Saturday, March 26, 2011

Gempa Terbaru Di Myanmar Meragut 25 Nyawa!!!

25 maut gempa di Myanmar

YANGON: Sekurang-kurangnya 25 maut dan berpuluh lagi dilaporkan cedera akibat runtuhan bangunan selepas berlaku gempa bumi kuat berhampiran sempadan Myanmar-Thai, semalam.

Gegaran gempa berukuran 6.8 magnitud itu turut dirasai sejauh ke Bangkok yang terletak kira-kira 800 kilometer dari pusat gegaran, dan sehingga sebahagian Hanoi, di Vietnam dan China.

Pegawai Myanmar berkata, pihaknya yakin bencana itu mengakibatkan lebih ramai nyawa terkorban terutama di Bandar Tarlay, yang paling berdekatan dengan pusat gempa.

Mangsa yang disahkan mati setakat ini ialah 10 lelaki, seorang budak lelaki dan 13 wanita.

Selain itu, 20 orang dilaporkan cedera di Tarlay, di Daerah Tachileik dan pegawai berkata jalan utama ke bandar itu ditutup kerana rosak teruk akibat gempa. - AFP

p/s : kat Myanmar plak..isk..isk..sib baik x terul

2 comments :