Thursday, March 10, 2011

Software Generate 4D??

Bingai!!!itu jer 1st word yang aku terpikir bile aku baca advertisemnt nie..Software Menang4D untuk kaki nombor..dari mana laa dorang dapat idea nak  buat software..mungkin ramai lagi kot yang masih taksub dengan main no nie..aku qoutes skit into iklan dia ek..
So
Mempersembahkan.. Kit Software untuk meneka nombor ramalan 4 digit dengan 80% ketepatan! Tiada had masa. Boleh diguna sampai bila-bila!

Laa..nmpak da tipu nyer..boleh guna smpai bile2..kalo aku nak pakai tahun 2040 still sama ker cara pengiraan dia..haha..anyway iklan nie memang untuk orang yang taksub main 4D sbb golongan nie lebih mudah dipengaruhi..kita tgk plak skit screenshot software dia..


Seterusnya kita tengok plak serba sedikit tentang features dia..(ceh..macam promoter plak)

Big Money Solution (JTlottery) yang kini digunapakai oleh 38 buah negara.
  • Begitu popular digunakan serata dunia.
  • Boleh gunakan produk ini pada bila-bila masa dan selamanya tanpa had dan batasan.
  • Mampu memberikan digit berpotensi hasil dari pencarian auto melalui kaedah "Wheeling, Digit Analysis dan Hot Picks".
  • Pihak kami telah membuat pelbagai versi database (Pengkalan Data) bagi pertaruhan tempatan, dan dijual dengan harga terendah RM1,200.00 sahaja + Database Magnum 4D @ Toto @ Damacai + SystemBet Chart dan boleh anda gunakan untuk menambah atau menaiktaraf sebarang perisian versi pertaruhan yang lain.
  • Database yang lebih tepat ialah perisian 100% padat semua keputusan Hadiah Pertama dari semenjak sesuatu pertaruhan itu diwujudkan. Contoh : Database Magnum 4D perlu anda lakukan daripada keputusan Hadiah Pertama semenjak tahun 1985 dan Database Toto 4D daripada keputusan Hadiah Pertama semenjak tahun 1992. Lebih banyak perisian maklumat keputusan kemenangan terdahulu memberi lebih ketepatan pencarian digit berpotensi.
  • Anda hanya perlu update database berdasarkan kemenangan tempat pertama yang terkini ke dalam file. Langkah ini akan ditunjukkan apabila anda sudah membeli kit ini.
wahh...nmpak macam senang nk pakai software nie..hehehe..simple n konon2 friendly user laa tu..hmm..FYI software nie berharga lebih kurang RM1500 dan jika dibandingkan dengan hadiah kemenangan tp itu kalau menang laa..kalau kalah abis buta..hehe..banyak lg tawaran dan janji2 manis dalam website tu tp malas plak aku nk beli semua..tp kalo ade yang terpikir nak beli tolong laa batalkan niat anda sbb nnt yang rugi diri sendiri..hehehe..da terang2 judi tu haram di sisi agama..choww!!!..

p/s : kalo beli  tp nk pakai dulu..byr lepas menang bleh ker??hikhikhik

-Strider-

2 comments :

  1. hehe...software ni kalo install kat pc nnt dia generate utk kita no ekor(4D)..so nnt bile no tu da kuar kita keli laa kat kedai no..80% betul katanya..kalo akak x paham sy x terkejut sbb pompuan jarang main no ekor(4D)..hehe :)

    ReplyDelete