Wednesday, October 31, 2012

When Sandy Visit New York

Hye Readers,


"World Greatest City" dan "City That Never Sleep" sering dikaitkan dengan bandar New York di Amerika..Pada hari isnin yang lepas Taufan Sandy melanda New York hampir melumpuhkan bandar tersebut termasuk kawasan-kawasan berdekatan..

Setakat yang aku tahu Taufan Sandy telah menbuatkan lebih 8 juta penduduk New York bergelap kerana mereka terputus bekalan elektrik..Selain daripada itu New York's Metropolitan Transportation Authority berkata ia merupakan tragedi terburuk pernah melanda sistem pangangkutan bawah tanah mereka..

Jom tengok beberapa keping gambar terbaru di New York after storm.

New York Hanya Diterangi Dengan Bantuan Generator

Sistem Pengangkutan Darat Yang Terjejas

Salah Satu dari Underpass Yang Terjejas

Rakaman CCTV dari Stesen Subway di New Jersey

Operasi Menyelamat Penduduk Apabila Tembok Apartment Mereka Musnah

Keadaan Pintu Masuk Subway

Pandangan dari Jambatan Manhattan

Itu laa beberapa keping gambar yang dapat aku cedok dari internet..tapi beware of few fake picture yang ade kat dalam internet tu..hehe..miga tuhan jauhkan bencana seperti ini melanda negara kita..amin!!!

Regards,
-Strider-

Tuesday, October 30, 2012

Zubir Dakwa Gambar Lucah Rozita Che Wan Original??

Hye Readers,

Tadi aku ade terbaca dekat portal Roti Kaya tentang dakwaan zubir terhadap seorang pelakon tanah air iaitu Rozita Che Wan..Zubir mendakwa yang Rozita sengaja mencipta alasan dan mendakwa gambar tu original...



Well, aku tak tahu apa masalah si Zubir nie dengan Rozita dan tak kesah pun dengan apa yang berlaku..Tapi cerita adalah isu moral apabila seseorang mengeluarkan statement sedemikian apatah lagi datang dari seorang wartawan hiburan yang dikenali ramai...

Tulen atau tak gambar tu bukan menjadi persoalan dalam entry aku nie tapi pada pendapat aku Rozita berhak untuk menafikan ketulenan gambar tu..Kalau dia menipu peminat dia sekali pun tiada seorang pun yang layak untuk menghukumnya..

Tindakan Zubir nie bukan sahaja membuka aib Rozita(sekiranya betul) tapi juga boleh memberi kesan kepada anak-anaknya..Ape perasaan anak-anaknya apabila ibunya diejek dan dilebel negetif oleh rakan sekolah??pasti kes-kes macam nie memberi kesan serba sedikit terhadap kehidupan kanak-kanak itu.

Jangan kerana marahkan si Ibu kanak-kanak tak berdosa yang menjadi mangsa..So, moral of the story jangan libatkan orang lain dalam masalah/perselisihan paham yang anda sedang lalui..hehe

Regards,
-Strider-

Monday, October 29, 2012

Pentingnya Bakal Suami Tahu Tentang Pembedahan Plastik

Hye Readers,



Ini adalah wanita yang baru lepas disaman oleh suami sendiri akibat tidak cantik..Jian Feng dari utara China menyaman isterinya(gambar) kerana mukanya yang buruk..Wajah sebenar isterinya terbongkar apabila pasangan itu melahirkan anak yang digambarkan oleh Feng sebagai “incredibly ugly” dan tidak menyerupai ibu bapanya..

Sebelum tu Feng menuduhnya isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain sebelum isterinya tampil dengan pengakuan bahawa dia pernah menghabiskan wang sebanyak $100,000 untuk pembedahan plastik..

Yang pelik Feng menang dalam kes saman itu dan menerima pampasan sebanyak $120,000..Nampak sangat yang Feng ini mengahwini isterinya kerana paras rupa yang cantik..Aku tak tahu kenapa hakim ini boleh menyebelahi si Feng nie tapi kalau kat China macam-macam boleh terjadi..

