Wednesday, April 23, 2014

#1400 - Definasi Sailang

Hye Readers,



Secara umumnya, maksud Sailang adalah kekasih seseorang dirampas oleh orang lain dalam waktu yang amat singkat.Kalau cerita bab relationship nie kan, istilah rampas merampas atau sailang menyailang nie antara yang popular sebenarnya. Ia berlaku di kalangan rakan-rakan kita dan mungkin juga pernah terjadi kepada diri kita sendiri. Artis juga tak terlepas daripada situasi yang macam ini.

Antara kes, sailang yang aku masih ingat ialah kes Lana Nordin sailang Johan Ass'ari dari Shila Amzah, Hanez Suraya sailang suami Nurliyana, dan terbaru, macam aku citer bebaru ini Haniz Husna yang dikatakan sailang Shah Jaszle dari tunanganya. Mungkin ada beberapa lagi kes artis yang aku terlupa.

Jadi, macam mana korang nak justify yang sesorang itu kaki sailang atau perampas? Jika aku bercinta dengan seseorang perempuan, adakah ex dia boleh datang dan kata yang aku ni telah sailang kekasih dia. Sebenarnya benda ini agak subjective dan bergantung kepada definasi masing-masing, aku rumuskan beberapa point yang aku rasa relevan mengenai sailang nie.

Point No 1
- Point yang pertama adalah niat, jika korang berkawan dengan seseorang yang sudah mempunyai kekasih tapi still gak teruskan berkawan dengan harapan agar dia meninggalkan kekasihnya dan end up bersama korang itu adalah sailang namanya, kalau berkawan tanpa niat sekalipun tapi end up korang bersama ia tetap boleh dikatakan sailang kerana merujuk kepada point 2.

Point No 2
- Point no 2 ialah perbuatan, sebagai contoh, jika seorang gadis (yang merupakan kekasih orang) jatuh cinta kepada aku, aku masih berhak untuk menolak dan ia bergantung kepada keputusan aku. Walaupun aku tak berniat nak sailang, tetapi jika aku meneruskannya juga ia merupakan perbuatan sailang kerana keputusanya tetap pada tangan aku. Dalam satu perhubungan "it takes two to tango".

Sebenarnya Sailang bukanlah satu perbuatan yang teruk but depends on situation, kalau setakat bercinta-cinta macam Shahz atau Johan Ass'ari tu orang masih boleh tutup sebelah mata, cuma ia nampak teruk kalau ia berlaku sampai meruntuhkan sesebuah rumah tangga seperti macam kes Hanez Suraya hari itu.

Bercinta dan berpisah itu merupakan lumrah sesebuah perhubungan. Sebenarnya apa yang aku dapat hasil beberapa discussion perbuatan sailang ini end up kepada 2 perkara penting ialah "Niat" dan "Perbuatan". Apa pulak pendapat korang pasal isu ini?

p/s: Boleh tahan gak hits utk entry Oh Malindo Air aku sebelum ini.

Regards,
-Strider-

32 comments :

  1. niesa sebenarnya blm pernah mengalami kes ni..blm pernah or dh pernah..lupaa laakkk..haha..tp setuju la dgn azlan..bergantung pada niat dan perbuatan individu..

    menabung lenovo,vivid dan inti kat sini..

    ReplyDelete
  2. Bukan nk menggalakkan... tp bergantung pada situasi & keadaan juga. Klu dah jodoh smpi dgn cara tu nak buat mcm ne.. cuma, klu smoai meruntuhkan & merosakkan kebahagiaan rumahtangga tu mmg tak eloklah...

    ReplyDelete
  3. pendapat mama mudah saja, jangan cuba bermain dengan api...

