Wednesday, October 26, 2011

Ape Bakal Terjadi Pada Anak Kita??

Hye Readers,

Ape bakal terjadi pada anak kita??Itu satu persoalan yang kita tak akan dapat jawab melainkan kita ade bakat untuk meramal masa hadapan..Oleh kerana kita tak ada mesin tu kita hanya boleh merancang dan mengharapkan yang terbaik untuk anak kita..

Kenapa aku buka topic sebegini??kawin pun belum ada hati nak cerita pasal anak..hehe..Sebenarnya topic ni aku terpikir apabila berbincang dengan member-member tentang jenayah yang berlaku terhadap kanak-kanak baru-baru nie..So aku share laa sedikit pendapat mereka kat blog aku nie..

Semalam kita dikejutkan dengan tajuk akhbar 4 Jahanam oleh Harian Metro(klik sini)..Ia mengenai seorang kanak-kanak berusia 7 tahun yang telah dirogol oleh kawan-kawan sekolah mereka yang rata-rata baru berusia 10-13 tahun..Macam tak percaya pun ade..

Ape yang dah jadi ngan budak-budak selepas zaman milenium nie..Aku sendiri tak ingat ape yang aku lakukan ketika aku berusia 10 tahun..Seingat aku kenakalan aku terhad kepada curi-curi keluar rumah, main game kat pusat hiburan(bukan disko), atau pun mandi sungai dan mungkin curi buah makcik sebelah rumah aku..tak terpikir aku tentang sex ketika umur 10 tahun.

Adakah pada zaman sekarang kanak-kanak yang se-awal usia 10 tahun dianggap tak cool jika tiada pengetahuan tentang sex hingga membuatkan mereka tergamak untuk merogol kawan sendiri hanya kerana inginkan pengalaman melakukan hubungan sex??

Antara penyebab atau punca kegiatan nie berlaku kerana meterial tentang sex lebih mudah untuk didapati??gambar-gambar gadis yang berahi mudah untuk kita dapatkan..tak perlu layari web lucah..pergi je mana-mana kedai buku atau buka sahaja laman web hiburan, confirm ade gambar yang mampu membuat kanak-kanak ini teruja.

Bukan nak mencari salah tetapi ade segelintir gadis-gadis kecil ini yang cari penyakit sendiri terutama dengan cara pemakaian, pertuturan dan lain-lain..Tak percaya?? korang pergi je ka Times Square KL, atau KLCC dan lihat lah gadis-gadis nie melepak, perhatikan cara mereka berpakaian..da macam orang dewasa sampai kadang-kadang aku nak mengorat pun takut nanti salah orang..hahaha.. :P

Tapi kita patut bersyukur kerana kes-kes macam nie masih lagi terkawal dan tak banyak lagi..(setahu aku)..dan aku berharap ia dapat dibendung demi masa depan anak-anak kita..Bagi yang ade anak-anak terutama perempuan ambil laa masa untuk bercerita tentang batas-batas pergaulan dengan lelaki..ape yang boleh dan ape yang tak boleh..usik mengusik tu pastikan berbatas..jangan sampai terlebih usik.. :)

So tu je laa dulu setakat ini...aku harap kejadian-kejadian sebegini tak menimpa ahli kerluarga kita atau anak-anak kita nanti insyalllah..so till my next entry..

Regards,
-Strider-

4 comments :

  1. terlebih pendedahan, tanpa kawalan

    ReplyDelete
  2. semua orang kena pikul tanggungjawab masing-masing terutama yang melakukan kesalahan itu..

    ReplyDelete
  3. bro,serius menakutkan skg ni..ada 1001 kemgknan yang bakal berlaku tanpa kita duga...

    harap berhati2 lepas ni,perhatiikan keluarga dgn lebih terperinci..jgn mudah percaya orang yang tak dikenali^^

    ReplyDelete
  4. agama..agama & agama.
    kembali beragama, insyaalah selamat semua.

    faktor luaran-media mmg susah nak kawal.
    cuma jati diri yg jadi benteng pertahanan.

    ReplyDelete