So kepada perempuan kat luar sana becareful sebelum buat plastic surgery..Sebelum berkhawin let your husband know all the secret sebab genetik nie tak menipu..Kalau dia tak sanggup kawin sebab korang pernah buat plastik surgery meaning dia tak layak untuk dikhawini..hehehe..

Tapi aku rasa species lelaki macam nie tak wujud kat Malaysia kot..hehehe

Regards,
-Strider-

My 1st Date

Hye Readers,


Soalan yang ditujukan kepada kat aku di atas tu merupakan hasil dari entry aku "Benda yang JANGAN Ketika 1st Date"..since ade orang yang nak tau hows my 1st date aku pun cerita laa..Its start from a blind date time..

Benda nie jadi time aku sekitar umur 19-20 camtu laa..actually aku baru berhubung dia dalam tempoh seminggu jer..Then aku decide nak jumpa dia kat KLCC on the weekend..time tu KLCC memang tempat budak muda mudi melepak..Pavilion, the curve semua takda lagi rasanya..

Since kat KLCC tu takde apa yang boleh buat so we decide nak pergi tengok wayang jer laa..tapi sebelum tu kitaorg pergi minum dulu sementara tunggu wayang start..One thing yang make me turn off about this girl is dia punya phone..even time tengok wayang pun dia boleh main phone lagi..

Awek tu bukan pakai smart phone so one thing yang dia buat ngan phone tu is sms laa..Mula-mula aku ingatkan dia ade bf dan mungkin melayan boyfriend dia tapi rupanya cousin dia..aku tau cousin dia pun pasal dia tunjuk a few msg yang cousin dia bagi...

Rupanya cousin dia tengah ade masalah dengan geng-geng perempuan dia..biasala, perempuan punya masalah mana laa aku nak tau..yang sini kata lain, yang sana kata lain..tapi almost of the time dia date ngan aku tangan dia tak lepas dari phone..tak tau laa aku bape banyak credit dia habis..hahaha

After that aku contact dia for 2-3 days sebelum aku ignore dia jer..sebenarnya bukan pasal date tu jer yang aku malas nak nak keluar lagi ngan dia tapi ade a few others reason laa..So, itu laa citer 1st date aku dengan phone dia..hahaha

Lepas tu ade jer aku keluar date dengan perempuan yang suka bermain dengan phone nie, especially bila penggunaan smartphone dah meluas..tapi most of them tau balance bila nak berborak dan bila nak check phone for updates...

Regards,
-Strider-

Wednesday, October 24, 2012

Illuminati(Part 4): Sejarah Asal Usul Horus dan "All Seeing Eye"

Hye Readers,
All Seeing Eye
Bila aku check balik label Illuminati baru aku terperasan aku pernah kata nak cerita pasal Horus atau "all seeing eye" yang selalu dikaitkan ngan Illuminati nie...So bile aku check balik kat dalam PC rupanya infonya masih aku simpan cuma tak pernah nak siapkan entry jer..hehe..
Horus

So meh sini aku cerita skit pasal all seeing eye nie yang selalu digunakan dalam simbol illuminati nie..All seeing eye nie berasal daripada Horus..Siapa Horus tu???Dia katakan tuhan matahari pada 3000 sebelum Masihi..

Kisah Horus bermula apabila bapanya iaitu Horisis dibunuh oleh abangnya sendiri yang bernama Set, selepas itu Horus bertempur hebat dengan abangnya bagi mendapatkan takhta mesir sehingga mencederakan salah satu daripada matanya..

Selepas mendapat kemenangan dari peperangan itu Horus mula dikenali sebagai "Tuhan Bermata Satu"..Dia akhirnya bergabung dengan Ra(matahari) untuk menjadi Ra-Horakhty iaitu pemerintah seluruh Mesir..Semenjak itu Ra Horakty dianggap tuhan yang satu oleh rakyat Mesir

Tuhan-tuhan lain dianggap sebagai sebahagian dari Ra Horakhty dan dari itu tuhan bermata satu ini juga dikenali sebagai "anak tuhan" "cahaya dunia"  dan "pemerintah segalanya"

