Tuesday, October 4, 2011

Negara Kita Tak Patut Merdeka??

Hye Readers, 

Semalam aku ade dapat email yang dipanjangkan oleh kawan-kawan aku..tapi nak ulas pasal isu tu semalam tak sempat sebab entry ini agak panjang so aku buat ulasan dia hari nie jer laa..Actually aku tak suka buat entry pasl politik sebab ia isu sensitive dan lain orang lain pendapatnya tapi tetiba rasa nak ulas plak..the story start dari petikan dari Malaysia Digest nie :- 

Majlis Professor Negara (MPN) telah mengeluarkan kenyataan yang negara kita tidak pernah dijajah oleh mana-mana penjajah dan negara hanya menjadi ‘protectorate state’ kepada British. Kita baru sahaja merayakan ulang tahun kemerdekaan yang ke-54 pada tanggal 31 Ogos yang lalu, tiba-tiba ada pihak menyatakan secara formal yang Malaya dan Malaysia tidak pernah dijajah. 

Professor Zainal Keling menyatakan kita hanya sebuah ‘protectorate state’ bukan tanah jajahan British. Kalau apa yang dinyatakan oleh MPN itu benar maka kerajaan khususnya UMNO mesti secara jelas dan formal membuat kenyataan resmi yang negara kita adalah seperti negara Thailand yang tidak pernah di jajah. 

Kerajaan kita mesti membuat kenyataan resmi serta memberikan kefahaman kepada rakyat penaklukan Jepun ke atas negara kita dahulu itu apa dia jika itu bukan penjajahan. Ini merupakan kenyataan yang amat serius dan ianya perlu mendapat respon yang cepat dan jelas terutamanya dari Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Tun Razak. 

Jika benar negara kita tidak pernah dijajah kerajaan wajar membatalkan cuti umum yang di wartakan kerajaan bagi mengingati ulang tahun kemerdekaan kita. Tugu negara juga wajar diruntuhkan kerana kita tidak pernah berjuang untuk mencapai kemerdekaan…untuk berita sepenuhnya korang leh (klik sini)
 

Aku xde laa pandai sampai tahap professor tapi ape yang aku paham Apa yg professor tu beritahu adalah masa British Empire masuk Malaya - mereka bukan menjajah Malaya. Mereka masuk sebagai pedagang (melalui East India Company) - kemudian menapak di Penang bila Sultan Kedah leased Penang Island and Seberang Prai kpd mereka. Kemudian merek dapatkan Spore lepas tu Melaka. Lepas tu mereka diminta memberi khidmat nasihat kpd raja2 Malaysia. So, kemasukan mereka bukanlah sebagai penjajah/(colony) tapi sebagai pelindung (protectorate - melindung Melaya dari mana2 3rd nation yg mungkin datang serang Malaya - in returns mereka mendapat beberapa kemewahan termasuk timah dan getah). 

Bagi saya, mereka adalah penjajah aman. Tujuan asal adalah baik tapi kehadiran mereka menghilangkan ketuanan raja2 Melayu...raja jadi boneka sahaja. Dan kalu mereka adalah pelindung kenapa bila Malaya kali pertama diserang semasa British ada disini mereka gagal melindungi Malaya dan cabut lari (kemudian datang balik bila diminta oleh PKM/Anti-Japanese Movements). 

So tak kisah ler apa pun professors tu atau apa pun definasi - kita rasa macam dijajah daripada rasa dilindungi dan ape pula perasaan ahli keluar pasukan keselamatan yang terkorban sebab menentang komunis atau Jepun??nak kata dorang tu mati katak dan bukan mati sebab menperjuangkan Negara?? 

Come on laa..there a lot of other issue kalau nak cerita bab politik nie..but at least be sensitive to others laa..but ini just my opinion..orang lain maybe ade ade pendapat mereka sendiri.. 

Regards, 
-Strider- 

4 comments :

  1. sudah tentulah mereka digelar penjajah..sebab mereka amik hasil bumi kita, kuasai pemerintahan Malaya.
    Raja Melayu cuma berkuasa ke atas adat & agama islam je. Semua tu pulak secara paksa.

    ReplyDelete
  2. hmm akak pun dok baca satu2. baru tahu pasal ni.kalau awak tak tulis,tak tahu pun kisah ni huhu...

    akak tak tahu la nak komen apa..tp nak baca komen kawan2 lain huhu

    ReplyDelete
  3. Kalau x pernah dijajah,askar Jepun aritu dtg merompak jelah gaknye yer..
    Portugis plak dtg sebab tingin nk makan blacan melaka yg pemes tu...

    ReplyDelete
  4. penjajah tetap penjajah..

    kalau stkat dtg nak mlwat kat negara,apasal leh berlakunya perjuangan kita..sia2 je la pengorbnan nenek moyang kita yang mati terbunuh mcm tu je..

    ReplyDelete