Seorang datuk dan cucunya sedang berjalan-jalan. Kerana hari panas mereka beristirahat di bawah pohon yang di depannya ada kolam ikan. Si cucu nie memang suka menanyakan berbagai soalan kepada datuk.
Cucu : "Tok, adakah atok akan memberi saya duit RM100, bila saya berhasil menegakkan seekor cacing tegak lurus di atas tanah?"
Datuk: "Ok, kalau berjaya, besok atok kasi kamu RM100."dengan confidentnya sambil berfikir mana boleh cacing menegak dan lurus di atas tanah..
Si cucu lantas mencari cacing di pinggir kolam. Terjumpa seekor. Dibawanya cacing tersebut ke depan datuknya. Lalu si cucu mengambil hair-spray dari poket baju. Si cacing yang malang disprey beberapa kali, lantas mati keras. Dengan mudah si cucu menegakkan cacing tegak lurus di atas tanah. Si atok kagum, cucunya memang bijak. Sampai di rumah berceritalah si cucu tentang janji datuk pada neneknya. Si nenek mendengar penuh kagum.
Kerana leka bercerita si cucu pun tertidur. Pagi esoknya si nenek mencari cucunya yang sedang membaca blog sriderbuzz sambil membawa duit RM200.
Nenek: Nah cu, RM100 dari atok, dan RM100 lagi dari nenek untuk idea pasal cacing yang bagus tu.
Si cucu pun melopong sambik memikirkan apekah kaitan teori cacing itu ..
Moral: jangan pandang rendah keupayaan org yang lebih muda dari kita..
Regards,
-Strider-
Kenapa Allah Mencipta Makhluk Jahat?
1 day ago
kdg2 fikiran org muda lagi genius dr org tua..
ReplyDelete