So itu laa serba sedikit asal usul tuhan bermata satu nie..Ramai orang mula menyedari kehadiran "all seeing eye" nie tanpa mengetahui mana asal usulnya..untuk mengetahui lebih pasal Horus nie korang bleh check wikepedia (Klik Sini).

p/s: masih memikir kisah date yang mana aku nak cerita..haha

Regards,
-Strider-

Entry Sebelum Ini

Part 1  - Sejarah Illuminati

Masalah Time 11 Tahun

Hye Readers,


Dalam entry aku yang lepas ade juga yang bertanyakan tentang aku punya 1st plak damm i dont see it coming..haha..tapi takpe, nanti aku akan ceritakan pasal 1st date aku plak but now im drafting something about Illuminati and music industry...hehe..



But aku nak mencelah jap ngan entry pendek..Semalam aku ade terbaca satu twitter yang menyatakan seorang budak umur 11 tahun yang dah ade masalah cinta..pelik aku macam mana budak umur 11 setahun ade masalah cinta-cinta nie...

Seingat aku, time aku 11 tahun masalah yang paling besar aku ada ialah miss kartun sebab kena sekolah petang, masalah macam mana nak dapatkan trek Tamiya dan masalah yang serupa laa..klu nak kata aku tak player, budak paling hensem kat kelas aku pun punyai masalah yang sama ngan aku..hahaha

Korang ade masalah cinta time umur 11 tahun???hehe

Regards,
-Strider-

Offer best untuk Samsung GALAXY Note 2
* The Apartment Style Edition - TBiggest Home Makeover from Malaysia

Tuesday, October 23, 2012

Benda yang JANGAN Ketika 1st Date

Hye Readers,


Korang Pernah keluar date??Kepada yang single after 1st date mesti korang rasa nak date untuk kali kedua kan??unless korang sendiri yang nak call off the 2nd date..oh ya, kepada yang dah berkhawin entry nie maybe tak relevan dah but feel free to share experience date korang dulu yaa...hehe..

JANGAN bermegah dengan diri anda..baik lelaki atau perempuan majoritinya tak suka dengan orang yang suka bermegah..Tak perlu cerita betapa hot lelaki/wanita yang pernah date korang..Berapa yang pendapatan bulanan korang dan sebagainya..Itu adalah satu major Turn Off, termasuk laa untuk diri aku..hehehe

JANGAN lupa tataterbib korang..Benda ini antara benda yang pertama orang perhatikan on their 1st date..Baik lelaki atau wanita semua orang pasangan dia mempunyai manners..Kalau  nak tunjukkan yang korang tu "slumber jer" tunggu laa on the 2nd date or afterwards..yg 1st time nie bagi dorang selesa dulu..

JANGAN terlalu agresif..Kalau korang tanya 10 soalan mesti ada beberapa yang soalan yang pasangan anda berat hati untuk jawab..Relax and give him/her time..Tak semua orang open untuk bercerita on the 1st date..Kalau boleh soalan tu jangan laa terlalu personal..

JANGAN cerita pasal Ex..aku rasa benda nie ramai yang setuju kot..Ade sesetengah orang mungkin suka cerita pengalaman buruk mengenai Ex mereka on the 1st date..Macam mana teruk Ex mereka buat kat diri dorang dulu but for me i called it "bad mouthing"..So jangan bagi bad impression on the 1st date.

JANGAN bermain ngan phone..Its a date okay..orang tu dah ade kat depan mata..so appreciate skit apa yang ada depan mata..Response kat phone kalau ade important matters jer..Twitter ngan Facebook status update tu boleh tunggu sampai korang balik nanti..hehehe..

Sebenarnya aku takde laa terrer bab-bab dating nie..Tips yang aku dapat nie mostly hasil dari gabungan beberapa email yang aku dapat..Tapi content dia terpaksa aku ubah sikit laa sebab gaya western nie ade yang tak sesuai dengan gaya hidup kita tapi basically ia benda yang sama..

So, korang pernah encounter 1st date yang tak best??hehehe

Regards,
-Strider-


Sunday, October 21, 2012

What Goes Around come Around

Hye Readers,

Kali ini aku nak share ngan korang satu video dari youtube yang aku baru jumpa..actually video nie dah lama kalau refer daripada tarikh dia upload tapi its worth to watch...



