
  16. kalau diikutkan, suara tu sendiri memang aurat, kadang2 melalui suara pun boleh melibatkan nafsu etc etc..mungkin ada betul juga tindakan mengharamkan tu, sekurang2nya boleh kawal sedikit aktiviti maksiat, tapi tu laa...susah juga kan, sebab kehidupan kita sekarang pun memerlukan kita berhubung antara satu sama lain...

    ReplyDelete
  17. Eerr...tidak begitu arif utk komen..:(

    ReplyDelete