mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.
Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa
amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak
benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk
giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal
dunia lama dah. Sedih sangat sangat.
Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah
celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.
Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.
Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik
kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa
aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi
kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain
lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!
Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar
bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku
balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???
Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa
aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!
Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan
masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"
Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar!
Panggggggggggggggggggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok
aku di celah set sofa.
"Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa
malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq?
Kalau adik dan abg tak nak...."
Pangggggggggggggggggggg....! Abah labuh pelempang ke muka aku sekali
lagi sebelum aku abis bercakap.
"Hang jangan nak bagi daddy malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang
nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali daddy habaq, LELAKI TAK PAYAH
PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas
agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA
sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang
tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".
Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit
kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.
SALAHKAH AKU? SALAHKAH AKUUUUUUUU! OOOOO Tidakkkkkkkkkkkkk
p/s : Lelaki tak payah lah pikir nak pakai tudung..hahahaha
Regards,
-Strider-
hehehe.. :)
ReplyDeleteRegards,
-Strider-