Sunday, April 13, 2014

#1388 - Harga Sebuah Tudung

Hye Readers,



Hari ini tetiba timeline twitter penuh cerita pasal tudung Fareeda ini. Few days ago memang aku ade terbaca screen caption kat FB pasal tudung Fareeda ini..Katanya tudung ini dijual dengan mahal and ade a few isu pasal copyright.

Tapi hari ini melalui laman web Beautiful Nara, aku baca yang statement itu bukan dikeluarkan oleh Mawar Fareeda tapi merupakan slah seorang daripada 5 admin yang bertugas mengendalikan Fanpage tersebut. kenyataan itu dibuat sendiri melalui laman  Mawar Fareeda Fanpage


Sebenarnya kalau aku jadi Mawar Fareeda aku pect admin yang keluarkan statement bodoh tu sebab statement itu membuatkan company rugi dan repurtasi Tudung Fareeda tercalar.Tapi itu kalau aku laa, keputusanya terletak pada big boss sendiri.

Sebenarnya aku tak paham ngan isu harga-harga tudung nie. Kalau kat Masjid India (KL) tudung dijual dengan harga semurah RM 10 - 15 sehelai. Tapi mengapa bila letak nama wanita seperti Fareeda, Ariani etc semua harganya mencecah ratusan ringgit?

Adakah meterial yang digunakan RM80 lebih mahal daripada yang dijual ditepi jalan? Memang selaku pemilik mereka berhak untuk meletakkan harga yang mereka rasa berpatutan kan? Justification aku sebagai lelaki senang jer..

Kenapa orang boleh jual tudung mahal2??? kerana ia telah menjadi lumrah "segelintir" wanita, lagi mahal lagi laa dorang suka beli..baru ada kherlass katanya..hehe..Aku bold segelintir bukan sebab semua perempuan macam tu..hanya segelintir sahaja..hehe :D

Regards,
-Strider-

29 comments :

  1. hahaa.. dah agak dah pasal ni. baca tajuk pun dah boleh agak...
    buat apa la letak harga mahal2.. spatutnya, nk buat bnda baik ni, nk ikut perintah Allah ni, kena bagi permudahkan.. bukan menyusahkan.. kang ada plak yg pendek akal kata x nk bertudung sbb tdung mahal..

    ReplyDelete
  2. sis terfikir ... katalah sis pi buat dan jahit sendiri tudung cam fareeda tu sbb sis suka dan tahu buat lepas tu pakai . tetiba ada lak yg berkenan dan order ... adakah sis dikatakan memplagiat hak fashion ? klu cam tu kenapa x de org saman bila kita bakai baju kurung berbatu dan labuci yg kita jahit sendiri tapi sama dgn produk pereka terkenal ? ... byk cara Allah nak mabil rezeki kita ... cuma kita sedar ke idak jer ... ermmm

    ReplyDelete
  3. pakai tudung 15 lapis,harga 3,4 ratus pun tak guna jugak kalau singkat,saiz bra pun org boleh agak...
    bergaya tak salah tp kehendak agama jgn diketepikan...

    salam kenal bro..

    ReplyDelete
  4. Ramai yang discus isu ni ya..sejujurnya bagi kita terpulang pada individu yang nak pakai. kalau rasa dia mampu beli aje...yang penting tutup uratkan....

    ReplyDelete
  5. 1. atau pun sebab sebahagian (tulisan bold) wanita ni sangat mudah digoda dengan produk yang berfesyen. lagi terkini fesyen tu, lagi canggih. kualiti ke laut, syariah compliant lagi la ke gaung. heheee... pendapat je.

    2. harap jangan la sampai ada boikot memboikot jenama itu ini. kesian depa nak berniaga walaupun terkadang tu agak angkuh (mungkin tak sengaja) dan merendahkan orang miskin yang tak mampu.

    ReplyDelete
  6. kalau nak dikatakan..material kain sama gak...myb cara pengiklanan yg debaboom yang menarik perhartian pengguna..sy lbh suka guna tudung yg murah but mengikut hukum agama..huhuw..terpulang sama individu masing2 yang membeli...

    ReplyDelete
  7. Betul sangat.. rasanya kalau ada kes pecah rumah lepas ni.. barang yang di laporkan hilang besar kemungkinan ialah tudung yang mahal mahal ni..

    ReplyDelete
  8. Hmm.... Itu yg org isukn... Tapi byk juga knyataan dia org andaikan dia agak ego sbb tu org geram dgn dia... Xpe lah... Biar lah.. Kita doa je agar dia diberi hidayah...

