Wednesday, October 19, 2011

Salah Siapa?

Hye Readers,

Sejak kebelakangan ini kita sering di dikejutkan dengan kes pembuangan bayi yang berleluasa..ade yang campak sana sini, ade yang sanggup membunuh dengan mencampak bayi dari tingkat 2 dan terbaru adalah bayi yang dikelar oleh ibu sendiri..persoalanya siapa yang harus dipersalahkan??

Kita ambil kes terbaru yang masih segar dalam ingatan kita sebagai rujukan iaitu kes bayi yang dikelar oleh ibunya sendiri yang dikatakan baru berusia 16thn..siapa yang bersalah??Gadis itu??teman lelakinya??ibu bapa gadis??Guru sekolah??kerajaan??kawan-kawan??atau kesalahan itu datang dari kita iaitu masyarakat sendiri

Bagi aku kalau nak menunding jari nie memang amat laa senang..aku boleh huraikan kesalahan bagi tiap pihak yang aku nyatakan tadi tapi bukan itu matlamat aku sebenarnya..benda da jadi..nasik da jadi bubur,kereta da masuk longkang..jadi ape yang kita boleh buat??tiada apa yang kita buat dapat menghalang kejadian tu berlaku..

Apakah yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan kes-kes sebegini dari terus  berlaku?Aku tak rasa dengan memaki hamun, share status tak puas hati kita kat FB akan mengurangkan kes-kes macam nie sebab mistake always happen..Tak ade seseorang antara kita yang sempurna tanpa melakukan kesilapan.
Kalau kita kaji punca utama kes pembuangan bayi nie adalah kerana remaja nie sesat dan selalu berseorangan(selain dari kurang akhlak)..dah laa dapat boyfriend tak bertanggungjawab pastu tambah plak takde sokongan moral dari sesiapa..Sebenarnya kita memainkan peranan besar kepada remaja nie.aku bagi contoh 4 golongan masyarakat dan peranan yang kita boleh mainkan dalam kes ini..

Ibu Bapa
Ibu bapa antara peranan penting bagi mereka ini sebab mereka adalah yang sepatutnya paling rapat..sebagai ibu bapa kita kena didik anak kita untuk menceritakan masalah mereka kepada kita..jangan buat mereka rasa takut untuk menceritakan masalah mereka walaupun sekecil mana pun kesalahan itu.Jangan plak lepas dorang cerita kita maki hamun kata kau da conteng arang kat muka laa..keluar ko dari sini..kau bukan anak aku..aku xde keturunan anak haram atau apa apa yang sewaktu denganya..Cara untuk takle masalah tu bergantung kepada cara masing-masing

Kawan-kawan
Remaja nie time bercinta jarang nak share ngan parent dorang..so sebagai kawan-kawan kita kena ambil berat..lebih-lebih lagi lepas clash..tengok kawan kita tu ade perubahan tak dalam sikap mereka sebab kalau da mengandung lelaki confirm akan mintak clash melainkan lelaki tu bertanggungjawab. Sesetengah orang kita nak kena approach dulu sebab kalau nak bagitau sendiri kadang2 mereka malu.Kalau ade sesuatu yang tak kena laporkan kepada yang berkenaan..Dan bile da cerita jangan plak kita kecoh kat semua orang..kesian kat dia..

Kerajaan.
Yang bab ini aku tak berapa sure tapi setahu aku kita takde akta lagi yang boleh menyabitkan kesalahan terhadap bapa bayi tersebut.Bagi pendapat aku pihak kerajaan sepatutnya menyabitkan kesalahan terhadap bapa bayi tu skali..Baru dorang pikir 2-3 kali sebelum nak tinggalkan pompuan yang dorang da buntingkan.Kalau nak bermesra sesama ape salah selesaikan masalah pun bersama kan??baru laa remaja nie tak ditinggalkan berseorangan.

Masyarakat.
Tanpa kita sedar sebenarnya kita sebagai masyarakat laa benteng terakhir bagi remaja ini..jangan laa kita sesekali mencaci maki, pandang hina, atau mengasingkan remaja yang mengandungkan anak haram nie..kesalahan itu dorang da buat..jangan laa kita beri tekanan kepada remaja ini untuk melakukan kesilapan yang lebih dasyat.Kita tak perlu pandang mulia tapi jangan kita pandang hina.Berilah ape jua jenis sokongan sehingga bayi tu selamat dilahirkan.

Itu antara benda yang kita boleh lakukan bagi mengurangkan kes pembuangan bayi..Itu antara pendapat peribadi aku..mungkin ade orang yang setuju atau tak setuju tapi itu terpulang pada mereka..Mungkin senang bagi kita mencaci maki tapi sebenarnya itu tak membantu langsung…

Tapi kalau berbalik kepada pokok pangkal adalah akhlak yang mulia serta ilmu didikan agama yang sempurna.Kalau cukup itu semua insyallah semakin berkurangan laa kes-kes macam ini..Tapi kalau cukup didikan agama takde laa jadi sex haram at the first place kan??hehehe..

Okay itu jer yang aku nak tulis setakat nie..Ingatlah benda nie boleh jadi kat sesiapa sahaja termasuk kawan,keluarga, sedara mara dan tak lupa anak kita sendiri..Jadi kurangkan menyalahkan orang dan mulakan cara untuk mengurangkan kesalahan.till my next entry..

Regards,
-Strider-

5 comments :

  1. semua perlu tahu, tanggung jawab sebagai manusia kepada pencipta.

    ReplyDelete
  2. macam2 pesen orang zaman skarang.yg pasal budak cina kene gilis kau tengok?dah berkurun d terlantar kat tengah jln,xde sape yg nk tolong.org boleh lalu buat mcm xde ape.pffftt!

    ReplyDelete
  3. budak 2 nk kahwin dgn laki 2, tp dua2 family x bg.kalau kes bdak 2, mmg salah family. terlajak dah terlajak pun.

    ReplyDelete
  4. nak buat mcm mna bro,sifat baik kita dah hilang sama sekali...so memang tak hairan diakhir zaman ni..

    smoga kita dijauhi dri benda2 yang hina sprti ni...

    ReplyDelete
  5. semua memainkan peranan yg penting! :D

    ReplyDelete