Enjoy!!!

Regards,
-Strider-

Saturday, October 20, 2012

Isu Jaclyn Victor dan PERKASA

Hye Readers,



Semalam ade few of my christian fren yang mengutuk sebuah badan bukan kerajaan iaitu PERKASA..at first i thought sebab perbezaan fahaman politik sebab klu korang perasan kadang-kadang PERKASA nie dah macam parti politik dah..

Rupanya bukan sebab politik tapi sebab sebuah perkasa mendesak kementerian penerangan untuk mengharamkan penampilan Jaclyn Victor pada semua media elektronik serta menggesa umat islam memboikot beliau hanya kerana sebuah lagu bertajuk Harapan Bangsa.

So what make perkasa piss off dengan lagu ini serta penyanyinya??Menurut artikel dari Malaysian Digest ia disebabkan lagu tersebut merupakan sebuah lagu kristian dan pada pendapat mereka ia telah menghina agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia..antara beberapa lirik yang dipersoalkan oleh perkasa ialah : -

* Bapa, engkau lah Harapan negara ini"
* "Jesus engkau lah Harapan segala bangsa"
*Kau lah satu-satunya Harapan di bumi Malaysia

Itu adalah beberapa lirik yang dikecam hebat oleh PERKASA..Jadi aku pun pergi la cari lagu tu jap sebab nak tau sejauh mana penghinaan lagu tersebut terdahap umat Islam di Malaysia..Tapi based dari apa yang aku dengar lagu tu hanyalah lagu orang kristian di Malaysia yang meminta agar Jesus  supaya pulihkan Malaysia saja..

Seperti yang kita tahu masyarakat di negara kita merupakan masyarakat berbilang bangsa dan agama..Seperti Islam, Kristian juga mempunyai penganut yang terdiri daripada bangsa cina, india, dan lain-lain..

I dont know what to say..for me, Aku tak nampak secara direct tentang penghinaan terhadap Islam sebagai agama rasmi negara..Dari apa yang aku dengar lagu nie hanya sebuah lagu ini just asking that  Jesus bless Malaysia only...

Banyak lagi penghinaan terhadap umat Islam kat negara nie yang perlu dirisaukan..and for the record, lagu ini tak pernah berada di dalam mana-mana album Jac dan aku juga tak pernah dengar dia dimainkan di mana-mana station Radio.. 

So what do you say??

Regards,

Friday, October 19, 2012

Blog Lucah Alvin and Vivian

Hye Readers,


Aku sebenarnya nak share my thought pasal Alvin ngan Vivian nie since daripada 1st day tagi cerita dorang terbesar but aku amik keputusan untuk tunggu sebab aku nak tunggu statement dari mereka pulak..why they have to do this..

Actually kedua-dua mereka tak pernah menyesal dengan tindakan yang mereka lakukan..Bagi mereka orang yang bersikap terbuka tentang seksualiti tak seharusnya dihukum kerana seksualiti tu adalah lumrah alam yang semua orang lalui..

Aku pak pernah tengok pun laman web dorang tu but mengikut berita yang aku baca blog mereka tu public dan boleh ditonton oleh public..Ade 2 benda yang mereka sepatutnya tau apa isu yang dibangkitkan oleh public di malaysia mahupun di singapura iaitu Moral dan Culture.

Moral
- Secara undang-undang aku tak berapa sure tetapi secara moralnya ia menjadi satu kesalahan untuk share gmbar seksi/lucah mereka secara umum..ini kerana kita tak pernah tau siapa yang akan datang membaca atau melihat gambar tu...Jika ada budak-budak melayari lam web itu dah menjadi satu contoh yang tak baik kan??

Culture
- Regardless apa pun agama dan bangsa mereka orang asia nie mempunyai satu benda yang special iaitu culture yang penuh budaya tata tertib..Mungkin benda-benda macam nie dianggap normal di eropah tetapi di asia kita masih mengekalkan tradisi sopan santun. Aku rasa tak melayu, cina, india, dll semua sama kot..hehe

Memang sekarang dorang masih belum merasai kesan dari gambar tersebut kerana mereka masih muda, tapi orang yang paling akan teruk menerima tempias hasil perbuatan mereka nanti adalah anak-anak mereka..Ape perasan anak mereka apabila diejek oleh kawan-kawan sekolah pada suatu hari nanti.