    ReplyDelete
  9. haaa segelintir je uuu yg suke mahai2 ni
    nasib le i x suka tudung2 sarung cemtu :3

    ReplyDelete
  10. hrga dia mahal sebab kualiti dan design. memang tak nafi fareeda punya tudung material dia sangat best, soft dan halus. kalau pakai bleh beza antara ngan tudung biasa yang lain. hehe. tak tau jugak sbb tak pernah beli dan tak pakai tudung awning. ni pun cikgu sekolah yang bagitau.depa tu peminat tegar fareeda.hikhik

    ReplyDelete
  11. Tudung kellass gitu.. klu boleh nak letak label besar2 kat luar hehee..
    Tengok digi & downy sini.. :)

    ReplyDelete
  12. hm betul lah tuuuu hehehehe SEGELINTIR.
    Qila memang tak ah hahahahah. Cari dkt jalan tar sudeh hihihi.

    ReplyDelete
  13. semakin panas kan isu tudung fareeda ni..huhu..nasib baik niesa xpakai tudung yg mahal2...

    click digi dan inti kat sini.. :D

    ReplyDelete
  14. kalau dior, chanel..i get it juga la..they are a successful brand, should be more careful in 'advising' the customers.

    ReplyDelete
  15. Tak pasal pasal nama Mawar yg kena padahal dia akda Facebook pun T.T

    ReplyDelete
  16. liciknya permainan syaitan.. apabila "tudung" boleh buat org bergaduh untuk memilikinya.. bila pakai branded rasa bangga diri... nauzubillah.. moga kita semua dijauhi sifat riak diri.. kembalikan semula niat asal bertudung agar tidak dimurkai Allah swt.

    ReplyDelete
  17. itu namanya branding brado....kenapa ada setengah kita sanggup beli kasut sukan NIKE? kan BATA pon keluarkan benda yang sama...kenapa kita nak pakai BMW sedangkan ada PROTON dan jenama lagi murah...ini semua lumrah alam bila ada segelintir dari bangsa melayu yang tak senang tengok orang melayu lain maju...kisah macam ni dah lama wujud sejak zaman melayu melaka lagi mungkin lebih lama lagi wujud...

    ReplyDelete
  18. sebenar nyer yang menjadikan ia mahal adalah branding itu sendiri. kira nyer syarikat tu jual branding berbanding produk. walhal kualiti lebih kurang sama je. sebab tu barang tripple A bole jual murah.

    ReplyDelete
  19. entah kenapa akak tak minat pakai tudung awning ni..macam tudung indon.akak lebih selesa pakai tudung bawal atau shawl je...lagi cantik tau..(perasan cantik ada la..heheh)

    ReplyDelete
  20. salam..x perlu tudung mahal...biar murah janji menepati syarat menutup aurat..

    ReplyDelete
  21. Tidak dinafikan, ade juga kalangan kawan2 Nurul yang mmg addicted dgn sesetengah brand.. ikut pengalaman Nurul, kalau yg branded ni mmg selesa dan terjamin qualitynye, kalau yg brand biasa yang ikut macam tudung mahal, pun sebenarnye tak la murah mana.. sebab kualiti kain yg sama, beza pada jahitan dan jenama..

    ReplyDelete
  22. my personal opinion, its about choices. orang ramai makan nasi, tetiba trend terbaru makan pasta. harga lebih mahal. makan yang mana pon perut tetap kenyang. :) kalau suka nasi, takperlu mengutuk orang makan pasta. tapi kalau mampu makan pasta tak perlu dihina orang yang makan nasi. its simple and easy.. :) tak perlu nak serabut pasal harga

    ReplyDelete
  23. Saya ada beli 2,3 helai tudung yang harganya bawah rm 10. Dan saya tetap memakainya ke mana-mana. Bagi saya asal selesa sudah. Jenama ? Saya tolak tepi.
    Ada saya pakai, tak ada tak mengapa.

    ReplyDelete
  24. selalu juga la ikut akak staf pi butik fareeda prmatang pauh tu masa intern dulu. org sgt ramai dan berebut nk beli walaupun harga mahal. entah apa yg bestnya tudung ni. susah nk describes

    ReplyDelete
  25. yang penting nawaitu kita tutup aurat,
    tapi kalau mahal sgt pun saya x mampu nak beli..
    guna yg murah2 jer dah memadai..

    ReplyDelete