Juara Dunia, Spain (Sepanyol) mencatat satu keputusan mengejut apabila tewas buat kali kedua berturut-turut kali ini di tangan Chile 0-2 awal pagi semalam. Keputusan itu juga bermakna mereka gagal untuk melangkah ke pusingan kedua.
Sepanyol pula menjadi juara bertahan ketiga gagal layak ke pusingan seterusnya selepas Perancis pada 2002 dan Itali (2010). Aku sendiri tidak meletak harapan yang tinggi bagi pasukan Spain pada Piala Dunia ini tapi tak menyangka mereka akan keluar lebih awal.
Selaku peminat Spain aku memang kecewa dengan apa yang berlaku tapi terpaksa menerima hakikat bahawa Spain gagal mempertahankan kejuaraan mereka. Kekalahan itu juga bermakna, berakhir sudah legasi hebat La Roja yang mendominasi pentas bola sepak dunia bermula dengan menjuarai Kejohanan Eropah 2008, Piala Dunia 2010, sebelum mempertahankan gelaran Eropah pada 2012.
Kegagalan ini juga merupakan pintu keluar bagi beberapa pemain lagenda yang mungkin tidak akan bermain bersama Spain di dalam major tournament selepas ini seperti Xabi Alonso (32) Xavi (34) Casillas (33) David Villa (32).
Memandangkan Spain dah beli ticket balik semalam,, jadi aku belanja korang beberapa keping gambar selepas kekalahan mereka kepada Chile.
Selamat jalan sepanyol dan semoga mereka boleh tampil dengan skuad pelapis yang lebih mantap untuk kejohanan EURO 2016 nanti.
Regards,
-Strider-
Xde rezeki spain musim ni...cuba lagi musim depan la nampaknya..
ReplyDeletepatut la kemain lagi kau memaki malam tadi. hahaha, adios! hehehee...
ReplyDeletememang badi pun sape jadi juara ni. sebijik betul macam france (juara euro jugak)... patut la england malas nak jadi juara, main takat kalah mati je. heheheh, saje bikin panas.
Letih tunggu mlm td...tido pun x nyenyak...panas je hati..tp diorg dh buat yg terbaik kan....pas ni mls nk sokong dh...huhu...leh tido nyenyak...
ReplyDeletesalam. oohh kalah eh? mungkin bukan rezeki mereka..:)
ReplyDeleteTak hairan Sepanyol kalah, semuanya player tua..
ReplyDeleteTerima takdir
ReplyDeleteNasib baik tak sokong Spain...(psstt...mcm lah nko tu minat bola kan JM)
ReplyDeletebye2 spain.. jmpa lagi 4 tahun akan datang. hihi
ReplyDeleteTaktikal Sepanyol sudah boleh dibaca. Tiki taka memang hebat, tapi tak bermakna ia mustahil untuk diatasi. Mungkin, ketiadaan Charles Puyol membuatkan pertahanan Sepanyol rapuh.
ReplyDeletezaman kegemilangan sudah berlalu.
ReplyDeleteHehehe... apa nak buatkan... kalau dah kalah tu.... pergilah balik duduk rumah sambil tengok bola ngan family...
ReplyDeletear..ar ha..ha..
ReplyDeletepadam muka :P
major upset nih...
ReplyDeleteWahh.. begitu cepat terkeluar buat satu pasukan yg digeruni.. apa sudah jadi...
ReplyDeleteYer....penggunaan t shirt spain adalah ditegah sehingga lepas raya nnt
ReplyDeleteGame Spain ngan Chile ni not bad sebenarnya..Cuma mungkin tak ada rezeki Spain kali ni kot..kena balik awal ya...
ReplyDeleteU Mobile & promoted content for you..
ReplyDeletekesian la si spain tu..dah kena balik...
ReplyDeleteblergh saja nak buat sakit hati. #tibe
ReplyDeletehahahaha!
before wc lagi dah dengar2 team kali ni kureng sikit. hmmm
Tak sgka pula kali niblh kalah awal..
ReplyDeletesedihkan buat fans spain.. kita tgk pula euro 2016 cemana game diorang. hehee.. mesti shakira sedih tgk bf si gerard tu
ReplyDeleteHoho .. nasib baik tak sokong spain .. hehehe ... go orangeje .. lalala
ReplyDelete