Saturday, March 5, 2011

New Gadget For 2011

Setiap tahun ada saja gajet terbaru yang akan muncul di pasaran. Teknologi sekarang memang kita tak dapat nak kejar..Lagi kita kejar lagi jauh dia tinggalkan kita.Ehh...Betul ke??. Teknologi yang dah ada pun belum lagi kita terpakai .lagi..Untuk tahun 2011 ini kita tengok gajet-gajet yang bakal keluar seiring dengan peredaran masa dan zaman.Mungkin ade yang dah tau pasal gadget yang nk kuar cuma that before this aku xde time nk buat pasal entry nie..ok..meh kita check yang pertama :-

No 1 : Blackberry Playbook

Entry pasal Blackberry Playbook nie aku penah buat sekali dulu kalau ade yang penah baca.Tablet keluaran Research in Motion (RIM) ni dikatakan pesaing terdekat bagi iPad. Dikhabarkan bakal menggunakan processor dual-core bagi menyokong ciri pelbagai tugasan aplikasi yang selalunya terdapat pada telefon pintar Blackberry. Mempunyai dua unit kamera berdefinisi tinggi (HD) di bahagian depan dan belakang. Apa yang iPad tak ada berbanding Blackberry Playbook ni adalah connection Bluetooth yang boleh transfer satu fail ke gajet lain yang ada fungsi Bluetooth.




No 2 : Netbook Berkuasa Chrome

Netbook yang akan dilengkapi dengan sistem operasi Chrome yang dibangunkan oleh Google dijangka memasuki pasaran tahun ini. Chrome bakal menyaingi sistem operasi yang sedia ada seperti Windows, Mac OS dan Linux.So kepada yang suka guna google chorme mesti suka kalo dapat notebook nie..(kalo dapat free ape2 pun jadi best.)


No 3 : Lg Star

LG jugak tak mahu ketinggalan dalam perang gajet. Apa yang menarik, join venture antara LG dengan pengeluar chipset grafik iaitu Nvidia akhirnya berjaya menghasilkan versi Tegra 2 untuk telefon bimbit LG Star yang menjanjikan kualiti grafik yang lebih menarik dan cantik. LG menawarkan sistem operasi Android 2.3 (Gingerbread) dengan kamera lapan megapiksel dan berupaya merakam video berdefinisi tinggi untuk gajet LG Star.



No 4 : Pengecas wayarles ElectroHub

Pengecas tanpa wayar ElectroHub itu membolehkan peranti elektronik dicas tanpa perlu dicucuk sebarang kabel padanya. Kita cuma perlu tukarkan bateri asal gajet tersebut dengan bateri keluaran ElectroHub dan kita boleh mengecasnya dengan hanya perlu meletakkan gajet pada pad pengecas.



No 5 : Tablet Motorola Android 3.0 ( Honeycomb)

Motorola bakal memperkenalkan tablet Motorola versi Android terkini yang dikenali sebagai Honeycomb iaitu sistem operasi sumber terbuka yang dibangunkan oleh Google yang lebih fleksible dan menarik.


No 5 : iPhone 5

Aku rasa Iphone 4 macam baru lg keluar.Maklum laa kalo kat Malaysia nie aku rasa phone dia still adak mahal,tapi belum yang penting Apple Inc. bakal mengejutkan pengguna-pengguna iPhone dengan gajet terbaru mereka iaitu kemunculan iPhone 5 yang bakal berada di pasaran tahun depan. Walaupun belum lagi dapat dipastikan tapi penganalisis teknologi berpendapat ianya bakal menjadi kenyataan. Kita tunggu kemunculannya..


So itulah cerita daripada ape yang aku dapat pasal 6 gadget yang nak keluar pada tahun nie..kepada peminat2 gadget mesti dorang xsabar untuk menunggu kedatangan 6 gadget nie.ok lah..penat aku nk taip macam-macam nie..nak sambung tengokciter marathon kat astro plak..maklum laa time weekend jer aku bleh tengok cerita sekaligus nie..nanti aku ade masa aku tulis pasal entry lain plak.

-Strider-

Sumber Asal : Kosmo Online
Comments
0 Comments

No comments :

Post a Comment