Tuesday, March 8, 2011

Aznil Pengacara AF 9

AF..AF..bakal mengegar kembali..sedar x sedar da smpai no 9 rupanya..baru2 ni timbul isu pasal pengetua AF9 iaitu Ahmad Dhani..ramai yang kata dia xsesuai atas macam2 sebab..tapi pada pendapat aku Astro buat satu tindakan bijak dengan tidak mengambil Ahmad Dhani sebagai Pengetua..kena laa ambil pendapat peminat..betul tak??Entry aku kali nie bukan pasal pengetua af sbb aku da penah buat entry pasal pengetua dia..kali ni aku nak citer pasal pengacara dia plak..

Aku ada dapat email baru2 nie yang mengesahkan bahawa pengacara AF9 ia siapa lagi kalu bukan pengacara asal nya iaitu Aznil Hj Nawawi...dengar kata pemilihan Aznil adalah untuk mengembalikan nostalgia AF itu sendiri..aku xfollow sgt AF nie tapi aku rasa itu semua kehendak peminat AF sendiri..

Bermula 2 April nie..kepada suami2 kaki EPL yang ade isteri kaki tengok AF da boleh-boleh laa pegi cari kedai mamak yang berdekatan untuk tengok bola sebab biasanya waktu siaranya bertindih..kena pulak kalau ade game EPL yang best.. so sbb aku da malas nk tulis panjang2 jom kita baca artikel nie...

Oleh KEMALIA OTHMAN


KUALA LUMPUR: Desas-desus pengacara Aznil Nawawi kembali mengacarakan rancangan popular Akademi Fantasia Kesembilan (AF9) menjadi kenyataan apabila pengacara nombor satu itu diumumkan bagi mengendalikan program itu bermula 2 April ini.

Pemilihan Aznil dibuat berikutan pihak Astro ingin mengembalikan semula kenangan Akademi Fantasia musim pertama lalu. AF9 pada tahun ini merupakan program terakhir.

Menurut pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, kehangatan musim terakhir ini bakal menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan peminat.

"Kami mahu musim terakhir ini menjadi sejarah dan kenangan yang tidak dapat dilupakan. Kita ingin beri yang terbaik dan Aznil merupakan pengacara pertama dan sudah sinonim dengan kewujudan AF.

"Kredibiliti dan keupayaan Aznil sebagai pengacara memang tidak dapat dinafikan. Saya percaya dia dapat menjalankan tanggung jawabnya dengan mengembalikan memori kegemilangan AF dengan gaya tersendiri," katanya dalam majlis sidang media berhubung perkara itu di sini, Isnin.

Dalam pada itu, Azlin turut menafikan keputusan membawa masuk Aznil sebagai salah satu taktik memancing semula penonton AF yang semakin berkurang.

"Rating AF merupakan yang tertinggi dalam program terbitan Astro, setiap tahun rating masih kekal sama. Ia juga tidak dipengaruhi oleh pengacara," katanya.

Sementara itu, Aznil memberitahu peluang yang diberikan ini akan dilakukan sebaik mungkin.

"Saya menerima pelawaan untuk kembali semula adalah disebabkan ini merupakan musim kemuncak dan terakhir.

"Ramai yang akan merindui program ini selepas musim sembilan ini berakhir. Jadi saya mahu ia akan mengimbau kembali memori-memori lama," katanya.

Tambah Aznil, ia juga sebagai tanggung jawabnya yang bekerja di bawah stesen televisyen berbayar itu.

"Saya masih mengikat kontrak dengan Astro dan tiada sebarang isu tentang saya dibayar dengan harga yang tinggi untuk musim ini," katanya.

Akademi Fantasia musim kesembilan akan mula bersiaran pada setiap Sabtu, pukul 9 malam di saluran 104.


so..ape pendapat korang..mungkin ramai yang suka kot sebab Aznil ni pandai hidupkan suasana sedih..hehehe..kena plak smpai part nak buang orang..hehehe..just for info aku penah tgk ade seorang pakcik ni menangis bile Marsha kena kuar ari2..nk gelak pun ade..sib baik pakcik tu kenal aku(serius nih)..hehehe..ok laa..tu je laa entry aku tuk kali nie..choww!!!!

-Strider-
Comments
0 Comments

No comments :

Post a Comment