Saturday, March 9, 2013

#1097 - Kenapa Lelaki Tak Suka Dengar Cakap Perempuan

Hye Readers,



Lama gak aku tak tulis something pasal relationship nie..hehe..Baru-baru ni aku terlintas kat fikiran aku untuk tulis tentang kenapa seorang lelaki tak suka dengar cakap gf/isteri mereka..Sebenarnya banyak alasan kenapa mereka tak nak dengar tapi ade beberapa alasan selalu aku dengar...antaranya:- 

Perempuan Suka Bercakap
- Ini terjadi selalu bila pasangan tu terdiri dari perempuan yang suka bercerita dan lelaki yang tak suka dengar..Secara jujurnya, aku suka perempuan yang suka bercakap..takda laa sunyi sangat..hahahaha

Lelaki Selalu Anggap Mereka Dah Dengar
- Sesetengah perempuan suka cakap satu benda berulang kali..ini realiti walaupun lelaki tu dah take note apa yang dia cakap..Bila perempuan suka ulangi sikap macam nie satu hari lelaki tu akan malas nak dengar sebab dia assume yang dia dah dengar..hehehe

Jerit dan Bingit
- Mana mana lelaki pun tak suka dijerit dan sebagai perempuan kita harus jaga intonasi ketika bercakap supaya partner kita tak anggap yang kita nie bising dan merimaskan...

Topik Tak Menarik (Ouchh)
-Hehehe..Benda macam nie pun sebenarnya berlaku gak..Kalau lelaki tu jenis yang suka control macho pastu korang citer plak pasal foundation, eye liner, eye lashes etc memang kebarangkalian dia nak dengar rendah melainkan baru-baru nak start ayat..hahahaha

Ade Benda Yang Lebih Penting
- Bukan nak back up lelaki tetapi kebanyakkan lelaki tak dengar apa wanita itu nak cakap sebab mereka rasa benda tu tak penting walhal mereka ade urusan yang lebih penting untuk diselesaikan..Ini selalu berkait rapat dengan timing perempuan bercerita.

Itu antara 5 alasan yang aku selalu dengar dan nampak sama ada berlaku di sekeliling atau di alam maya..Ini bukan entry nak pointing fingers tapi mungkin ade sedikit isi yang boleh dipakai untuk diri kita dan juga nak nasihat kawan-kawan yang ada masalah macam nie...

Thats all for now..Nanti ada masa aku update entry lain..Sekarang nak update pasal berita pun boring sebab mostly banyak cerita pasal Sulu dan politik jer...hehehe

Regards,
-Strider-

10 comments :

  1. betul sangat la tu..so girls take note yea.. harap lepas ni nak bebel apa2 kena tengok situasi dlu..karang tak d'layan.. :)

    ReplyDelete
  2. kadang2 ni ada pempuan suka ckp benda yang tak sepatutnya.. contoh malas nak bg.. hehe.. sbb tu kadang2 timbulperselisihan paham..

    tu sebab la jugak laki buat tatau je bile pempuan ckp benda cenggitu, ape lg bertambah tercabar la pempuan pastu ulang benda yg sama.. hehehe

    ReplyDelete
  3. yup..akak terima alasan2 di atas. kena akui kdg2 sendiri silap cara/timing...

    *mmg dah boring dgn berita skrg, pasal Sulu takpe lagi...ni psl org politik yg sibuk berperang mulut dek isu Sulu/Sabah. Letak la ketepi dulu..

    ReplyDelete
  4. Perempuan tu suka cerita benda2 detailed..lelaki ini sikit lebihbkurang ajer..kikiki

    ReplyDelete
  5. AJ suka paksa MR.JR dengar...
    Hahhahahhah......
    Kesian dia kena dengar.....

    ReplyDelete
  6. yup perempuan di luar sana sila take note yer...hehe

    ReplyDelete
  7. rasanya macam betul... tapi kesian juga pada gf/isteri yang tak dapat komunikasi 2 hala kan?! hm...

    ReplyDelete
  8. suka cakap satu benda berulang kali..haha..macam kena je.. =P

    ReplyDelete
  9. Salam.. bru 1st singgah sini :)

    Tak suka membebel.. hehe

    ReplyDelete