Tuesday, January 21, 2014

#1343 - Latihan UTK, Farid Kamil Masih Membisu.

Hye Readers,

Terima kasih kepada korang semua yang dah memberi pendapat tentang entry Date or Hangout aku yang lepas. Lepas ini aku akan beri pendapat aku pulak, tetapi sebelum itu aku nak cerita pasal berita beberapa hari yang lepas.

Beberapa hari yang lepas, akhbar Utusan Malaysia ade menyiarkan yang pelakon dan pengarah Farid Kamil sedang menjalani latihan Unit Tindakan Khas (UTK). Mengikut laporan Farid Kamil telah seminggu menjalani latihan tersebut di Maktab Teknik PDRM Muar Johor.


Benda ini sesuatu yang agak mengejutkan kerana setahu aku latihan untuk anggota elit PDRM dan juga ia merupakan latihan taktikal untuk anggota polis. Jadi bagaimana orang awam seperti Farid Kamil boleh mengikuti latihan seperti ini?


Aku juga mengambil kesempatan untuk tweet kepada official twitter untuk PDRM bagi mengesahkan tentang berita ini dan tak lama selepas itu PDM mengeluarkan satu kenyataan melalui Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Asmawati Ahmad yang menafikan wujudnya latihan seperti tersebut kepada orang awam. (klik sini)

Setakat ini Farid Kamil masih membisu tanpa memberi penjelasan lanjut mengenai isu ini. Mengapakah dia mengaku menjalani latihan seperti UTK ini? Adakah ia salah satu daripada gimik untuk filem terbaru, adakah wartawan "misquote" kenyataan Farid Kamil? Itu semua Farid Kamil jer yang boleh jawab.

Apa-apa pun ini bukan kali pertama Farid Kamil "digossip" dengan PDRM. Pada 2012 Farid Kamil pernah mencetus kontroversi apabila perkhawinanya dikatakan mengikut istiadat (sword barrel) anggota polis walaupun dia hanya seorang orang awam. (klik sini)

Regards,
-Strider-

18 comments :

  1. Assalamualaikum. apa gunanya latihan UTK ni? hehhee

    ReplyDelete
  2. Pasal majlis perkahwinan dia pernah gak niesa baca..yg ni xpernah..pelik jugak kenapa dia asyik dikaitkan dgn pdrm...

    ReplyDelete
  3. 1. mungkin gimik utk filem terbarunya . 2. mungkin dia spy yg menjalani latihan mcm FBI kot ... heheheee

    ReplyDelete
  4. Kita tunggu apa jawab Farid Kamil atau dari PDRM sendiri

    ReplyDelete
  5. orang muda2 sesuai la ni...Azlan nak join ke...hehehe

    ReplyDelete
  6. Pelik betul. UTK ni, bukan ke latihan dia ala komando ke? Macam mana orang awam macam Farid Kamil boleh lepas? Macam tak logik je berita tu.

    ReplyDelete
  7. mungkin juga ada kaitan dengan gimik filem terbaru itu..menabung churp2..

    ReplyDelete
  8. suspen tu. mohon farid segera beri penjelasan...

    ReplyDelete
  9. Ida juga pernah buat entry ni 2 hari lepas klu tak salah... penafian dari PDRM. Ida pun cuba search ke instagram Farid Kamil apa yag Ida perhatikan gambar2 seakan2 menyertaikan latihan UTK tu rasanya hanyalah gimik dari filem terbaru lakonannya bertajuk KITAI.

    ps/ nak kata Farid Kamil orang awam rasanya kurang tepat kerana kalau tak salah Farid Kamil ni sudahpun mendaftarkan diri sebagai Sukarelawan Polis.

    ReplyDelete
  10. mungkin dia buat latihan utk filem terbaru dia kot..

    ReplyDelete
  11. cita2 dia nak jadi polis kot..hehe

    ReplyDelete
  12. Lain mcm je berita ni Strider.. UTK ni selalunya susah nak dpt walaupun polis, inikan pula org awam.. lakonan kot huhu.. :D

    ReplyDelete
  13. kita tunggu aje apa farid kamil kata nanti.

    ReplyDelete
  14. Ermmm... gimik lar tue... saja create kontroversi untuk lakukan produk...

    ReplyDelete
  15. peliklah Farid Kamil ni.. ada-ada je dia ni..

    ReplyDelete
  16. ika no komen hal gini sebab memang tak amik tahu, baca dari blog lan ni baru tahu pasal hal farid kamil..

    ReplyDelete