Seperti yang korang tahu pemimpin tertinggi DAP yang bersuara lantang iaitu Karpal Singh telah meninggal dunia dalam satu kemalangan awal pagi tadi. Kematianya itu memang mengejutkan dan bagi penyokong Pakatan Rakyat, pemergianya itu merupakan satu kehilangan besar pada negara.
Selain Karpal Singh, turut terkorban dalam kemalangan itu adalah pembantu peribadinya dan juga nilai kemanusiaan segelintir orang. Kenapa aku cakap nilai kemanusian turut terkorban?Kerana ada manusia tak boleh berhenti bermusuh walaupun lawanya itu sudah mati.
Ini merupakan screenshot dari twitter Zulkifli Noordin yang jelas menghina pemergian Karpal sehingga membuatkan Khairy Jamaluddin turut campur tangan dalam menegur tindakan Zulkifli Nordin ini. Tindakkanya itu dikecam oleh ramai pihak yang masih mempunyai nilai-nilai kemanusiaan.
Aku tak nak menulis panjang entry ini kerana aku tak mahu dicop sebagai penyokong Karpal kerana secara jujurnya aku tidak menyukai Karpal Singh ini. Tapi aku buang ideologi politik, aku buang sentimen agama sebentar bagi memberi laluan kepada sifat kemanusiaan yang masih ada dalam diri. Takziah diucapkan kepada keluarga Karpal Singh atas pemergian orang yang tersayang.
Regards,
-Strider-
awww.. my KJ mmg seorang yg berani :D
ReplyDeleteada terbaca dkat harian metro td..tak sangka betul..takziah buat keluarga..
ReplyDeleteTak perlu nk hina org yg dh mati... Kita sndiri tak tahu mati macam mana... Sekalipun dia kafir, Nabi s.a.w tak pernh ajar menghina org lain..
ReplyDeletekalau bolehh jangan semua bab nak dipolitikkan...... berpada2lah..
ReplyDeletejangan buat spekulasi..huhu
ReplyDeleteDah macam2 akak baca ari ni Lan...akak x nak komen coz benda2 mcm ni melibatkan sensitiviti...as a human kita patut rasa simpati pada keluarga beliau...bukan hinaan yang dilemparkan walau mcm mana bencinya kita pada dia...kan?
ReplyDeleteAkak pun tak berapa suka dgn karpal, tapi tidaklah sampai nak bergembira atas kematiannya.
ReplyDeleteBerkenaan hudud, Karpal bkn muslim..tak salah dia menolak. Yg masalah ni pemimpin Muslim yg tak mau menjayakan hudud.
takziah buat keluarga mangsa. terkejut gak baca paper pagi td
ReplyDeleteisi tabung nuff sini - ford
Segala apa yg berlaku ada hikmah yang tersembunyi...l
ReplyDeleteSemoga roh mendiang tenang di sana.
ReplyDeleteBetul tu Lan..kita sebagai umat Islam seharusnya menunjukkan akhlak islam yang sebenar supaya lebih ramai org bukan islam tertarik dgn islam..bukan menghina dan mencerca org yg bukan islam, yg akhirnya menyebabkan org bukan islam semakin jauh dgn agama islam..
ReplyDeleteSedih tengok ada orang macam ni..Nway kita sebagai manusia kita perlu ada rasa hormat sesama manusia..jangan rasa diri lebih baik daripada orang lain coz kita sendiri tak tau pengakhiran kita macam mana..hmm..
ReplyDeleteBab kematian ni jngn dibuat main.. semua org akan menghadapi kematian.. diam2 & hormat cukuplah dari nak bercakap yg bukan2...
ReplyDeleteNabi kita pun tak ajar umatnya biadap meskipun pada musuh.
ReplyDeleteapa-apa pun, takziah diucapkan kepada keluarga mendiang karpal singh..
ReplyDeleteMemalukan betul dengan twitter macam itu. Status syok sendiri sampai tak ingat dunia dan akhirat.
ReplyDeletetakziah kpd ahli keluarganya . semoga mrk tabah melalui terajedi yg mengejutkan ini .
ReplyDeleteCam pelik jer account twitter tu. Apesal due orang tu pakai gamba kartun? Tak mustahil tapi... Boleh jugak account FB/ Twitter kite letak name Khairy ke Zulkifli ker, Jambu ker, Japan Warrior ker, kan? Laman sosial ialah media yang mudah untuk menyebar fitnah. Sama2 kita berhati-hati...
ReplyDeleteCam pelik jer account twitter tu. Apesal dua orang tu pakai gambar kartun? Tak mustahil tapi... Boleh je accoun FB/ Twitter kita pakai nama lain macam Khairy ke, Zulkifli ker, Jambu ker, Japan Warrior ke kan, boleh jer nak tukar2. Laman sosial ialah media yang mudah untuk menyebar fitnah. Sama2 kita berhati-hati.
ReplyDeleteCam pelik jer account twitter tu. Apesal due orang tu pakai gamba kartun? Tak mustahil tapi... Boleh jugak account FB/ Twitter kite letak name Khairy ke Zulkifli ker, Jambu ker, Japan Warrior ker, kan? Laman sosial ialah media yang mudah untuk menyebar fitnah. Sama2 kita berhati-hati...
ReplyDelete