Sedangkan artis Hollywood pun bila dah tua menyesal sebab melakukan adegan topless dalam filem, inikan pula mereka..Kalau dorang share benda tu secara privately mungkin masyarakat secara umumnya tidak kisah..Secara jujur, aku pun tak kisah kalau mereka kept the picture to themselves.

Regards,
-Strider-

* Think you are a smooth dancer? Prove it! Dance, Record, upload it HERE! 

Kalau tak tahu lagi... Hari Pengundian sudah sampai!

Wednesday, October 17, 2012

Hubungan Dengan Neelofa: Hans Isaac Syok Sendiri??

Hye Readers,


Dua hari lepas aku ade terbaca kat somewhere yang Hans Isaac mengaku sedang menjalinkan hubungan yang serius dengan Neelofa...Sejauh mana seriusnya tak tau laa..Aku kurang sikit percaya cakap artis-artis Malaysia nie bab-bab bercinta..


Tapi membaca statement Neelofa yang mengambil sikap untuk berdiam diri dan mengakui kini rasa tertekan membuatkan aku nak ketawa jer mendengarnya..Aku rasa statement dia nie nak menunjukkan yang Hans Isaac nie macam syok sendiri..

Aku tak tau ape yang mek nie rasa tertekan sangat dengan isu ni..Its a yes or no question..tak kalau tak sure cakap jer tak sure..Hans Isacc bukan baru lagi dalam bidang hiburan nie, and aku percaya kalau dia berani keluar statement camtu meaning ade something between them..

Usia Hans pu dah lanjut, kalau betul Neelofa tertekan sangat pasal gosip nafikan sekeras-kerasnya macam mana dia menafikan fitnah terhadap dirinya dulu..Senang cerita, orang pun tak timbulkan dah gosip nie and Hans pun boleh start cari yang lain..

Regards,
-Strider-

* Take Your Dance Skill To The Next Level

Tuesday, October 16, 2012

Taj mahal vs Taj Arabia

Hye Readers,



Lama dah aku tak share something yang aku baca kat Daily Chili..Kali ini aku nak share ngan korang citer pasal Taj Arabia iaitu jelmaan Taj Mahal..Taj Arabia ialah sebuah hotel mewah yang akan dibina di dubai dan dianggarkan 2 kali leh besar dari Taj Mahal..

Kalau empayar Shah Jahan mengambil masa 22 tahun untuk menyiapkan Taj Mahal, projek billion dollar ini hanya akan mengambil masa 2 tahun untuk siap...Zaman moden laa katakan, semuanya boleh siap dengan cepat..

Taj Arabia akan menjadi hotel mewah bertaraf 5 bintang yang boleh menempatkan 300 buah bilik, 7 mix-used buliding yang terdiri daripada 200 buah service apartment.Aku rasa bila siap Taj Arabia nie mesti ramai  orang kenamaan akan melangsungkan perkhawinan mereka disini..

So sapa yang rasa nak buat perkhawinan yang dalam dalam masa 3-4 tahun lagi boleh laa simpan duit dari sekarang...tapi jangan lupa jemput aku sekali..hahaha..

p/s: Korang pernah dengar orang kawin kat Taj Mahal ker???

Regards,
-Strider-

*HP cartridge printer for RM37 only
*[Video] Quiet and shy students turned to become active and creative with just 6 activities

Monday, October 15, 2012

Video Terakhir Amanda Todd

Hye Readers,

Aku nak bawak sedikit story mengenai Amanda Todd iaitu seorang gadis dari Kanada yang membunuh diri akibat tidak tahan dengan dirinya yang sering dibuli secara online dan offline.Bermula dari aksi "flashing" buah dada di webcam hidup remaja ini terus menjadi malang apabila diugut dan sering diejek oleh rakan-rakan..

Video kat bawah nie merupakan satu video terakhir Amanda Todd dan dia menceritakan apa yang terjadi padany sebelum dia mengambil tindakan untuk membunuh diri.