    ReplyDelete
  4. orang kalau tak suka itu sikap jangan bua nanti ornag bilang benci tathu pula kita marah2 uh..

    ketuk2 di sini ;)

    dah like tapi bila tak tahu tengok2 dah boleh komen kt sana heee

    ReplyDelete
  5. Baru ni dengar perkataan sailang..stylo gak bunyinye.. mcm brutal skit..
    perbuatan sailang menyailang ni dah mcm perkara biasa .. org kata, zaman ni, bukan lagi zaman sape cepat die dapat tp sape terror dia lah dapat.. huhu

    ReplyDelete
  6. pernah berlaku pada diri sendiri, tapi alhamdulillah, lepas bertunang ni takde lagi yang berani buat macam tu

    ReplyDelete
  7. haishh geram pulak tgk gmbr tu.. huhu.. xsukalah dgn perampas nih.. rasa nak pijak2.. boleh gitu? hahhaha..

    psstt..maaf yer dah lama x singgah sini.. blog pun baru dibuka smula..huhu..

    ReplyDelete
  8. Hmmm.. Tapi mcm tak bgus je sailang ni kn.. Mgkin blh dikatakan zalim juga..

    ReplyDelete
  9. salam. hmmmmmmmmmm no komen !
    hahhaa..cuma pada sy : jatuh cinta bercinta putus cinta ..itu lumrah :)

    ReplyDelete
  10. Bab-bab sailang ni kat Malaysia memang selalu snagat berlaku. Contoh bila KBS buat skuad Harimau Muda dengan kerjasama MSSM dulu, bila dah berjaya, alih-alih FAM ambik claim kata itu hasil usaha FAM.

    Melampau betul.

    ReplyDelete
  11. CN slalu gua term sailang masa driving untuk orang yang suka hati sailang keta kita tanpa signal ! sakit hati ooo..hehe

    ReplyDelete
  12. gerun la org main sailang2 ni. meruntuhkan sesebuah perhubungan. memberi kesan sampingan pd pihak terbabit esp org menjd mangsa dlm kes sebegini

    ReplyDelete
  13. owh baru aq tau maksud dia bro.. aq sellau dgr je dlm kl ganster,,maksud x berapa tahu..ni kes rampas merampas..sehingga terampas..hampas ha..ha.. :P

    ReplyDelete
  14. oooh... tak penah terjebak dlm dunia lagha bercintan cintun nih, perkataan sailang pun ni first time dengar ;p

    ReplyDelete
  15. tapi, kalau kes laki orang, tapi last2 laki tu kahwin dua instead of bercerai kahwin lain, tu pun kira sailang ke..?hehehe..

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum azlan, wahh baru tahu maksudnya. ahhaa singgah menabung lenovo sini~~~

    ReplyDelete
  17. Oh...tu maksud sailang!

    Eh..apa cite kes malindo air tu? Update la..

    ReplyDelete
  18. singgah dipagi jumaat,isi tabung dan klik like kt FB...:)
    tak payah lah sailang menyailang...bunga bkn sekuntum..kumbang bkn sekor hehe

    ReplyDelete
  19. Siap ada belajar bahasa dekat sini eh. Hehe..

    ReplyDelete
  20. thanks share..sebenarnya sy tgh alami sailang ne..dah ada bf, tapi ada kwn suka kita kite plak dan tahu kita dah ada bf...mcm na ek?

    ReplyDelete
  21. blogwalking sambil menabung~ ;3

    ReplyDelete
  22. Ohh gituuu. Tertanya tanya jugak apa definisi sailang yang sebenar. Thanks Azlan for the info ;) Hehe

    ReplyDelete
  23. kalo x kahwin lg, masih boleh sailang menyailang kerana itu hak masing2. hehehe...

    ReplyDelete
  24. sailang dgn suami org bukannya baik namanya tu.. hahaha.
    pernah juga jd kt diri tp skrg si sailang tu dh cari lelaki lain. kesian pula kt ex.

    ReplyDelete
  25. selagi masing2 belum kawen/tunang .. sailang je... :P

    ReplyDelete
  26. Whatever it is...it takes 2 to tango..
    Tepuk dada tanya hati....but for those yg single aje ya....

    ReplyDelete
  27. Apa nak buat...kadang2 laki org tu yg buat hati tertarik..tunang org tu yg bg respons..kan? Yg penting now akak single..xde sapa2 nak sailang...huhu

    ReplyDelete
  28. perampas itu memang ada.. baik yg tak kenal mahu pun yg dikenali malah mungkin yang plaing rapat dengan kita ..

    ReplyDelete
  29. Walau tak pernah mengalaminya tapi memang tak patut

    ReplyDelete