Wednesday, March 6, 2013

#1092 - MNLF Hantar Bantuan Untuk Sultan Sulu

Hye Readers,

Gambai Hiasan
Moro National Liberation Front (MNLF) berkata sejumlah pejuang mereka akan membantu Sultan Sulu yang sedang berjuang menentang pasukan keselamatan kita..Kenyataan ini aku petik dari Interaksyon iaitu sebuah akbar luar negara.

Kenyataan itu disah oleh Muhajab Hashim, iaitu pengerusi untuk MNLF's Islamic Command Council kepada AFP..Beliau menambah sejumlah askar veteran MNLF telah pun mamasuki negara kita secara berperingkat tanpa diketahui oleh pasukan keselamatan kita kerana map kawasan sekitar ade dalam kepala mereka.

Aku tak tahu laa askar veteran mereka tu ade macam Bruce Wills dalam Die Hard 5 atau pun veteran yang tua bertongkat tapi its not a good news for us apatah lagi semalam media kita baru jer melaporkan yang askar kita telah berjaya menewaskan penceroboh.

Apa yang menarik lagi tentang artikel itu ialah mereka tak dapat memastikan berapa banyak yang telah berjaya menyeludup masuk tapi mendakwa beribu lagi anggota mereka menyatakan minat untuk menyertai Sultan Sulu dalam petempuran mereka.

Semalam pemimpin tertinggi mereka Nur Misuari memberi amaran dalam sidang media supaya Kerajaan  Malaysia tidak membunuh Sultan Sulu serta pengikutnya,..Jika itu berlaku, mereka akan mengistiharkan perang ke atas kerajaan Malaysia kerana mereka berpendapat yang ia menjadi tanggungjawab mereka untuk melindungi rakyat mereka.

Regards,
-Strider-

14 comments :

  1. Nak ceroboh masuk tanah orang, ada hati nak bagi amaran pulak.. macam cilake je MNLF ni

    ReplyDelete
  2. Banyak sangat cerita pasal ni..
    naik takut mendengarnya..

    ReplyDelete
  3. ??/ambik la sabah tu...
    boleh tak komen macsm ni???

    ReplyDelete
  4. ish kena kuatkan lg pertahanan ni.. si sengal yg bg amaran tu pun baik tembak je sekali. dah buat hal kat negara org sape suruh.

    ReplyDelete
  5. LMA DH XDTG SNI.TKEJUT TGOK HEADER.
    jual ke?

    ReplyDelete
  6. Makin kusut lg serabut. MNLF tu dah le mmg biasa perang2 ni.
    Lg satu, agak tak sedap bila kita sesama muslim nak perang.

    Semoga kita semua terlindung dari bahaya.

    ReplyDelete
  7. Nur Misuari memberi amaran dalam sidang media supaya Kerajaan Malaysia tidak membunuh Sultan Sulu serta pengikutnya,..Jika itu berlaku, mereka akan mengistiharkan perang ke atas kerajaan Malaysia...otak dia....abis 2 org malaysia mati...xkira...dia leh bunuh kita xleh bunuh?....bangang ke ape

    ReplyDelete
  8. Satu lagi ucapan yang buat orang marah..!!
    Hairan aku...mata dia orang buta ker...tak tahu siapa yang salah ..siap yang betul...
    Ini siap ugut2..ramai sangat ker askar dia tu..

    ReplyDelete
  9. Bodoh betul la mamat tu... Habis tu, depa ingat kita nie apa... Menceroboh negara kita, lepas tu buat huru hara... Jadi tangungjawab kerajaan kita lah utk mempertahankan kedaulatan negara kita...

    ReplyDelete
  10. hahaha,,setahu aku tentera mnlf jalan kaki je,paling canggih pun naik pam boat,,so?sebijik je f18 malaysia hantar,kompom ranap pengkalan mereka tu,,bot yg mereka naiki untuk kesini jangan cerita la,,buat malu je,

    ReplyDelete
  11. Walaupun diorang kenal tempat tu, tp diorang x ble tahan lama tanpa resource n ni bukan tanah diorang.

    "Tidak membunuh sultan dan pengikutnya kalau tak isytihar perang". Bangang betul kalau tak nak kena bunuh tak payah lah ceroboh

    ReplyDelete
  12. semoga sabah cepat aman..huhu

    ReplyDelete
  13. hantaq hantaq mai.....lagi senang sikit kita pun nak p buat kenduri "daging masak lomak SULU"...

    ReplyDelete
  14. takut betul lepas dengar semua berita pasal LD ni.kenapalah jadi mcm ni...
    kawan I ckp ni tandanya dunia tak lama lagi nak kiamat....

    ReplyDelete