Monday, March 7, 2011

Perkembangan Terbaru Safee Sali DiPelita jaya

Kepada peminat bolasepak Selangor atau Malaysia mesti ramai yang ingat pemain nama Safee Sali kan??dia kan salah sorang hero kita waktu Piala AFF tak lama dahulu..Sejurus lepas Piala AFF Safee telah dilamar oleh sebuah kelab bolasepak dari Indonesia iaitu Pelita Jaya..Aku sedih gak waktu Saffee nak pindah ke sana sebab aku salah seorang penyokong Selangor..Dari ape yang aku tau Pelita Jaya nie bukan big club sgt kat Indonesia tu..Kalau dalam EPL dorang nie lebih macam Bolton, Stoke, Blackburn laa..Orang kata team mid table..Tapi kalau ikut aku tindakan Safee tu bagus gak sebab dia kurang skit pressure bile main..So ape yang aku nk cite nie adalah update terbaru Safee dari sana..Dia da score gol kemenangan untuk Pelita Jaya ketika menentang Sriwijaya Fc baru-baru nie...Teammate dia pun lebih bersemangat semenjak kemasukan Safee kedalam team mereka..untuk citer lebih lanjut kita baca petikan berita yang aku ambil dari Kosmo Online


HANYA selepas beraksi satu perlawanan bersama Pelita Jaya, penyerang kebangsaan, Mohd. Safee Mohd. Sali sudah mencipta satu aura baru di kalangan penyokong kelab itu yang rata-ratanya penduduk di Karawang, Jawa Barat, Indonesia.
Suasana Stadium Singaperbangsa berkapasiti 12,000 tempat duduk buat kali pertamanya mencatat kehadiran tertinggi musim ini iaitu 6,000 penonton pada aksi bertemu Sriwijaya FC kelmarin yang berkesudahan Pelita Jaya menang 1-0 menerusi jaringan Safee.
Sebelum ini suasana agak hambar memandangkan Pelita Jaya menduduki tangga tercorot iaitu ke-15 dalam saingan Liga Super Indonesia (ISL) setelah berakhir 14 perlawanan pusingan pertama.
Namun selepas hanya satu perlawanan pusingan kedua berlangsung, Pelita Jaya kini sudah melonjak dua anak tangga ke kedudukan ke-13 mengatasi Persela dan Bontang FC.
"Safee memang bagus. Kehadirannya ke kelab ini cukup membantu. Harap Safee dapat terus kekalkan prestasi baik seperti ini.
"Ternyata selepas Safee menjaringkan gol tersebut, ia telah meningkatkan semangat kami sepasukan.
"Pasukan ini dibarisi ramai pemain muda, harap kehadiran Safee dapat menambah keyakinan mereka bagi mengharungi baki saingan liga," kata kapten Pelita Jaya, Ardan Aras ketika ditemui Kosmo! selepas perlawanan kelmarin.
Ardan yang beraksi di posisi pertahanan turut memuji kekebalan dua pertahanan import yang baru diambil minggu lalu iaitu Christopher Ross Doig dan Troy Hearfied.
"Selain Safee, kehadiran dua tonggak baru di bahagian pertahanan ini juga sesuatu yang penting kerana mereka berjaya menyekat jentera serangan Sriwijaya FC dengan cukup baik," ujar Ardan.
Sementara itu, pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim ternyata lega kerana bekas penyerang Selangor itu berjaya melepasi ujian sulungnya namun mengingatkan Safee supaya tidak cepat leka.
"Pada perlawanan pertama ini, Safee sepatutnya mampu menjaringkan lebih daripada satu gol. Apa pun saya harap Safee tidak hanyut dengan pujian.
"Dia perlu fokus perlawanan akan datang kerana saingan musim ini masih berbaki 13 perlawanan," kata Zakaria.
Perlawanan ke-16 bagi Pelita Jaya pada Sabtu ini ialah berdepan Persib Bandung di gelanggang sendiri.


So, akhir sekali aku ucapkan selamat maju jaya kepada safee..semoga dia akan terus berusaha menaikan martabat bolasepak Malaysia di peringkat antabangsa..da laa..aku nk gi buat keje jap..nanti kalau ade masa aku buat entry lagi..choww!!!

-Strider-

Sumber : Kosmo Online
Comments
0 Comments

No comments :

Post a Comment