Hye Readers,
Korang rasa korang ade masalah komunikasi x??atau kenal ngan sapa2 yang mempunyai masalah ini..kalau ade ni ade info yang boleh digunakan pebagai panduan..selamat membaca!!!
Komunikasi ialah satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Adakah anda pernah melalui satu pengalaman di mana anda tidak bercakap dengan sesiapa pun dalam satu hari? Mungkin tidak, kecuali jika anda berada berseorangan di tengah-tengah hutan ataupun di tengah-tengah laut dan tidak ada seorang pun manusia yang anda temui! Jika itu berlaku, anda pasti bercakap dengan diri anda sendiri ataupun berdoa kepada Tuhan.
Memang tidak dinafikan bahawa komunikasi ada di sekeliling kita. Untuk mencapai sesuatu, kita perlu berkomunikasi dengan keluarga, dengan teman-teman, jika di sekolah kita perlu berinteraksi dengan guru, jika di tempat kerja kita perlu berkomunikasi dengan rakan sepejabat, pelanggan ataupun majikan dan sebagainya. Pendek kata, kita tidak mampu untuk menahan diri daripada berkomunikasi.
Tanpa komunikasi, kita tidak mungkin dapat menyampaikan apa-apa yang ada dalam hati kita, tidak mungkin dapat meluahkan kekecewaan yang dialami atau berkongsi kegembiraan dengan orang yang tersayang.
Jika kita tidak mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik, kita akan mengalami kesukaran untuk berinteraksi dengan orang lain dan ini akan menimbulkan berbagai-bagai akibat yang buruk.
MASALAH KETIKA BERKOMUNIKASI DAN CARA MENGATASINYA
Antara masalah tersebut ialah:
1. Minda yang tidak stabil
2. Pelupa
3. Spontan
4. Gagal untuk membaca pemikiran orang lain
5. Pengaruh emosi
6. Sukar mencari perkataan yang sesuai
7. Persepsi berbeza
8. Kurang menumpukan perhatian pada perbualan
9. Tidak memberikan penjelasan yang baik
10. Gagal bertanya soalan yang kreatif
11. Tidak mengucapkan terima kasih atau menunjukkan penghargaan
Masalah 1: Minda yang tidak stabil
Minda yang tidak stabil bermaksud anda mempunyai minda yang sentiasa bekerja. Fikiran anda tidak dapat ditumpukan kepada sesuatu topik dalam jangka masa yang lama. Fikiran anda mudah menerawang dan berfikir benda-benda lain yang tidak relevan dengan perbualan anda dengan seseorang pada satu-satu masa.
Kadang-kadang mempunyai pemikiran yang sentiasa aktif ini baik untuk anda kerana ini bermakna anda lebih kreatif dan inovatif. Anda tidak akan kekeringan idea untuk bercakap kerana topik-topik baru sentiasa muncul di fikiran anda. Tetapi jika berlarutan, ini akan memberikan kesan kepada kualiti perbualan anda dengan seseorang.
Contoh kes:
Amir menelefon abangnya, Zahid pada suatu pagi. Dia hendak mengajak abangnya keluar untuk menonton wayang bersamanya pada malam Sabtu yang akan datang.
“Abang long, malam Sabtu ni, kita pergi tengok wayang sama-sama, nak tak, atau abang long ada program lain?”
“Malam Sabtu… Hmm, rasanya abang tak ada apa-apa program, Mi. Abang kena pergi jumpa doktor hari Jumaat, hari Khamis abang kena melawat tapak perumahan, abang juga kena bayar sewa rumah… Eh, bil letrik abang dah bayar ke belum ni… Di mana abang letak bilnya…? Mungkin tertinggal kat dalam kereta... Oh, kereta pun kena servis ni… Engkau ingat tak bila kali terakhir abang servis kereta abang?”
Amir kebingungan. Lain yang ditanya, lain yang dijawab oleh abangnya. Amir bertanya sekali lagi kepada abangnya tentang program malam Sabtu nanti.
“Malam Sabtu?! Kenapa dengan malam Sabtu? Kau nak datang rumah abang ke? Datanglah…”
Amir berasa malas untuk mengulangi soalannya, jadi dia pun terus mengakhiri perbualan mereka.
“Tak apalah bang long, lain kali aje lah.”
Amir terus mematikan telefonnya. Zahid terpinga-pinga kehairanan dan tertanya-tanya sebab tiba-tiba adiknya naik marah.
Kes seperti ini banyak berlaku dalam kehidupan kita seharian tanpa kita menyedarinya. Walaupun bagi diri kita situasi ini satu benda yang biasa, tetapi bagi pihak pendengar, ini sangat menyakitkan hati dan membosankan. Kebanyakan orang tidak suka untuk mengulangi soalan, tambahan lagi soalan yang ditanya sungguh mudah dan tidak perlu berfikir panjang untuk menjawab.
Walau bagaimanapun, kes ini selalunya berlaku semasa perbualan melalui telefon kerana tidak ada ‘eye contact’ dan ini menyebabkan fikiran anda mudah menerawang.
Cara Mengatasi Masalah 1
Sekiranya anda salah seorang yang mengalami masalah seperti ini, ada beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk mengatasinya, seperti:
i. Sentiasa letakkan pen dan kertas di sisi telefon anda ataupun di dalam poket anda. Sekiranya anda mendapat panggilan telefon, tulis topik yang sedang dibicarakan
dan cuba untuk tidak lari daripada topik tersebut. Sekiranya anda menulis, fikiran anda akan tertumpu kepada perkara yang anda tulis dan ini dapat membantu anda
berada di landasan yang betul.
ii. Anda boleh berterus terang dengan keluarga dan kawan-kawan tentang masalah yang sedang anda hadapi. Berterus terang tentang masalah anda yang tidak dapat menumpukan fikiran pada sesuatu perkara dalam masa yang lama. Jadi, sekiranya anda meminta mereka mengulangi soalan, mereka akan lebih faham dan sabar dengan anda.
Sumber: e-mail
Regards,
-Strider-