Terdapat debat tidak rasmi secara online di twitter serta youtube sendiri tentang kes Amanda Todd nie..Ada yang berpendapat kita tak seharusnya bersimpati kena ia mungkin menggalakan remaja diluar sana mengambil tindakan yang sama seperti Amanda jika dibuli..

Pendapat aku sendiri ialah aku bersimpati dengan kisah dan pengalaman yang dilalui oleh Amanda tetapi tidak pada tindakannya yang membunuh diri tu..Bagi aku tindakan itu tetap salah dan satu tindakan yang tak wajar..

Apa pula pendapat korang??

Regards,
-Strider-

Bukan Semua Boleh Kongsi

Hye Readers,

Apek tu pun konpius.
Bukan semua perayaan boleh kita kongsi bersama atas satu pentas..Ini merupakan satu contoh kongsi perayaan yang salah..Ibadah Haji yang disambut oleh umat islam dan perayaan Halloween yang di sambut oleh orang Kristian(correct me if im wrong).

Halloween biasanya dikaitkan dengan syaitan, ahli sihir, hantu, Goblin dan makhluk-makhluk mitos dan menyeramkan lain dari kebudayaan Barat dan ia adalah bercanggah dengan mesej yang disampaikan oleh umat islam melalui perayaan Hari Raya Aidiladha (a.k.a Raya Haji)

Aku tak tau macam mana benda basic seperti ini boleh terlepas pandang oleh pihak penganjur dan kalau tak silap aku sebarang bentuk pencetakan banner perlu mendapat kelulusan PBT dan dalam kes ini PBT juga terlepas pandang.

Bagi aku Agama merupakan satu isu yang sensitif dan aku menghormati juga agama lain seperti mana aku mau mereka menghormati agama aku. Entry nie bukan bertujuan menyatakan yang perayaan Halloween ini tak perlu disambut dan bukan juga nak kata yang orang islam tak suka berkongsi perayaan di atas satu pentas tapi lebih kepada benda yang dikongsi haruslah sesuai.

Regards,
-Strider-


Monday, October 8, 2012

Headline Anugerah Blockbuster

Hye Readers,



Nabila Huda berjaya mencuri tumpuan masyarakat malaysia apabila ramai yang memperkatakan tentang pakaian yang di langsungkan ketika Anugerah Blockbuster baru baru ini..Aku pun tak tengok anugerah tu pasal tengah concentrate dengan semi final Piala Malaysia...

Tapi twitter aku ramai yang update pasal Nabila Huda punya dressing dan bila aku tgk, well..tak terkejut langsung pun..Pakaian dia memang agak seksi dan to be frank kat area-area opis aku banyak lagi pakaian yang seksi2 aku pernah tengok..

Tapi aku tak paham macam mana dia boleh terpikir nak pakai dress tu..Dia tak pernah pikir ke yang dia tu milik public dan benda-benda camtu hanya akan mengundang komen negetif je dari peminat..Malam yang ade red carpet macam tu bukan pasal dia jer..itu adalah malam dia jadi tumpuan peminat..

Bagi aku tindakan dia tu agak kurang matang laa sebab dia hanya mengundang perspektif negetif jer.Ikut hati nak je aku post kat sini apa pandangan orang terhadap dia tapi tak sampai hati plak sebab ade beberapa komen yang aku baca kat twitter agak kejam untuk di publish..hahaha

Kalau Nabila Huda baca apa yang aku tulis nie which i dont think she gonna read aku harap dia bersikap matang dalam pemilihan pakaian dia..Kalau orang jumpa dia pakai macam tu and publish kat internet memang aku akan buat tak tahu sebab aku rasa itu private life dia...

Regards,
-Strider-

Wednesday, October 3, 2012

Artis Bergaduh Sebab RM200

Hye Readers,

Gambar Pinjam Roti Kaya

Tadi aku ade terbaca something pasal seorang artis yang mengamuk sebab tak dapat bayaran seperti yang dijanjikan..Kalau korang nak baca pasal gosip tu korang boleh baca kat portal Roti Kaya.

