Friday, October 28, 2011

Kes Bunuh Diri Lagi...

Hye  Readers,

Kes bunuh diri kembali lagi..kali ini melibatkan remaja yang berusia 14tahun yang dikatakan membunuh diri kerana kecewa akibat ditinggalkan kekasih..


Seperti post-post yang lepas serta komen dari blogger-blogger lain tak dinafikan benda-benda macam nie memerlukan didikan agama yang patut bermula dari rumah..Aku sendiri rasa teknologi yang bangun pesat juga antara punca benda-benda macam nie berlaku kan??

Dulu nak bercinta medium tak banyak..kalau nak jumpa pun kat sekolah jer..tnak telefon rumah takut ibu bapa kekasih marah..sekarang, Facebook, Twitter, BBM dan macam-macam lagi medium yang tersedia untuk remaja muda ini bercinta...

Zaman aku 14 tahun kalau bercinta orang panggil cinta monyet sebab itu cinta sementara..Remaja sekarang plak bercinta aku da tak tahu tahap ape..Apa-apa pun takziah aku ucapkan kepada keluarga mangsa dan harap mereka tabah menghadapi dugaan..

Sebenarnya kes macam ni kita kena lebih peka..Kes bunuh diri nie bukan berlaku kat remaja sahaja tetapi dekat orang besar pun ada..sedangkan yang dewasa pun tak mampu membendung perasaan kecewa ini kan pula remaja...

Kalau tengok berita kecik kat sebelah pulak pasal remaja 15 tahun kena rogol dengan kekasih...apa nak jadi laa dengan budak-budak zaman sekarang nie..till my next entry...

Sponsored Stories
Kindergarten Percuma untuk anak anda melalui program kerajaan

Enjoy 1000 Great Lunch Deals & More Nationwide.

Regards,
-Strider-
Comments
0 Comments

No comments :

Post a Comment