Tuesday, December 6, 2011

Malaysia Antara 3 Negara Di Dunia Yang Banyak Pasangan Curang

Hye Readers,

Semalam aku ade baca satu article menarik..Malaysians menduduki tempat ketiga di dunia untuk ketegori pasangan yang tidak setia...Kira mat saleh kata Top 3 jugak laa...

Menurut kaji selidik, 33% lelaki Malaysia mengakui bahawa mereka telah tidak setia kepada isteri-isteri mereka. Thailand pada 54% manakala Korea Selatan berada di tempat kedua dengan 34%.

Selepas Malaysia, negara-negara yang akan datang dalam senarai Rusia pada 32% dan Hong Kong pada 29%.

Untuk ketegori perempuan pula Kira-kira 39% wanita Malaysia juga mengaku menduakan pasangan mereka...Dua negara yang berada dia atas Malaysia ialah  Nigeria pada 62% dan Thailand pada 59%.

Rusia wanita yang keempat paling tidak setia pada 33%, manakala Singapura kelima pada 19%.

Terrer gak pasangan kat Malaysia nie baik lelaki atau perempuan..hehehe..Tapi kita jangan cepat melatah..hehe..survey nie masih boleh dipertikai lagi sebab ia dilakukan oleh Durex

Durex nie adalah satu syarikat pembekal kondom dan bile dorang buat survey mesti laa kat tempat-tempat yang tak elok kan??Jadi peratus untuk jumpa yang tak setia tu memang tinggi laa..cuba kalau dia interview orang-orang macam aku mesti Malaysia tak de ranking..hehehe

Tapi walaupun sesiapa yang di temuramah, result macam nie memang sedikit membimbangkan sebab kita tak peratus pasangan yang tak setia bertambah dari tahun ke tahun..jadi marilah kita amalkan prinsip yang sentiasa aku amalkan iaitu 


"KEJUJURAN DAN KESETIAAN"


Sumber: China press

Regards,
-Strider-

3 comments :

  1. tu dia... hebat serba serbi nooo

    ReplyDelete
  2. makk aihhh. dasat gak mesia neh.,
    naseb baek aku taksuka curang

    ReplyDelete
  3. setia..prinsip yg penting utk apa2 institusi- keluarga/negara/agama.

    *comel pulak icon tu..asik kenyit mata!

    ReplyDelete