Secara ringkasnya dia dijanjikan token berjumlah RM200 untuk memeriahkan sebuah program yang dianjurkan oleh sebuah syarikat television swasta.Pada mulanya dia seakan paham yang pembayran itu perlu mengikut prosedur dan dia terus menunggu sehingga 2 minggu berlalu.

Lepas 2 minggu dia kembali ke syarikat televisyen tersebut dan mereka pun bertengkar..aku tak tahu sejauh mana mereka bertengkar tapi mengikut apa yang aku baca dia dilaporkan memaki hamun rakan seindustri denganya..

Aku tak bersependapat dengan Roti Kaya kerana bagi aku dia berhak untuk argue pasal payment tu walaupun mengikut pendapat dengan hanya jumlah RM200 benda tu tak berbaloi untuk dibawa bertengkar..cuma mungkin cara dia je yang betul tapi tak tahu laa..

Aku berpendapat artis tu berhak untuk argue walaupun tak melibatkan jumlah yang banyak kerana itu merupakan hasil titik peluh mereka..Belum kira lagi masalah tekanan/masalah yang artis itu hadapai sehingga sanggup bertengkar hanya kerana RM200..

Apa pendapat korang??kalau korang jadi artis tu korang sanggup bertengkar?

Regards,
-Strider-

Isu Bus Percuma Go - KL Ancam Pemandu Teksi?

Hye Reders,


Semalam beratus-ratus pemandu teksi menjalankan mogok terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di kawasan Bukit Bintang Kuala Lumpur..Dari apa yang aku baca ade beberapa isu yang dibangkitkan seperti isu lesen, dan yang menarik perhatian aku adalah isu bus percuma Go-KL..

Sebenarnya isu ni ade jadi topic perbincangan aku ngan kawan-kawan..Adakah perkhidmatan bus percuma Go-KL ini akan member impak kepada sumber pendapatan pemandu teksi??dan pada pendapat aku pemandu teksi tak seharusnya rasa tercabar dengan kehadiran bas ini..

Bus ini hanya beroperasi dalam kawasan bandar jer dan berdasarkan pengalaman aku sendiri harga RM15 yang dikenakan bagi perjalanan dari KLCC ke Pavilion di waktu puncak adalah melampau..So aku tak terkejut kalau ramai orang memilih untuk menggunakan perkhidmatan Bus ini daripada menggunakan teksi tak bermeter..

Berbalik kepada isu mogok tadi aku harap SPAD dan persatuan pemandu teksi dapat mencapai kata sepakat dalam isu ini..Sebagai pemandu teksi mereka memang ade hak untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka kerana ia melibatkan mata pencarian mereka.

Regards,
-Strider-

Monday, October 1, 2012

Susu Rosak Salah Siapa??

Hye Readers,


Baru-baru terjadi lagi sekali kes budak-budak yang mengalami keracunan makanan selepas minum susu yang diberi percuma dekat sekolah..As usual bila benda-benda macam nie terjadi banyak laa kes salah menyalah..si A salahkan si B, dan si B plak salahkan si C dan begitulah berterusnya sampai Z

Sebagai parents mereka berhak untuk tau siapa yang bersalah dalam hal nie..Bagi yang tak ada anak macam aku nie benda tu aku letak sebagai no 2..Yang penting adalah untuk kita find solution supaya kes-kes macam nie tak terjadi kat anak aku..

Dulu aku pun minum susu percuma gak time sekolah tapi takde laa sampai jadi kes-kes macam nie..takde pun jadi kes-kes keracunan makanan free nie..pada pendapat aku yang tak seberapa nie mungkin cara yang terbaik untuk menyalurkan minuman percuma nie adalah melalui teknikbagi terus dalam cup..

Aku tak tahu laa korang pernah alami tak tapi zaman aku sekolah dulu ade lori "Milo" yang datang dan terus beri minuman percuma kepada pelajar..Mungkin cara itu lebih berkesan sebab air yang diberikan adalah fresh dan tak disimpan dengan lama...

Aku sure pihak berwajib mesti sedang merangka satu kaedah kes macam nie tak berulang lagi..

Regards,
-Strider-