Tuesday, April 29, 2014

#1402 - Terima Kasih Mizz Nina

Hye Readers,

Hari ini patutnya aku nak update pasal entry Malindo Air tapi aku terpaksa tundakan dulu untuk memberi laluan kepada satu entry yang penting dan hampir membuatkan aku terlupa. Ia merupakan entry penghargaan aku kepada Mizz Nina atas pemberian cenderahati dia hari itu.


Hadiah ini merupakan penghargaan sebab aku menjadi top 3 commentator dekat blog beliau dan akibat kesibukkan melanda hari itu aku pun terlambat amik parcel ini kat pejabat Pos Laju. Mulai sekarang kereta ini sudah mula mengisi ruang di suatu sudut bilik aku.



Cerita sikit pasal Mizz Nina ini, dia merupakan seorang gadis yang diberi nama Nina Ahmad. Part Mizz tu aku saje tambah supaya nampak macam retis skit. Tinggal di Pulau Pinang, Nina nie merupakan salah seorang engineer dekat syarikat production Mattel iaitu company yang bertanggung jawab menghasilkan Hot Wheels ini.

Sebenarnya aku dah lama juga follow blog Nina nie, sebab tu aku tahu dia kerja dan tinggal dekat mana, cuma kitaorang ade lost contact sekejap bila dia tukar nama blog baru dan aku pulak tak perasan. Apa yang aku ingat Nina nie mula berblog sejak tahun 2010 iaitu tempoh yang lebih kurang sama time aku blogging.

Cerita balik pasal kereta yang dihadiahkan, Adakah ini merupakan permulaan bagi aku untuk mengikut jejak langkah brader yang sorang ini (klik sini) Secara jujurnya benda ini pernah bermain di fikiran aku sebelum ini cuma takde something yang push untuk untuk start.



Apa-apa pun thanks Nina atas penghargaan ini. saya amat menghargainya dan kepada mereka yang nak berkenalan dengan Mizz Nina ini korang boleh pergi jenguk-jenguk entry dia. Seriusly entry dia bukan jenis stereotype dan korang tak akan bosan membacanya.

Regards,
-Strider-

29 comments :

  1. Smart kereta, boleh simpan kereta tu jadi perhiasan.

    ReplyDelete
  2. pergh.. dapat hadiah kereta hot wheels.. tahniah.. aku pun selalu jugak jejak kat blog nina tu.. mgkin x cukup banyak komen mcm ko kot.. hehehe..
    menabung darlie sini.. :)

    ReplyDelete
  3. wahh bestnya dapat keta hot wheels!
    boleh tambah lagi tu untuk buat koleksi.. hehe..

    ReplyDelete
  4. tahniah..:)
    teringat dulu2 husna suka jgak kumpul keta kecik molek gitu..
    dan skarang tak taw keta2 letak mana..:p

    ReplyDelete
  5. hey that is so kewll~ hehe...

    p/s: sebelum mengantuk, blogwalking sambil menabung~ ;3

    ReplyDelete
  6. Teman memang ada koleksi kereta dan robot Gundam kat rumah... Bila anak2 sedara teman datang risau jugak sebab mereka nie dok berkerumun menengok benda nie... Silap hari bulan habih depa buat main....

    Teman dah bubuh kat tabung DIGI ko tuh :d

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum.. amboii bestnye komen byk2 dpt 3 bijik keta ye..hihi

    ReplyDelete
  8. wah ! encik suami suka kumpul benda2 ni, CN dulu ada dapat free model keta mercides masa german day dekat u, bagi dekat dia kemain suka ! hehe

    ReplyDelete
  9. Wahh tahniah!! Menarik koleksi tu... :)

    ReplyDelete
  10. niena , saya suka kacau dia kat fb . dia byk koleksi keta mattel ni . tahniah dapat ya . jumpa digi n darlie kat sini .

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum azlan, alhamdullilah taniah ye. bestnya menang kereta mini. nak juga! hehehe singgah menabung libresse sini~~~

    ReplyDelete
  12. Comel kereta-kereta tu kan..nina the best...

    Palm Reader & cartoon Yourself for you..(Ini je yang ada..)

    ReplyDelete
  13. wahh...Mizz NIna yg bg hadiah...(perasan artis jap)...

    ReplyDelete
  14. salam. waa.bestnya dapat cenderahati :)

    ReplyDelete
  15. ohhh ingatkan mizz nina penyanyi tu... tertipu den..hahaha

    ReplyDelete
  16. tahniahhhh :) bestnya dapat jadi top commentator. licha skrg ni terhad skit masa nk bw

    ReplyDelete
  17. ok , jap lg pcl pi melawat blog dia..

    ReplyDelete
  18. Lan...nak satu tp yang kaler putih tuh..boleh x? boleh laaaaa...

    ReplyDelete
  19. Tahniah En Lan... dan nantikan pengumuman istimewa di blog ida pula yer ;)

    ReplyDelete
  20. nice to know u azlan.. ngeeehhh n thanks for the mug with spacial printed weeeeeee!!! hehehe sory comment takde kene mengene ngan entry hehehe :)

    ReplyDelete
  21. Comelnya kete tu... Nk juga.. Hehe

    ReplyDelete
  22. eh eh.. mizz nina bg kreta. hehee. lan pembetulan tu, bkn engineer. assistant eng/supervisor la.

    ReplyDelete
  23. Assalammualaikum...

    menarik hadiah daripada blogger mizz nina..

    mselim3

    ReplyDelete
  24. ingtkan mizz nina betul2 tadi..hahaha..untungggg la..bak 1!sharing is caring! :P

    ReplyDelete
  25. terkejut ...aq ro..ingatkan mizz nina hujan.. ha..ha..
    tahniah rezeki.. nampak yg lain mngena blog ni.. dominan baru ke?? nice.. :P

    ReplyDelete