First things first..aku da terangkan dulu yang entry aku nie adalah berdasarkan prinsip bahawa "kata-kata itu satu doa"..so dari awal sampai akhir itu je laa jalan ceritanya.
Pernah tak korang dengar ayat-ayat cinta yang sering diungkapkan..sama ada melalui teman-teman atau petikan dari filem atau tajuk lagu..kadang-kadang ayat nie sedap didengar tapi bile difikirkan balik ayat nie sebenarnya tak elok diucapkan kalau korang pun percaya bahawa "kata-kata itu satu doa" dan atas sebab itu laa kita disuruh untuk bercakap tentang perkara yang baik-baik.
Dah dua perenggan aku melalut nie tp ape ayat-ayat cinta tu??sekarang aku bagi 3 contoh serta justifikasi ayat-ayat cinta yang tak elok diucapkan kepada pasangan kita..tak kira lelaki ker atau perempuan.
No 1 : Aku Cinta Kamu Sampai Mati/Ke Akhir Hayat
Justifikasi : Kalau makbulkan doa korang tu untuk cinta pasangan kamu sampai mati mesti korang suka betul x?Tapi ape jadi kalau bukan takdir korang untuk bersama dan masing2 telah berkhawin dan mempunyai keluarga sendiri.korang masih boleh berkhawin dengan orang lain tapi di dalam hati korang mencintai EX korang lagi..ape jadi ngan anak2 anda dan suami/isteri korang??tak kesian ngan dorang??isk..isk..
No 2 : Sumpah Sehidup Semati
Justifikasi : Kalo ini la benda korang bersumpah time bercinta memang korang nie orang yang pentingkan diri sendiri..yess!!!jangan tak mengaku sebab ayat yang korang lafazkan da cukup untuk memberi tau..katakan doa korang untuk sehidup semati dimakbulkan selepas 3 bulan mendapat cahaya mata..apa yang terjadi pada anak itu??Korang tak kesian ngan anak sendiri..Kalau ditakdirkan ajal bersama sebelum mempuntai cahaya mata ape pula perasaan keluarga dan rakan-rakan??tidakkah ape korang lafazkan tu menunjukan yang korang nie "sellfish"????
No 3 : Tiada Ape Yang Dapat Memisahkan Kami.
Justifikasi : Ini paling senang kalau nak pangkah..Tiada ape katanya???Habis kuasa tuhan dan takdir tu nak campak mana??simpan dalam poket??betul-betul kurang Iman laa bagi pasangan yang percaya tiada apa dapat memisahkan mereka..
Tu je laa setakat nie..aku rasa ade lagi tapi time nak tulis entry nie tak terpikir plak..tapi ni memang top 3 ayat orang bercinta yang aku tak berapa nak suka..memang laa klu nak defensive bleh jer kata ayat nie digunakan sebagai metafora dan bukan kepercayaan tp berbalik kepada starting entry aku td bahawa ini adalah berdasarkan kata-kata itu satu doa..
Akhir sekali war-war kan laa pada orang yang tersayang..banyak lagi cara kita untuk menunjukan rasa cinta kita terhadap pasangan masing-masing..kepada sesiapa yang ade blog dan nak share benda nie silakan lah tp jangan lupa backlink aku ek..hehehe..till then.. chow!!!!
-Strider-
Kenapa Allah Mencipta Makhluk Jahat?
2 days ago
yee kak..itu lebih baik..sebenar xterpikir nk tulis sbb smalam terdengar ade satu couple nie cakap "kalau boleh i nk sehidup semati ngan u" macam nak muntah dengar..saya smapai tergelak kecil laa..pastu orang depan saya pasan saya rasa malu plak..hahaha
ReplyDelete