Wednesday, March 13, 2013

#1100 - Secrets Magic at Downtown Kg Baru

Hye Readers,

Menanti Persembahan
Sebenarnya tajuk tu adalah hasil dari 2 persembahan dekat Downtown Kg Baru minggu lepas..Untuk satu malam 2 persembahan hebat telah disediakan untuk penunjung Downtown Kg Baru...Ia bermula dari persembahan dari Secrets Crew dan disusuli dengan persembahan hebat dari "Ejik The Magic"

Persembahan dimulakan dengan tarian adik-adik dari Secrets Crew...Mereka merupakan finalist bagi program Asto Superstar yang disiarkan oleh Astro 611..

Entrance with Dry Smoke

Tarian Traditional Melayu
Mereka sebenarnya sangat telented dn boleh menari tradisional dan juga moden.tak silap aku mereka merupakan junior kepada Bounce Stepperz yang merupakan favorite crew aku time rancangan showdown dulu..

Mereka mempersembahkan 5 set tarian pada malam itu.

Hip Hop, K-Pop?? Bring it on

Sebenarnya Secrets Crew juga ade membuat kejutan malam itu dengan memangil kumpulan Gemersik Tari yang juga merupakan Juara untuk Superstar bagi memeriahkan suasana..



Persembahan malam tu diteruskan dengan pertunjukkan silap mata oleh "Ejik The Magic"..Bukan setakat kanak-kanak jer tapi orang dewasa pun sama..

Entrance yang sungguh grand.

Ejik dan Pembantunya
Kepada sesiapa yang tak tahu Ejik nie dah berada dalam bidang ini lebih kurang 10 tahun dan dia juga merupakan seorang yang kelakar di atas pentas..Selain dibantu oleh pembantunya sebahagian trick yang ditunjukkan juga memerlukan bantuan penonton.

Antara penonton yang membantu Ejik dalam trick beliau

Ejik The Magic
Sebenarnya banyak lagi gambar yang aku nak upload kat sini tapi jenuh pulak korang nak scroll..tapi kalau korang nak tengok gambar-gambr yang lain korang leh (Klik Sini). Sebenarnya event ini merupakan event yang tergempar kerana ade event yang cancel last minit..

Aku ade dapat komen-komen yang memberansangkan pasal event kali ini dan insyallah aku akan usulkan kepada pihak management untuk panggil mereka sekali lagi...untuk update tentang weekly event korang leh check kat sini (Klik Sini)

Regards,
-Strider-

5 comments :

  1. mane muka ang bro, ang kan teror buat silap2 mata nih.. heheh

    ReplyDelete
  2. yer lah kelihatan sungguh meriahlah...

    ReplyDelete
  3. Minat tgk superstar.. semua berbakat. kecik2 cili padi.. hehe

    ReplyDelete
  4. Tergempar pun sukses bro..!!!
    Ini namany apengurusan yang baik dan rajin..hehehe
    Yang penting sukses...

    ReplyDelete